Categories
NASIONAL SELANGOR

Bapa Saiful Bukhari Menghadapi Tekanan Kuat

azlan lazim bapa saiful masuk PKR 03

SHAH ALAM 01 MEI : Bapa Saiful Bukhari Azlan, yang hari ini telah menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di dakwa menghadapi tekanan kuat daripada Umno, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul.

?Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO.

?Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin ?penarikan balik? pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini, Johari berkata dalam satu kenyataan.

Johari berkata demikian di dalam responsnya terhadap berita hari ini bahawa Azlan telah menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar mengenai kes liwat Ketua Pembangkang itu dengan anaknya Saiful Bukhari.

Azlan membuat permohonan maaf itu pada 8 Mac di mana beliau mendakwa kes liwat itu adalah satu ?konspirasi politik?.

Beberapa hari kemudian, beliau juga telah memohon untuk menyertai PKR.

Hari ini pula, Azlan mendakwa ke liwat anaknya adalah benar dan  ?bukan satu konspirasi politik?.

Johari berkata permohonan Azlan untuk menyertai PKR belum diluluskan.

?Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya.

?Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik,? kata Johari.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pengakuan Bapa Saiful Bukhari Bukti Pemimpin Negara Guna Taktik Fitnah

Mahfuz close baju petak 01SHAH ALAM 8 MAC : Pengakuan yang dibuat bapa Saiful Bukhari Azlan, pemuda di dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan pemimpin di negara ini sanggup menggunakan taktik kotor demi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah terancang terhadap Anwar Ibrahim itu suatu perkara yang sangat mengaibkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Ini membuktikan pemimpin negara Malaysia sanggup memijak kepada kawan dan lawan.

?Ini bagi saya satu benda yang tidak boleh diterima sama sekali.

?Sebab fitnah konspirasi ini satu yang mengaibkan satu kehidupan dan satu masyarakat di negara Malaysia ini. Ini satu perbuatan yang sangat buruk,” katanya kepada TVSelangor.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dalam satu sidang media hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Anwar Ibrahim.

Menurut Azlan, kes tersebut adalah bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR untuk kali kedua.

“?Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

?Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,? kata Azlan yang dipetik sebuah portal berita hari ini.

Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jan 9 tahun lepas.

Akan tetapi Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.