Categories
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Covid-19: Saringan bersasar percuma di Klinik Selcare

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri melakukan saringan bersasar secara percuma  kepada rakyat Selangor membabitkan 16 klinik Selcare bermula esok sehingga 11 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kelayakan untuk menjalani ujian di klinik milik Selgate Healthcare Sdn Bhd ialah ada sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September. Selgate Healthcare adalah anak syarikat Kerajaan Negeri.

Individu yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini juga perlu mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik.

“Mereka yang layak diminta membuat janji temu sebelum ke klinik,” kata Amirudin menerusi Twitter.

Lokasi klinik boleh disemak melalui  https://selcareclinic.com/our-clinics:

– Selcare Clinic Desa Mentari
B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E
Desa Mentari, Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya
Selangor
03-7877 8544

– Selcare Clinic Jaya One
B-27-1, Block B,
Jaya One Selangor,
92, Jalan Universiti, Sec 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
03-7960 1975

– Selcare Clinic Puchong
A-14-0-6, Jalan Permai 1/1,
Taman Puchong Permai, Batu 13,
47100 Puchong,
Selangor
03-5882 0650

– Selcare Clinic Shah Alam
No 47, Ground Floor,
Jalan Snuker 13/28, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
03-5524 5690

– Selcare Clinic Sentosa Klang
25, Jln Dato Dagang 39,
Taman Sri Sentosa,
41200 Klang,
Selangor
03-5161 5426

– Selcare Clinic USJ Sentral
Persiaran Subang, G-7,
Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral,
47630 Subang Jaya,
Selangor
03-8023 5358/03-8011 4962

– Selcare Clinic Skypark Subang
M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
SkyPark Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang,
Selangor
03-7847 3969

– Selcare Clinic Putrajaya
11, Jalan P9 B/1,
Presint 9,
62250 Putrajaya
03-8893 0268/ 03-8888 0263/ 03-8888 3268

– The KL Clinic Hap Seng 2
Lot No. 1M-02, Level 1M,
Menara Hapseng 2,
Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2022 0343

– The KL Clinic KLO Station
Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin,
Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

– The KL Clinic Menara Olympia
Suite 0401, 4th Floor,
Menara Olympia,
No. 8, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
03-2276 5239

– The KL Clinic Queen Avenue
Lot 8-2-4, 2nd Floor,
Block 8, Queen Avenue,
Jalan Shelley, Off Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur
03-9202 2967

– The KL Clinic Rohas Perkasa
Mezzanine Floor, East Wing,
Rohas Perkasa,
No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah,
50250 Kuala Lumpur
03-2166 0395/ 03-2181 3362

– The KL Clinic Sri Rampai
No.42, Jalan Megan Setapak,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
03-4143 8250

– The KL Clinic UBN Tower
2nd floor, UBN Tower,
10, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2072 2239/ 03-2022 2239

– The KL Clinic Worldwide KL
GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
03-2181 5677

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

1,027 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung

SHAH ALAM, 29 JULAI: Seramai 1,027 pesakit jantung menjalani rawatan di bawah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (SRJNS) dengan pembiayaan RM15.9 juta sejak dua tahun lalu.

Pengurus SelCare Management Sdn Bhd Shafique Danial Johari berkata seramai 518 pesakit menerima rawatan secara percuma pada 2018 membabitkan kos RM9.8 juta.

“Pesakit yang mendapat manfaat skim ini pada 2019 pula seramai 333 orang dengan nilai keseluruhan RM4,395,782.45, manakala untuk tahun ini seramai 176 pesakit direkodkan setakat ini membabitkan kos RM1,741,882.62.

“Bagaimanapun, jumlah untuk tahun ini sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di hospital,” katanya kepada SelangorKini.

SRJNS dilancarkan pada 26 Februari 2018 dengan menawarkan rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Skim yang dibiayai Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi khidmat kesihatan bersepadu kepada rakyat memandangkan kos rawatan bagi penyakit ini semakin meningkat.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Orang awam puji inisiatif saringan pandu lalu percuma

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kira-kira 50 orang awam termasuk warga emas membuat saringan Covid-19 secara pandu lalu yang bermula hari ini di Kompleks Generasi Muda dan Sukan, Seksyen 7 di sini.

Mereka yang menjalani ujian percuma sekitar tiga minit kendalian tiga petugas kesihatan termasuk seorang doktor untuk setiap kenderaan turut memuji pendekatan Kerajaan Negeri.

Pesara kerajaan, Abdutl Moa’it Maskuri, 65, pula berkata konsep sedemikian memudahkan orang ramai membuat pemeriksaan apatah lagi pemilihan lokasi juga sesuai.

“Memandangkan proses ini sekejap dan mudah, saya akan minta isteri untuk datang saring di sini,” katanya kepada SelangorKini.

Nyahkuman dilakukan kepada petugas dan kenderaan terlibat selepas selesai menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 hasil inisiatif Kerajaan Negeri bersama Klinik Selcare dan dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah dilakukan di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Ahmad Zakilfikri Abdul Malek, 39, dari Taman Medan dekat sini berkata usaha tersebut menggalakkan orang awam membuat pemeriksaan tanpa perlu berbelanja besar.

“Jika di luar (hospital swasta) caj dikenakan agak tinggi melebihi RM300 dan itu menyebabkan individu bergejala juga tidak mahu membuat saringan,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya, Selcare melaksanakan saringan sedemikian pada hari ini dan esok, khusus untuk warga emas dan individu yang ada gejala demam, selesema, batuk dan sakit tekak.

Pemeriksaan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang. Keputusan diketahui dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Categories
SELANGOR

PKNS, anak syarikat tawar perkhidmatan kesihatan berkualiti

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 JUL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikat, Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate Corporation) mengorak langkah menawarkan perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan kadar berpatutan kepada rakyat di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri memberi mandat dan peranan penting kepada Selgate Corporation untuk mempelopori penjagaan kesihatan di negeri itu.

“Syarikat ini dijangka memiliki dan menguruskan operasi tiga hospital menjelang 2020 di mana ia termasuk langkah pengambilalihan pembelian ekuiti serta kerjasama strategik termasuk ‘green field’ dan ‘ground field’.

“Pengurusan Selgate Corporation yang dinamik, efisien dan progresif terus mengorak langkah bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan meningkatkan produktivitinya selaras dengan industri kompetetif serta keadaan ekonomi mencabar,” katanya dalam majlis perasmian Selcare Clinic di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara langkah diambil Selgate Corporation menerusi anak syarikatnya, Selgate HealthCare ialah pembelian ekuti 70 peratus daripada Sri Permai Medic Sdn Bhd, 16 Oktober tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, proses penjenamaan semula dilakukan terhadap semua klinik berkaitan kepada Selcare Clinic Sdn Bhd melalui dua rangkaian iaitu Selcare Clinic dan KL Clinic.

“Daripada 17 klinik, Selcare Clinic di bawah pengurusan Selgate Corporation telah menambah cawangan terbaharu di Seksyen 13 di sini seterusnya mengembangkan lagi perniagaan klinik di Menara PKNS di Petaling Jaya dan Menara Wolrdwide, Kuala Lumpur,” katanya.

Dr Noraida berkata, perkhidmatan ditawarkan Selgate Corporation adalah selaras dengan status Selangor sebagai negeri maju yang menjadi tumpuan serta mempunyai kemudahan dan fasiliti perubatan moden serta canggih seterusnya meningkatkan lagi ekses rakyat kepada perkhidnatan kesihatan berkualiti serta berpatutan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi; CEO Selgate Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth dan Pengerusi Selcare Clinic, Azhar Ahmad.