Categories
PBT SELANGOR

Jom sertai sambutan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Ahad ini

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini untuk sama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun ketiga Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program yang bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 adalah inisiatif ke arah mempromosi bandar raya rendah karbon dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik dirangka seperti Larian Ulang Tahun Ketiga Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, acara berbasikal, senamrobik, dan cabaran mendaki dinding.

“Kita turut menganjurkan program Eco Free Market bertemakan kitar semula iaitu satu acara penyaluran dan agihan semula barangan terpakai.

“Menerusi barangan kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama, pengunjung juga boleh mendapatkan kupon yang kemudian boleh digunakan untuk mendapatkan barangan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Shahrin berkata, orang ramai juga dialu-alukan mengunjungi Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels dan Perpustakaan Bergerak untuk mendapatkan apa-apa maklumat.

Turut memeriahkan program itu ialah acara jualan pelbagai jenis pokok dan baja kompos.

Justeru, MBSA meminta kerjasama orang ramai dan pemilik bangunan untuk mengambil maklum mengenai penutupan beberapa jalan pada hari tersebut bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Antara jalan terlibat ialah Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Categories
PBT SELANGOR

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertema `Back To School’ Ahad ini

SHAH ALAM, 4 DIS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan ‘Kembali Ke Sekolah’ pada 8 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Katanya, program itu adalah inisiatif MBSA bagi menyuntik semangat ke sekolah khususnya dalam kalangan kanak-kanak selain mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini juga selaras ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida.

“Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrin berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan semasa acara itu antaranya ‘Fun Run’ Lembaga Zakat Selangor 2019, acara berbasikal, Treasure Hunt, senamrobik dan ‘wall climbing’.

“MBSA juga akan menyediakan perkhidmatan MBSA kepada orang ramai seperti Eco Free Market, Picnic Dhuha, Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, Perpustakaan Bergerak dan jualan pokok serta baja kompos,” katanya.

Beliau berkata, sempena program terbabit, antara jalan yang ditutup ialah Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Semua jalan terlibat ditutup mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada hari tersebut.

“Kita mengharapkan kerjasama daripada orang ramai dan pemilik bangunan sekitar pusat bandar untuk mengambil maklum berkenaan jalan yang akan ditutup sepanjang program ini,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA tutup beberapa jalan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 8 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi memberi laluan kepada penganjuran Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 13 Oktober.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 06.30 hingga 09.30 pagi.

Katanya, program yang bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya
hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam selain selaras dengan hala tuju  menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

“Orang ramai disaran tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“MBSA juga memohon pengguna memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pelbagai acara menarik disediakan dalam Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019 sempena Sambutan Hari Bandar Raya Shah Alam Ke-19.

Antaranya aktiviti riadah seperti ‘fun walk’, acara berbasikal, ‘Ultra Colour Run’, dan ‘Recycle Treasure Hunt’.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyertai aktiviti seperti acara senamrobik, wall climbing, Futsal 3 on 3, Klinik Frisbee, Hydrogel Games dan cabutan bertuah.

Turut diadakan Program ‘Eco Free Market’, Picnic Dhuha, pemeriksaan kesihatan percuma, dan penyediaan perkhidmatan MBSA kepada orang ramai seperti Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, Perpustakaan Bergerak (Mobile Library)dan jualan pokok serta baja kompos.

Categories
PBT SELANGOR

Sambutan Hari Wanita tema Jom Picnic Dhuha MBSA

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 12 MAC: Sambutan Hari Wanita menjadi tema dalam program Jom Picnic Dhuha sempena Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam, Ahad lalu.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, membincangkan topik bertajuk ‘Pengorbanan dan Kegigihan Seorang Wanita’.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 itu, turut diserikan dengan penampilan seperti Fazleena Hishamuddin (aktivis teater) dan Farrah Adeeb (pengacara/personaliti tv).

“MBSA mengadakan Jom Picnic Dhuha bertemakan sambutan Hari Wanita sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 10 Mac lalu.

“Jom Picnic Dhuha kali ini membincangkan topik ‘Pengorbanan dan Kegigihan Seorang Wanita’ serta cabaran perlu dihadapi mereka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, MBSA turut mengadakan pertandingan memasak membabitkan warga kerja MBSA dan juga wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Selain itu, turut diadakan aktiviti menarik seperti acara ‘Fun Walk’, acara berbasikal, senamrobik, senaman taichi, Klinik Frisbee, Hydrogel Games, Futsal 3On3, Wall Climbing, Obstacles.

“Persembahan pakaian beragam dan aktiviti kebudayaan serta kesenian, persembahan pentas oleh kombo MBSA juga pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya.

Beliau berkata, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan adalah inisiatif MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida sekali gus mencemar alam sekitar.

Categories
PBT SELANGOR

Lebih 3,000 meriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 FEB: Lebih 3,000 orang memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu adalah inisiatif ke arah mempromosikan gaya hidup sihat selain mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang boleh mencemarkan alam sekitar.

“Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

“Turut diadakan aktiviti riadah seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, senaman taichi, persembahan pentas oleh kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, katanya, orang ramai turut mengambil peluang mencuba permainan wall climbing, senaman Taichi, Mobile Library, Shah Alam On Wheels, Food Truck, chu chu train, Klinik Frisbee, Hydro Gel Games, Futsal On 3 dan Fruit Eating Challenge.

“Menariknya, mereka turut menyertai Pertandingan Pakaian Beragam Terbaik membabitkan dua kategori iaitu Kategori Keluarga dan Individu.

“Selain itu, program bual santai Jom Picnic Dhuha bertajuk ‘Sembang Santai Penghijrahan’ bersama Mel Wings dan Amira Ann Lee serta Program Eco Free Market turut diadakan.

“Manakala, majlis pelepasan larian pula disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

Enam laluan ditutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 FEB: Sebanyak enam laluan akan ditutup selama tiga jam mulai 6.30 hingga 9.30 pagi bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara laluan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

“Program ini akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

“Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA ajak orang ramai meriahkan Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak oranng ramai mengambil peluang memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Shah Alam Sihat, pada 2 September ini, di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu adalah inisiatif MBSA ke arah memromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam.

Katanya, ia juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030.

“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya pelepasan
peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan
pentas oleh kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Bagi menarik penyertaan orang ramai, MBSA juga akan menyediakan permainan wall climbing, cabutan bertuah, kostum paling kreatif, Mobile Library, Food Truck, Tourism Street, chu chu train, Zumba, Taichi, mini family game dan jualan pokok serta baja kompos,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, MBSA turut menganjurkan program Family Integrity Walk dan Jom Picnic
Dhuha yang akan menampilkan Ustaz Zul ‘Pandan’, Doktor Hadi Celemans serta Kumpulan Tazkers untuk menarik penyertaan orang ramai.

Pada masa sama, Shahrin turut meminta kerjasama orang ramai dan pemilik bangunan di sekitar pusat bandar untuk mengambil maklum berkenaan jalan raya yang akan ditutup sepanjang program berlangsung.

“Antara jalan terbabit ialah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai, pada 2 September ini bermula jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

“Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pembangunan Komuniti, di talian 03-55222730 sambungan ke 1251,” katanya.

 

Categories
PBT SELANGOR

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Hari Kemerdekaan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, semalam.

Mengetengahkan tema ‘Sambutan Hari Kemerdekaan’, program itu merupakan inisiatif MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia juga bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida dan mencemar alam sekitar.

“Ini selaras dengan hala tuju MBSA membawa Bandaraya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi menarik penyertaan orang ramai memeriahkan program berkenaan.

“Antaranya termasuk pelepasan peserta aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas daripada kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“MBSA juga menyediakan permainan ‘wall climbing’, cabutan bertuah, ‘Mobile Library’, ‘Food Truck’, ‘Tourism Street’, ‘Chu Chu Train’, pameran keselamatan daripada PANTAS dan jualan pokok serta baja kompos,” katanya.

Dalam kesempatan itu, program ‘Eco Free Market’ turut dijalankan dengan pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan.

Pada masa sama, Shahrin berkata, pihaknya juga menganjurkan ‘Program Kayuhan Kemerdekaan’ sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-61.

Katanya, seramai 400 peserta menyertai program kayuhan itu dan berkayuh sejauh 30 kilometer di sekitar kawasan pusat bandar Shah Alam.

Sebelum itu, majlis pelepasan disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Categories
SELANGOR

‘We Love Shah Alam Fun Walk’ berlangsung meriah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan ‘We Love Shah Alam’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program bermula seawal 7 hingga 11 pagi itu diadakan bertujuan melahirkan warga Shah Alam mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan penyebab pencemaran alam sekitar akibat pelepasan gas karbon monoksida.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan pagi tadi antaranya pelepasan peserta bagi acara berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas oleh kombo MBSA, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Menariknya kali ini, MBSA berjaya menarik lebih 1,000 peserta menyertai acara ‘We Love Shah Alam Fun Walk’ sempena Kempen ‘We Love Shah Alam’

“MBSA juga mengedarkan T-Shirt percuma berdasarkan bukti undian ‘We Love Shah Alam’,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, turut diadakan Shah Alam Urban Picnic untuk Focus Group Discussion (FGD) yang akan membincangkan Rancangan Tempatan MBSA 2035.

“Antara pengisian aktiviti sampingan program Shah Alam Urban Picnic adalah seperti Pertandingan Urban Sketch Shah Alam 2035, aktiviti sukan rakyat seperti lari dalam guni, tuju tin, dan sesi Expression Wall Shah Alam 2035 bersama jemputan Urban Sketcher.

“Bagi menarik penyertaan orang ramai, kita juga menyediakan permainan seperti wall climbing, Fruit Eating Challenge, cabutan bertuah, Mobile Library MBSA, jualan makanan di Food Truck, Tourism Street, chu chu train, cabutan bertuah, pameran keselamatan oleh PANTAS dan jualan pokok serta baja kompos.

“Program Eco Free Market turut diadakan iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Jalan ditutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Ahad ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 4 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2018, pada Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 6.30 hingga 9.30 pagi.

“Program bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dan akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi ditujui.

Categories
SELANGOR

800 t-shirt percuma Fun Run sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 6 FEB: Sebanyak 800 t-shirt akan diedarkan secara percuma kepada peserta aktiviti larian Fun Run sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, pada Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, bertemakan Shah Alam Bebas Plastik, peserta terawal akan menerima t-shirt secara ‘walk in’ semasa program tersebut dengan kaunter pendaftaran akan dibuka mulai jam 6.30 pagi.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memeriahkan program iaitu pelepasan peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas oleh kombo MBSA, aktiviti senamrobik dan pameran kesihatan.

“MBSA juga akan menyediakan permainan wall climbing, Fruit Eating Challenge, cabutan bertuah, Mobile Library MBSA, jualan baja kompos, jualan makanan di Food Truck, pameran Inisiatif Rendah Karbon, photo booth, petting zoo dan aktiviti doodles/painting.

“Turut diadakan, program Eco Free Market, Jom Picnic Dhuha bersama Zul Handy Black, Buskers As Assalam dan Ustaz Zul Pandan,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah inisiatif MBSA melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya, menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.

Pada masa sama, Kaunter Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ akan beroperasi bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir.

Categories
SELANGOR

Jom sertai Shah Alam Tanpa Kenderaan Ahad ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput orang ramai menyertai Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut membuka tirai 2018 setelah setahun penganjurannya.

“Program ini adalah inisiatif MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya, menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.

“Sepanjang program berlangsung, orang ramai hanya dibenarkan menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya,” katanya.

Shahrin berkata, antara pengisian program adalah pelepasan untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas oleh Kombo MBSA, dan senamrobik.

“Selain itu, diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, edaran sarapan dan minuman secara percuma serta pengoperasian Perpustakaan Bergerak MBSA.

“Warga Shah Alam juga berpeluang membeli makanan di food truck, jualan barangan dan pameran seni lukisan, produk hijau (Green Eco Product), jualan baja kompos dan jualan bunga hiasan atau pokok buah-buahan.

“MBSA turut menyediakan sewaan basikal dan roller blade serta permainan kanak-kanak chu-chu train secara percuma chu chu train percuma, face painting, wall climbing, fruit eating challenge, Cats Adoption, aktiviti Sand Bag, Tyre Loop, Cargo Net dan Crawling,” katanya.

Pada masa sama, Kaunter Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ juga turut beroperasi bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mula dilaksanakan pada 22 Januari 2017 bagi memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

Sejak penganjurannya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang.