Categories
SELANGOR

Jadi saksi pertemuan Najib-Saiful kemudian pendakwa kes Fitnah II

safee

PUTRAJAYA, 18 SEPT: Sekalipun terlibat sama dalam pertemuan antara Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Shafee Abdullah kekal sebagai pendakwa utama kes liwat 2

Keputusan itu diputuskan sebulat suara panel tiga hakim mahkamah rayuan, Datuk Ramli Ali (ketua), Datuk Ruhana Yusof (mengganti Datuk Tengku Maimon Tuan Mat) dan Mohd Zawawi Salleh.

Ia menyebabkan konflik kepentingan antara saksi dan pendakwa dalam pertuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, Anwar bercadang memfail permohonan bagi menyemak semula keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

“Umum tahu Datuk Shafee adalah peguam Perdana Menteri, kerajaan, Umno dan semua kes yang menentang saya dan dia kata dia tidak campur, tidak bias tetapi gelagatnya lebih dari ahli politik Umno, semua orang tahu.

“Dia juga mengaku berada di rumah Datuk Najib ketika kehadiran Saiful selama dua hingga empat jam dan kata dia tidak bincangkan dan tahu apa-apa, hanya minum kopi?

“Perkara ini tidak pernah dinafikan,” katanya sejurus selesai prosiding permohonan mengenepi Shafee sebagai pendakwa utama di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.

Anwar juga mendakwa Shafee kerap membuat tuduhan yang tidak sopan secara melulu ketika berhujah di mahkamah.

Sementara itu, prosiding rayuan kes Fitnah II disambung pada tarikh belum ditentukan

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan yang direka Saiful Bukhari.

Categories
NASIONAL

Cabaran Debat : Najib dan Calon MB BN Tidak Hadir – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 02052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat William Leong Jee Keen berkata, negeri yang diurus Pakatan Rakyat mencatatkan jumlah pelaburan asing yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri dibawah cengkaman Barisan Nasional.

2. Seperti yang dijangka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menghadirkan diri untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pencapaian Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

3. Tindakan bapa Saiful Bukhari Azlan, menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di dakwa kerana menghadapi tekanan kuat daripada Umno.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Lebih 10,000 Masalah Pemilikan Tanah Berjaya Diselesai Kerajaan PR Selangor – INFO 12


 

Sinopsis

Info 13 Untuk 130322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 13 MAC 2013 :

1. Lebih 10,000 masalah berhubung pemilikan tanah berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sepanjang lima tahun pemerintahannya.

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap pasukan polis atas kegagalan pasukan keselamatan itu mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan perlakuan ganas tiga NGO pro Umno-BN yang menyerang ibu pejabat parti itu, petang Isnin lalu.

3. Peguam Negara perlu mengkaji dan menarik balik rayuan ke atas keputusan kes liwat II selepas pendedahan yang dilakukan oleh bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pengakuan Bapa Saiful Bukhari Bukti Pemimpin Negara Guna Taktik Fitnah

Mahfuz close baju petak 01SHAH ALAM 8 MAC : Pengakuan yang dibuat bapa Saiful Bukhari Azlan, pemuda di dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan pemimpin di negara ini sanggup menggunakan taktik kotor demi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah terancang terhadap Anwar Ibrahim itu suatu perkara yang sangat mengaibkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Ini membuktikan pemimpin negara Malaysia sanggup memijak kepada kawan dan lawan.

?Ini bagi saya satu benda yang tidak boleh diterima sama sekali.

?Sebab fitnah konspirasi ini satu yang mengaibkan satu kehidupan dan satu masyarakat di negara Malaysia ini. Ini satu perbuatan yang sangat buruk,” katanya kepada TVSelangor.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dalam satu sidang media hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Anwar Ibrahim.

Menurut Azlan, kes tersebut adalah bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR untuk kali kedua.

“?Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

?Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,? kata Azlan yang dipetik sebuah portal berita hari ini.

Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jan 9 tahun lepas.

Akan tetapi Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.