Categories
AGENDA NASIONAL

Lagi tiga kes Covid-19 dikesan, 88 positif dalam sidang khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Sejumlah 88 kes positif Covid-19 dikenal pasti sehingga kini termasuk penambahan tiga kes baharu berkaitan dengan Mesyuarat Khas Parlimen baru-baru ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, beliau memaklumkan sebanyak 85 kes positif dikesan berkaitan mesyuarat yang diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai lepas itu, termasuk 17 kes berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat melibatkan individu yang hadir ke sidang dan kontak rapat kes positif.

Menerusi kenyataannya hari ini, beliau berkata tiga kes baharu itu adalah berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat sebanyak 20 kes (sehingga 8 Ogos, pada 6.45 petang).

“Tiga kes baharu tersebut telah dilaporkan pada 7 Ogos dan mempunyai nilai kitaran ambang atau ‘CT value’ RT-PCR antara 19.15 sehingga 22.27 (bermaksud kadar kebolehjangkitan yang tinggi).

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir. Kesemua mereka mempunyai gejala ringan dan sebelum ini telah pun mendapat vaksin lengkap,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan siasatan mengenal pasti kontak rapat kes semasa persidangan diteruskan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.

Hasil siasatan mendapati kes berkenaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen agar tidak menjangkiti ahli keluarga.

Kes yang dilaporkan itu disahkan hasil ujian RT-PCR, dengan 56 kes dikenal pasti hasil saringan PraDewan Rakyat dan empat kes kontak rapat manakala lapan kes lagi daripada saringan PraDewan Negara.

Beliau turut menasihati individu yang hadir ke Parlimen supaya terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera dan mendapatkan rawatan segera serta menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya bergejala.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pembangkang bantah tangguh sidang khas Parlimen, belakangkan titah Agong

SHAH ALAM, 2 Ogos: Pembangkang membantah keras keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan penangguhan sidang khas Parlimen hari ini.

Menerusi kenyataan bersama malam tadi, pembangkang menyifatkan tindakan itu langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan membelakangi kenyataan media Istana Negara.

“Kami merakamkan kekesalan dan bantahan keras terhadap keputusan Perdana Menteri mengarahkan penangguhan sidang khas Isnin 2 Ogos ini walaupun jumlah kes positif membabitkan Parlimen hanya 0.9 peratus setakat 29 Julai.

“Oleh yang demikian, kami bersependapat bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan seluruh jemaah menteri mesti meletakkan jawatan secara terhormat sekarang,” katanya.

Kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; ahli Parti Sarawak Bersatu, Baru Bian dan ahli parlimen Bebas Maszlee Malik.

Tambah kenyataan itu keputusan untuk tidak membentang dan membahas semua Ordinan Darurat seperti yang telah diperkenan dan dititahkan Seri Paduka Baginda adalah keputusan jemaah menteri.

“Maka, berdasarkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, seluruh jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama ke atas krisis Perlembagaan yang telah berlaku ini,” katanya.

Sidang khas Parlimen yang seharusnya disambung pada Isnin (hari ini) ditangguhkan “ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak”.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat kepada ahli parlimen yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, Sabtu lalu.

Categories
NASIONAL

Isu Gaza juga perlu dibincang dalam Sidang Khas Parlimen

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JULAI: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa usul berhubung konflik di Gaza dapat dibahaskan sekali dalam Sidang Parlimen tergempar berkenaan tragedi MH17.

Beliau berkata, Gaza juga adalah satu lagi tragedi kemanusiaan yang memerlukan perhatian pihak antarabangsa.

gazaKatanya, Malaysia perlu memperlihatkan ketegasan dalam isu keadilan, keamanan dan hak kemanusiaan terutama negara adalah calon kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Pakatan Rakyat (PR) sudah lama mahu membawa usul ini, namun tidak dilayan kerajaan. Konflik di Gaza sehingga kini meragut ratusan nyawa termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17, pada 17 Julai lalu.

Beliau dalam perutusan khas yang disiarkan RTM 1 berkata, sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

MH17 aKatanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas serta tidak bertanggungjawab itu.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan ditembak jatuh di Timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, konflik di Gaza sehingga kini mengorbankan ratusan orang awam dan puluhan kanak-kanak selain ribuan lagi cedera, yang mana kebanyakannya akibat dibedil askar Zionis.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityTentera Zionis juga sejak semalam sejurus tragedi MH17 mula melancarkan serangan darat ke atas bumi Gaza.

Walaupun dikecam masyarakat dunia, sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat bagaimanapun memberikan restu kepada mereka.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry ketika menelefon Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengatakan sokongannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan ‘pihak pengganas’.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Sidang Khas Parlimen kecam tragedi MH17

SHAH ALAM, 19 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal memanggil Sidang Khas Parlimen bagi mengecam tindakan tragedi kemalangan yang menimpa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing-777 di Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau dalam satu perutusan khas yang disiarkan malam tadi.

Najib turut memaklumkan bendera negara akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas kejadian yang menimpa pesawat MH17, bermula malam tadi sehingga 21 Julai ini.

malaysia-airlines-boeing-777Selain itu, semua rakyat Malaysia diminta untuk mendoakan kesejahteraan ahli keluarga mangsa yang terkorban mengikut fahaman keagamaan masing-masing.

Kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangam pesawat MH370 nyata mengejutkan dunia kerana pesawat berkenaan dipercayai ditembak jatuh oleh pasukan pemberontak di Kiev.

Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia

Pesawat MH17 menyambut ulangtahun ke-17 selepas memulakan penerbangan pertama pada 17 Julai 1997 dan sudah beroperasi selama 17 tahun.

-NFN-