Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN: Amirudin pemimpin muda berwawasan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 JUN : Berwawasan dan sentiasa fokus dalam menjadikan Selangor lebih berdaya antara sifat Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang seharusnya dipuji, kata Rodziah Ismail.

EXCO Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi berkata, beliau berasa amat bertuah kerana dapat bersama dalam pentadbiran Amirudin selama setahun ini.

“Saya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama beliau dalam tempoh setahun malahan, corak kepimpinan beliau sedikit berlainan kerana Amirudin antara Dato’ Menteri Besar yang muda tetapi wawasan dan fokus untuk memajukan rakyatnya dalam kapasiti serta kebolehan masing-masing.

“Sebab itu beberapa keputusan berani dilaksanakan seperti mensejajarkan semula Inisiatif Peduli Rakyat. Saya nampak beliau berani mengambil risiko dan ia menjadi model kepimpinan yang perlu diberi sokongan dan dokongan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, Menteri Besar berusia 39 tahun itu berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baharu seperti usaha melaksanakan Mesyuarat EXCO di setiap daerah.

“Saya rasa ia cukup baik untuk rakyat kerana EXCO bukan sekadar duduk di ibu negeri tetapi harus turun padang melihat apakah pembangunan yang diperlukan atau signifikan.

“Ini satu inisiatif baik. Saya yakin dengan kepimpinan beliau kita dapat teruskan kejayaan negeri ini,” katanya.

Manakala, Ketua pembangkang Selangor merangkap ADN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail pula menyifatkan ADN Sungai Tua itu sebagai pemimpin muda berkarisma, boleh berbahas serta berhujah dengan baik.

Katanya, Amirudin perlu menjadi pemimpin yang dilihat dinamik dalam menyantuni masyarakat.

Bagaimanapun Rizam berkata, masih terlalu awal untuk menilai Dato’ Menteri Besar berikutan ia sepatutnya dinilai pada hujung tahun berpandukan belanjawan dibentangkan Amirudin tahun lalu.

“Dato’ Menteri Besar menyentuh aspek yang agak menyeluruh tetapi pada masa sama, pendapatan Kerajaan Negeri menguncup daripada RM3 bilion hanya tinggal kepada RM2.65 bilion.

“Sudah pasti dengan keadaan kekangan bajet yang menguncup dan bajet belanjawan yang dilihat disentuh begitu luas, saya takut ada kekangan dalam melaksanakan apa yang beliau nyatakan,” katanya.

Terdahulu, pada 19 Jun lalu, Amirudin genap setahun menggalas tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16, susulan kemenangan luar biasa Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Beliau mengantikan tempat bekas Menteri Besar sebelumnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang terpaksa melepaskan jawatan itu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan khidmat beliau menggalas tugas lebih besar di peringkat persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

 

 

Categories
BERITA UTAMA

Setahun MB: ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ bukan retorik

Oleh: DR FAHMI NGAH

Sudah setahun sejak Mohamed Azmin Ali mengambilalih pentadbiran Selangor. Pentadbiran yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ bukan lagi sekadar retorik. Selepas disingkap kembali, nyata beberapa usaha awal mula dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat melalui Agenda Makmur Selangor.

Penekanan perbelanjaan pembangunan belanjawan negeri

Iltizam pentadbiran Dato’ Menteri Besar untuk memastikan Selangor terus dibangunkan tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dapat dilihat melalui asas perangkaan belanjawan tahunan negeri.

Pertambahan rizab negeri kepada RM3.65 bilion pada akhir Jun lalu berbanding RM3.25 billion untuk tempoh sama tahun 2014 bukan sahaja ukuran kebolehan pentadbiran Dato’ Menteri Besar menguruskan kewangan negeri.

belanjawan (1)Yang lebih penting adalah kesediaan pentadbiran beliau untuk berbelanja dalam program pembangunan rakyat. Pentadbiran Dato’ Menteri Besar memperuntukkan 46.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan tahun ini untuk perbelanjaan pembangunan berbanding 33.8 peratus pada tahun 2014. Nisbah 46.8 peratus Selangor ternyata jauh lebih tinggi berbanding 20 peratus sahaja di peringkat Kerajaan Persekutuan. Peratusan perbelanjaan pembangunan ini juga bakal dinaikkan ke tahap lebih tinggi dalam belanjawan 2016 bagi menggalakkan pengembangan ekonomi domestik tatkala dunia sedang dilanda kemurungan ekonomi.

Pengurusan aset hartanah negeri

Pemusatan sebahagian besar pendapatan negeri kepada hasil tanah dan hartanah tidak dapat menjamin kelestarian pendapatan negeri untuk jangkamasa panjang. Jika tidak diurus dengan baik dan peluang pendapatan baru tidak diterokai, pentadbiran negeri akan menghadapi kesukaran memastikan kesinambungan program pembangunan untuk rakyat pada masa hadapan.

Suatu daftar tanah negeri di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) diwujudkan awal tahun ini untuk mengumpulkan aset tanah MBI. Tindakan ini penting untuk mengemaskinikan status perundangan dan menganggarkan nilaian aset tanah MBI yang sebenar. Lanjutan daripada itu, suatu proses Request for Information (RFI) turut dilaksanakan untuk memastikan pemaju yang benar-benar layak dapat mengadakan usahasama pembangunan hartanah bersama MBI bagi merealisasikan pulangan terbaik untuk negeri.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Jalan Sungai Saim Klang (7)Galakan penggunaan teknologi maklumat melalui Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer (e–Strata) dan Secured Land Management System (SELAMAT) oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor adalah antara contoh teknologi yang diguna pakai untuk memastikan kutipan hasil tanah strata yang lebih efisyen dan pengurusan proses pindah milik tanah yang lebih telus dan segera untuk rakyat.

Arahan untuk merampas semula tanah negeri yang digunakan pihak tertentu untuk aktiviti pembuangan sampah haram (seperti di Kampung Sungai Pusu, Gombak) juga turut dikeluarkan selepas tempoh prosiding berakhir bagi memastikan penggunaan tanah negeri yang lebih optima.

Ketika program pembangunan hartanah terus dilakukan, keperluan tanah rizab Melayu tidak dipinggirkan. Ketika beliau mula menjadi Dato’ Menteri Besar tahun lalu, 4,000 ekar tanah rizab Melayu di Selangor belum diganti. Sehingga September lalu sahaja, Kerajaan Negeri sudah mengganti semuanya termasuk tambahan650 ekar bagi memastikan kepentingan tanah rizab Melayu terus terbela.

Penstrukturan semula Industri Air Selangor

Proses penstrukturan semula industri air Selangor yang tertangguh tahun lalu akibat perselisihan beberapa terma yang temaktub dalam perjanjian tambahan (Supplemental Agreement) juga berjaya diselesaikan melalui proses perundingan yang baik. Perjanjian tambahan ini dimuktamadkan pada 10 Julai lalu dengan persefahaman yang baik bersama pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada itu, empat perjanjian lagi dimeterai pada 8 September lalu untuk melancarkan lagi proses penstrukturan bagi memastikan pengurusan industri air yang lebih baik untuk rakyat.

MB air MOUKerajaan Negeri juga sedang mengkaji cara terbaik untuk menampung kos subsidi air percuma yang dianggarkan berjumlah RM165 juta untuk tahun 2016, di samping memastikan pengurangan tahap Non-Revenue Water (NRW ) daripada 35 peratus kepada 25 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pembinaan Rumah Selangorku untuk rakyat

Mengambil maklum keperluan rakyat untuk memiliki rumah di kawasan bandar, inisiatif membina Rumah Selangorku terus dipergiatkan. Beberapa langkah baru diperkenalkan termasuk pengurangan bayaran premium tanah pada kadar 10 peratus daripada 15 peratus, pengecualian caj pemajuan, memberi pertimbangan untuk penambahan kepadatan sehingga 120 unit setiap ekar serta kelulusan segera bagi proses yang membabitkan agensi kerajaan.

Semua ini dilakukan tanpa sebarang kompromi pada aspek kualiti dan keselamatan walaupun dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Sasaran 15,000 unit Rumah Selangorku untuk dibina dalam tempoh tiga tahun bakal dicapai kerana setakat ini sahaja kebenaran merancang diberikan kepada lebih 18,732 unit.

Pengurusan sisa pepejal

Menyedari bahawa kebersihan persekitaran adalah antara permasalahan teratas rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama, Dato’ Menteri Besar juga mengarahkan MBI untuk mengkaji dan merangka suatu penyelesaian lebih baik untuk pengurusan operasi kutipan sampah, pembersihan awam dan teknoloji pelupusan yang lebih lestari untuk Selangor. Tidak cukup dengan itu sahaja, beliau sendiri melakukan dua siri terjahan ke kawasan kekal bermasalah tahun ini.

Beberapa cadangan penyelesaian oleh MBI sedang dibincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk memastikan mutu perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam yang lebih baik bukan sahaja di kawasan perumahan dan industri tetapi juga di sungai. Ini bakal dilakukan dengan pengekalan kontraktor sedia ada yang berprestasi baik tanpa dimonopoli pihak swasta atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Seminar Beyond 3R SACC Elizabeth Wong dan MB (3)Beberapa inisiatif termasuk pemberian tong sampah percuma dan tumpuan kepada mewujudkan lebih banyak taman awam (green lungs) oleh pihak pentadbiran akan dilaksanakan melalui Belanjawan 2016 nanti. Ini penting bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar di dalam jiwa setiap rakyat. Persekitaran yang bersih bukan sahaja dapat menjamin kesihatan rakyat tetapi dapat juga menarik minat pelabur luar untuk bertapak di Selangor.

Pelaksanaan inisiatif mengupayakan rakyat

Ekonomi domestik terus dirancakkan dengan memastikan penyertaan lebih ramai rakyat ke dalam sektor ekonomi melalui pemberian wi-fi percuma berkelajuan tinggi yang lebih meluas dan juga bantuan mikrokredit tanpa faedah melalui dana Hijrah.

WIFI Selangorku (1)Jelas, semua inisiatif ini dilakukan dengan tujuan memastikan Kerajaan Negeri dapat terus memberikan penyampaian yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Keperluan asas rakyat seperti air terawat, perumahan, kebersihan persekitaran dan ekosistem ekonomi yang lebih baik perlu terus dijaga dan ditambah baik. Ini akan menyiapkan Selangor untuk menangani kesan akibat pertambahan penduduk terutama sekali apabila Agenda Makmur Selangor dicapai dalam tempoh terdekat ini.

# Dr Fahmi Ngah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Categories
SELANGOR

Setahun MB: Gigih perangi wabak denggi

Oleh: SYASYA SUFIAN

SEMANGAT dan kegigihan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk turut serta turun padang dan melakukan terjahan dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes daripada terus berleluasa demi keselamatan rakyat.

Sepanjang setahun di bawah pentadbiran beliau pelbagai inisiatif yang dilakukan dan sehingga hari ini usaha itu tetap diteruskan dengan kerjasama dari Exco, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan.

Terjah denggi MB Mentari court (5)Mohammad Azmin berkata, Kerajaan Negeri sememangnya mahu permasalahan sampah, demam denggi, keselamatan awam dan penyelenggaraan jalan menjadi fokus utama selepas dilantik menjadi Dato’ Menteri Besar.

“Tindakan tegas diambil kepada pihak yang didapati menjadi punca pembiakan Aedes seperti notis pemberhentian kerja, kompaun atau rampasan lesen ke atas pemaju jika masalah sama masih berulang.

“Saya sendiri menyambut kedatangan Menteri Kesihatan ke Selangor supaya setiap keputusan dibuat perlu kolektif antara pusat dan negeri,” katanya.

Terjah denggi MB Mentari court (3)Sebelum ini, Mohamed Azmin sudah menerjah ke beberapa lokasi bagi Program Terjah dan Musnah Aedes antaranya di daerah Petaling.

“Kita mengambil tindakan proaktif melancarkan kempen terjah dan musnah aedes dengan saya sendiri terbabit secara langsung dengan semua Adun melancarkan program di setiap daerah dan lokaliti mencatatkan kes tinggi.

“Kerja pembersihan itu dilakukan di kawasan hotspot, pangsapuri kos rendah, tapak binaan selain mengadakan pemeriksaan di Kampung Baru Cina, longkang dan di seluruh taman awam serta rekreasi,” katanya.

-NFN-