Categories
NASIONAL

Rosmah sembang PRU Julai 2018, Azmin persoal siapa PM?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PAHANG, 19 NOV : Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempersoal dakwaan Datin Seri Rosmah Mansor yang mejangkakan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU14) pada Julai ini.

Secara sinis Mohamed Azmin menyifatkan Rosmah sebagai Perdana Menteri baru, menggantikan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

“Tunggu punya tunggu bila nak buat pengumuman PRU, akhirnya Rosmah umum PRU akan berlaku sebelum bulan Julai 2018.

“Inilah kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Rosmah Mansor. Apa benda ini? Siapa Perdana Menteri?

“Tak malu ke? Perdana Menteri tak buat pengumuman, tapi beliau pula yang buat pengumuman,” sindirnya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Simpang Kepayang, Bera, malam tadi.

Sebelumnya, Rosmah mendakwa beliau tidak menolak kemungkinan PRU14 diadakan sebelum Julai tahun depan, selepas melihat sendiri persiapan Wanita Umno dan kesediaan jentera parti itu.

“Saya tak tahu, tapi saya rasa mestilah sebelum Julai.

“Jadi Majlis Tertinggi (Umno) selalu bincang. Tiap-tiap bulan bermesyuarat bila PRU 14 akan diadakan,” kata Rosmah, lapor The Malaysia Insight.

Rosmah mendedahkan, Najib pernah bertanyakan pendapat beliau tentang tempoh masa sesuai untuk diadakan pilihanraya.

Namun kata Rosmah, beliau tidak tahu kerana dirinya bukan ahli politik.

Beliau dilapor berkata demikian pada Majlis Tahunan Bersama Skuad Sayang, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Rosmah diminta serah PERMATA kepada pakar

SHAH ALAM 15 MAC: Datin Seri Rosmah Mansor diminta meletak jawatan sebagai penaung program Permata Negara jika beliau tidak memahami maksud akauntabiliti terhadap dana awam.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata usaha untuk mendapatkan penjelasan mengenai agensi kerajaan yang menggunakan wang pembayar cukai bukan agenda “mempolitikkan” sesuatu, tetapi ia penelitian awam dan akauntabiliti.

“Beliau nampaknya lupa, dana awam digunakan untuk melaksanakan program Permata datangnya daripada rakyat yang membayar wang titik peluh mereka sebagai cukai pada Putrajaya.

“Jadi rakyat berhak untuk tahu bagaimana program Permata dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yeo berkata tiada keperluan menggunakan agensi berasingan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri sebagai penaung.

permata“Kami cadangkan banyak kali, program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak patut diletakkan di bawah kementerian penuh yang berkenaan kerana ada peralatan lebih lengkap dan individu berpengalaman dalam bidang itu,” katanya.

Beliau berkata penjagaan kanak-kanak ialah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat maka wajar program Permata diletakkan di bawah kementerian itu.

“Program Permata juga bertindih dengan peranan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah.

“Maka, jika Rosmah mahu yang terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia, maka dia perlu menyerahkan pembangunan awal kanak-kanak kepada kementerian yang pakar dalam melaksanakannya,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Naik bot redah banjir di Pekan, aksi filem Najib Rosmah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 FEB : Aksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengharungi banjir di Pekan, Pahang hanya bersifat ‘lakonan’, kata Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan.

Menyifatkan tindakan itu sebagai ‘aksi filem’ Manivannan berkata, Najib masih lagi gagal mewujudkan dasar berkebajikan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Turun naik bot ini kita ibaratkan seperti aksi filem sahaja. Keadaan ini sudah diduga kerana perdana menteri kita ini memang hebat berlakon.

najib rosmah (1)“Lihat sahaja lakonannya di perhimpunan Umno dan lain pula di Parlimen. Najib ini hanya berlakon kononnya sebagai bukti rakyat terutama di Pekan masih lagi menyokong beliau.

“Aksi filem beliau ini dengan realiti sebenar sudah jauh berbeza, mencerminkan beliau hanya bijak mengambil kesempatan dalam situasi bencana yang berlaku bukannya memahami penderitaan sebenar rakyat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Manivannan berkata, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan seharusnya mengambil kira kepedulian rakyat dengan mewujudkan dasar dan pelan jangka panjang supaya bencana banjir tidak lagi berlaku di negara ini.

“Kalau perdana enteri juga kuncunya tampil dengan idea dan dasar yang bijak, saya percaya bencana banjir ini boleh ditangani.

“Bayangkan, sejak 20 tahun banjir masih berlaku dan keadaannya semakin teruk seperti sekarang. Apa yang dilakukan Kerajaan Umno Barisan Nasional?” soalnya.

Terdahulu, media melaporkan Najib dan Rosmah melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pekan.

Pada siri lawatan itu, mereka menaiki bot jenis amphibious melalui Jalan Salong yang ditenggelami air sedalam satu meter sebelum ‘dijemput’ dengan bas sekolah untuk ke PPS Sekolah Kebangsaan Kinchir, Paloh Hinai.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Pahang terus mencatatkan peningkatan kepada 2,100 orang dari 583 keluarga, pagi ini, berbanding 2,096 orang daripada 582 keluarga, malam tadi.

Daerah Pekan terus merekodkan peningkatan mangsa dari 1,481 orang daripada 411 keluarga kepada 1,485 orang (412 keluarga).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tun M: ‘Tutup kedai’ bila Rosmah mahu shopping

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BANTING, 31 DIS : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, sikap boros Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor ketika berbelanja mewah di luar negara.

Tun Mahathir mendakwa, kedai perhiasan mewah terpaksa ‘ditutup’ di Kota London bagi membenarkan Najib dan Rosmah berbelanja.

“Mereka tutup pasal Puan Rosmah ini mahu membeli belah. Selepas membeli, Rosmah pun ‘blah’ semualah,” sindir Mahathir mengundang tawa lebih 3,000 hadirin pada Ceramah Perdana Sengsara Rakyat, di Dataran Pantai Morib di sini, malam tadi.

Ini bukan pertama kalinya dakwaan sikap boros keluarga Najib yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan kepada umum.

Terdahulu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan, Najib menghabiskan AS$15 juta bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas yang dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625.

Bahkan, akhbar Australia Sydney Morning Herald menerusi kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai sikap Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.

Bercakap lanjut, Tun Mahathir berkata, sikap kepimpinan pentadbir negara inilah menjadi penyebab pengundurannya dalam Umno, selepas 22 tahun menerajui kepimpinan negara.

“Umno bukan lagi parti politik, tapi parti pencuri dan sebab itulah dunia panggil Malaysia di bawah pentadbiran Najib bukan demokrasi.

“Tetapi ini negara kleptokrasi, sebagai sebuah pemerintahan penyangak, penyamun dan perompak daripada Bugis barangkali,” dakwa Mahathir lagi.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Polis patut fokus siasat kes jenayah bukan isu remeh

Oleh: Rafizi Ramli

Saya baru selesai memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat dari IPD Dang Wangi yang mengambil keterangan saya dalam dua kertas siasatan berikut:

1. Kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkenaan ucapan yang dibuat semasa Perhimpunan BERSIH4

2. Kes di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana dituduh memakai baju BERSIH4 yang diharamkan.

RafiziSaya berasa lucu kerana soalan-soalan yang ditanya berhubung siasatan di bawah Seksyen 505(b) adalah bersabit laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya ditanya sama ada saya ada memimpin laungan itu dan berapa kali saya melaungkan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya tidak ditanya langsung mengenai kandungan lain ucapan saya kecuali laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur mengambil sedikit masa meneliti komen-komen yang dibuat oleh rakyat biasa terhadap mereka, kritikan dari rakyat adalah lebih teruk dari “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Perdana Menteri benar-benar mengambil kira kebajikan rakyat, beliau sudah tentu tahu beliau telah sampai tahap dibenci oleh rakyat.

Oleh itu, adalah menjadi pembaziran masa polis yang ketara apabila polis diarahkan menyiasat perkara-perkara yang telah menjadi sentiment rakyat seperti laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika saya disiasat kerana laungan itu, maknanya pihak polis terpaksa menyiasat berjuta-juta rakyat Malaysia yang memberikan komen lebih kasar dari itu.

Saya menyeru supaya kepimpinan polis berhenti dari mengarahkan pegawai-pegawai bawahan yang sepatutnya diberikan ruang memerangi jenayah, bukannya menyiasat kata-kata orang ramai yang menyinggung Perdana Menteri dan isteri beliau.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Categories
NASIONAL

Najib & Rosmah disaman Keluarga PI Bala terpaksa hidup dalam buangan di India

SHAH ALAM 14 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.

Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Scorpene najib altantuya razak bagindaThe Malaysian Insider melaporkan mereka sudah melihat saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.

Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.

Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.

Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.

Menurut saman itu, pihak keluarga berkata para defendan menyebabkan SD kedua Bala “didraf tanpa arahan si mati dan menyebabkan si mati menandatanganinya dengan ancaman dan paksaan”.

Keluarga menuntut sejumlah RM840,000 untuk 56 bulan hidup dalam buangan dari Malaysia. Jumlah itu termasuk menyewa pangsapuri di India, yuran sekolah, kehilangan pendapatan balu Bala sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan dan kerugian am dan khas lain.

Saman itu difailkan oleh peguam Bala, Americk Singh Sidhu.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.

Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandangan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008.

“Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya.

SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Semasa sidang media mengumumkan SD kedua itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Bala mendiamkan diri manakala peguam barunya, Arulampalam, yang menjawab soalan wartawan.

Mereka meninggalkan sidang media selepas mengedarkan SD kedua. Arulampalam mengatakan anak guamnya sedang tertekan dan sedih.

Sehari sebelum itu, pada 3 Julai, 2008 Bala memberitahu sidang media dipenuhi wartawan anjuran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kandungan SD pertama tentang penglibatan Najib dan beberapa yang lain dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Americk merupakan peguam Bala. Abraham berdepan dengan tindakan Majlis Peguam kerana beliau mendraf SD kedua penyiasat persendirian itu.

Majlis Peguam mengemukakan aduan terhadap Abraham kepada jabatan disiplin tahun lalu dan pengerusinya, Christopher Leong hadir pada Mac di depan jawatankuasa itu memberi keterangan dalam sesi tertutup.

Deepak sebelum itu mengaku membantu Bala untuk menarik SD pertama dan mencarikan peguam untuk mendraf SD kedua.

Americk mendedahkan mengenai perbalahan SD apabila beliau membaca kenyataan disediakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu, di mana beliau berkata, “Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua”.

Americk kemudian memberitahu pemberita di luar AGM arahan kepada Abraham datang daripada Najib, ketika itu timbalan perdana menteri.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, dua bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sabitan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, dan keputusan itu dirayu Putrajaya. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan mereka, dilepaskan pada 2008.

JURNAL BERITA – Jepun mohon maaf kepada Anwar

1. Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan.

2. MB ucap takziah kanak-kanak mati lemas.

3. Anwar : PRK DUN Kajang pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor.

4. Anwar menang PRK, Umno tiada harapan rampas Selangor.

5. SPF mohon maaf, Anwar ke Jepun 26 Februari ini.

6. Tian Chua : Harap SPR tidak ‘lupa’ goncang dakwat kekal secukupnya.

7. Noh Omar tidak layak sentuh isu kuasa MB.

8. Tamrin : Perbezaan 3 Tun dengan Najib, Rosmah.

9. Waytha letak jawatan, tamparan buat Najib.

10.Janji dicapati, TV3 sengaja malukan Najib?

11.Surendran : BN gagal tunai janji, Hindraf khianati kaum India.

JURNAL BERITA – EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

1. EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

2. KAFA Menengah ‘tiket tambahan’ murid dalami pengajian agama

3. MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000

4- PKR : MPP tidak pernah gesa Abdul Khalid undur, laporan Sin Chew salah

5- PAS tidak teruja ‘duduk sebumbung’ dengan Umno, pimpinan Najib ‘racun berbisa’

6. Lagi janji ‘dicapati’ BN, manifesto bantuan pesekolahan RM150 tetapi beri RM100

7. Khalid Samad: Angkara ‘macai kangkung’, lebih 2,000 rakyat terpedaya

8. Status negara maju jadi igauan ngeri rakyat

9. Indeks pengguna pendapatan bawah RM3,000 meningkat, rakyat makin tertekan

10.Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

11.Skim Mesra Usia Emas tampil idea baru untuk manfaat warga emas

12.Pemilik premis Kampung Lembah Kinrara setuju roboh binaan

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut beri penjelasan peruntukan RM150 juta Program Permata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 16 JAN: Kerajaan Pusat digesa memberikan penjelasan berhubung pertindihan fungsi Program Permata dan Kementerian Pelajaran yang menelan belanja besar.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, berkata Kerajaan Pusat juga perlu menjelaskan perbezaan jumlah peruntukan besar diterima program itu bagi 2013 berbanding jumlah dinyatakan dalam Belanjawan 2013.

rosmah-permata-2Katanya, program yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu menerima peruntukan bagi 2013 sebanyak RM150 juta berbanding hanya RM40.7 juta yang dinyatakan dalam teks belanjawan 2013.

“Setiausaha Bahagian Permata mengeluarkan kenyataan beliau adalah individu bertanggungjawab menjaga dan menguruskan peruntukkan RM150 juta yang disalurkan kerajaan untuk Permata.

“Kenyataan beliau secara tidak langsung mengesahkan peruntukkan program Permata jauh lebih besar daripada peruntukkan dinyatakan dalam belanjawan,” kata Manivanan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

manivanan gowinManivanan berkata, pembangunan program pendidikan awal patut diletakkan di bawah pemantauan Kementeri Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bukannya di bawah Permata.

“Operasi pendidikan awal di bawah Kementerian Pelajaran sudah diberi peruntukan dalam Belanjawan 2014 sebanyak RM482.3 juta,” kata Manivanan.

EZY

Categories
NASIONAL

SAMM: Jawatankuasa Siasatan Diraja perlu diwujud siasat kemewahan luar biasa Najib,Rosmah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Kerajaan Pusat didesak untuk mewujudkan Jawatankuasa Siasatan Diraja bagi menyiasat semua dakwaan kemewahan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dilantik memegang jawatan PM pada tahun 2009.

Ini ekoran kontroversi yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza Aziz, yang merupakan penerbit filem itu berjumlah RM326 juta.

Riza RizzPengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata semua dakwaan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media yang berwibawa, bukan dipetik dari blogger politik semata-mata.

Jelasnya, sebelum ini ramai pimpinan politik anti-kerajaan yang ditangkap dan didakwa hanya dari sumber pihak yang tidak kredibel.

“Dakwaan tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz mendapat sumbangan kewangan dari ibunya.

“M-Star Online bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.

najib n“SAMM dengan tegas mempersoalkan dari mana datangnya kemewahan luar biasa keluarga Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Riza Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian sebuah kondominium mewah bernilai RM111 juta di New York.

Selain itu, SAMM juga menggesa agar Najib Razak dan Isterinya diberi cuti sehingga siasatan selesai dan pucuk pimpinan negara harus dipangku oleh mereka yang layak.

“Ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, keluarga Perdana Menteri dan menterinya pula bermewah-mewahan. Dalam masa yang sama, mereka seru rakyat supaya berjimat – ini sangat berlawanan,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Datuk Seri Nazir Razak perlu mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang merupakan abangnya agar memegang prinsip ‘mendahulukan rakyat’ tidak boros berbelanja seperti mana zaman Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memuji tindakan Nazir yang mengimbau semula sejarah ketokohan Allahyarham Tun Razak namun menyifatkan ia sudah terlewat kerana sepatutnya beliau mengingatkan abangnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

Tun_Abdul_Razak_Rakyat_NewsArtikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah Tun Rzak dalam menggunakan dana awam.

Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’.

“Kita lihat selepas PRU dan ternyata beberapa keputusan dibuat Datuk Seri Najib ini membelakangkan rakyat sehingga komentar daripada orang yang kita fikir menjadi penyokong setia BN, (daripada Tokoh Akademik) Prof Engku Aziz sudah sampai kemuncak.

najib n“Ternyata kekayaan negara dalam pasukan kepimpinan Datuk Seri Najib gagal memenuhi hasrat rakyat selepas diberikan mandat,” kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, rakyat boleh melihat kekecewaan yang berlaku dalam kepimpinan Najib Razak diluahkan di laman sosial hingga jadi bahan ketawa rakyat berkenaan sindiran ‘kangkung’ yang memenuhi ruang laman sosial.

Semalam, media menyiarkan luahan hati Nazim Razak yang mengingati kembali pemergian ayahnda tercinta pada 14 Januari 1976.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Rosmah biaya filem anak di Hollywood RM326 juta?

KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Riza RizzDipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

-Keadilan Daily