Categories
NASIONAL

Najib dan Rosmah di Los Angeles dan Sydney di tahun baru 2014?

SHAH ALAM 1 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin , menimbulkan persoalan ramai berhubung ke mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru 2014.

Dalam tulisannya, Kadir menulis ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.

Rosmah-Private-Jet-300x202“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).

Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.

“Jam itu kita masih tidur di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.

najib nBagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.

Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.

kadir_jasinKadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.

Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.

Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.

Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dipetik: Keadilan Daily

Categories
NASIONAL

PKR gesa SPRM siasat anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York

SHAH ALAM 28 DIS: PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana anak Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor boleh membeli sebuah megapuri (penthouse) bernilai RM110 juta di New York.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata demikian mengulas laporan pembelian satu unit kondomium mewah, megapuri, di New York oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, 36.

anak rosmahSemalam media melaporkan Riza yang merupakan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor dengan bekas suami terdahulu telah membeli hartanah di West 63rd Street Park di laurel New York.

Laporan itu memetik laman Web syarikat hartanah New York The Real Deal menyatakan Riza membeli megapuri tujuh bilik pada 19 November tahun lepas.

Unit megapuri itu dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquistation.

tian chua pc pkr 01Katanya, pendedahan itu amat mengejutkan ketika rakyat bergelut dengan kesukaran menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Ia amat mengejutkan dan kita persoalkan dari manakah dia mendapat wang sebanyak itu kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya kepada media hari ini dipetik dari The Malaysian Insider.

Beliau menggesa SPRM perlu lebih memainkan peranan untuk menjalankan siasatan ke atas anak tiri Perdana Menteri tersebut.

“Pendedahan itu seperti membuktikan terdapat kalangan pemimpin yang begitu kebal daripada undang-undang.

“Sepatutnya SPRM tidak perlu dibayangi dengan kuasa seperti ini, mereka haruslah menjalankan siasatan biarpun tiada tuduhan kerana ini merupakan penyelewengan yang amat serius,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

EZY

Categories
NASIONAL

Najib dan Rosmah boros, KDN cuba tutup ?

SHAH ALAM 14 DIS: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor.

dr mohd manutyKetua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.

“Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet,” kata Muhammad Nur dipetik Keadilan Daily.

heat13_540_405_100Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini.

“Tindakan KDN melanggar kebebasan media, dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar,”

“Di Indonesia rakyat bebas mengkritik pemerintah di kaca tv atau di dada akhbar, dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia,” ujar Muhammad Nur.

 

 

 

Categories
NASIONAL

Najib Digesa Buktikan Rosmah Bukan ‘First Lady Of Shopping’

SHAH ALAM 3 FEB : Aktivis politik, Jingga 13 hari ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan undang-undang menyaman kesemua mereka yang terlibat mendedahkan sikap boros isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata cabarannya adalah untuk Perdana Menteri membuktikan segala tuduhan terhadap isterinya yang digelar ‘First Lady Of Shopping’ adalah tidak benar.

“Kalau benar ianya satu fitnah, sila tampil untuk saman kesemua mereka yang terlibat, bukannya hanya bermain persepsi untuk mempengaruhi siasatan dan kefahaman rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) di sini hari ini. Jingga 13 tampil ke SPRM hari ini untuk mengemukakan bukti tambahan bagi laporan rasmi mereka yang telah dihantar pada 26 Januari lalu.

Beberapa media antarabangsa dan tempatan sebelum ini pernah melaporkan gelagat Rosmah yang suka membeli belah di luar negara.

Terbaru, Najib dan Rosmah telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Rosmah telah “berbelanja sakan” di dalam satu lawatan membeli belah ke Sydney, Australia Januari lepas.

Akhbar Autralia Sydney Morning Herald (SMH), Kolumis Andrew Hornery dalam kolum ‘Private Sydney’ serta artikel wartawan fesyen, Patty Huntington mendakwa Rosmah telah membelanjakan RM325,000 (A$ 100,000) di butik milik pereka fesyen, Carl Kapp.

“Kita yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia sedang menanti reaksi dan tindakan Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung isu scandal ini.

“Tidak pernah berlaku pada mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini tidak kira Siti Hasmah (isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed Tun Siti Hasmah Mohd Ali) mahupun Arwahyarhamah Endon (Datin Seri Endon Mahmood), sebaliknya berlaku apabila Rosmah bersikap boros dan tidak sensitif kepada kesusahan rakyat yang menderita dengan kenaikan harga barang dan sebagainya,”katanya.

Dalam pada itu, Jingga 13 juga mendesak Najib agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelamatkan beliau dan isterinya dengan scandal tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Fariz juga mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara telus dan tidak bersikap ‘double standart’ terhadap kes-kes seperti ini.

“Kita tidak mahu melihat kes-kes kecil ditangkap sedangkan jerung-jerung besar bebas tanpa sebarang tindakan secara tegas.

“Kita lihat sepertimana yang berlaku pada kes Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo) dan rakyat biasa, kes mencuri susu bayi melibatkan RM20 ditangkap mencuri dan dihukum 3 tahun penjara. Kes Khir Toyo melibatkan jutaan ringgit hanya satu tahun penjara,” katanya.