Categories
AGENDA NASIONAL

Tambah baik fasal RUU IPCMC untuk lebih adil

PUTRAJAYA, 11 DIS: Terdapat fasal-fasal tertentu dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang memerlukan penambahbaikan bagi dilihat lebih adil dan saksama, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa memperincikan fasal yang perlu ditambah baik, beliau berkata pembentangan semula RUU IPCMC akan memasukkan lebih banyak pandangan daripada pihak berkepentingan dengan undang-undang.

“Banyak pandangan yang belum dilibatkan sebelum ini.

“Sebab itu, ada bantahan terhadap RUU itu dan pihak berkenaan perlu mengemaskini fasal tertentu di dalam akta itu sebelum dibawa semula ke Parlimen untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pasca Bencana Pantai Timur di sini, hari ini.

Pada 3 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memohon kepada Dewan Rakyat untuk menangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga RUU IPCMC ke sesi persidangan akan datang pada Mac tahun hadapan.

Liew dilaporkan berkata, langkah memperhalusi RUU melalui perbincangan dengan pemegang taruh terutamanya polis adalah perlu bagi memudahkan pelaksanaannya apabila diluluskan kelak selain mengelak isu berbangkit.

“Jarak masa sehingga persidangan Parlimen akan datang akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan perkara berbangkit agar penambahbaikan yang dibuat boleh menghasilkan akta yang adil dan saksama,” kata Muhyiddin.

RUU IPCMC 2019 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi Julai lalu.

IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas bagi menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dakwat Kekal : Kerajaan Digesa Bertindak, Pengerusi SPR Nafi Kenalan Pembekal – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 17072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang.Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Seorang individu yang didakwa mendapat kontrak pembekalan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dinamakan
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di Dewan Rakyat semalam.

2. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini menafikan bahawa beliau dan
timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan kenalan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan pada
Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

3. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dilaporkan berkata penubuhan suruhanjaya seperti
Suruhanjaya Bebas Aduan & Salah Laku Polis (IPCMC) adalah kaedah kepolisan moden serta selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.

4. Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) berpendirian kerajaan tidak seharusnya mengimport ayam dari luar khususnya dari
China berikutan negara mempunyai bekalan mencukupi.