Categories
SUKANKINI

STA rai pemain tenis musim 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 NOV: Lebih 80 pemain bersama jurulatih dan pegawai Persatuan Tenis Selangor (STA) diraikan dalam satu Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Ke-12 bertempat di Blackbox @ SACC Mall, semalam.

Lima pemain menerima penghargaan berdasarkan pencapaian terbaik sepanjang tahun 2018 dan hadiah disampaikan Presiden STA, Dato’ Mohamad Taufik Omar bersama Naib Presiden, YDM Tengku Dato’ Mohamed Tengku Harun.

Hayden Khoi-Menon memenangi Anugerah Most Improved Player 2018 selepas memenangi tiga kejohanan tempatan serta mewakili Malaysia pada kejohanan ITF World Junior Tennis, Sri Lanka.

Anugerah Most Promising Player (Lelaki) 2018 dimenangi pemain di ranking kelima ATF, Christian Andre Liew Sheng dengan pencapaian tempat kedua dan ketiga keseluruhan dalam dua kejohanan antarabangsa selain terpilih menyertai pasukan Asia ke Eropah bagi kejohanan Bawah 14 tahun Eropah.

Sharifah Elysia Wan Rahman pula mengungguli kategori Most Promising Player (Wanita) 2018 dengan tiga kejayaan kejohanan tempatan, mewakili Malaysia di Junior Fed Cup di Kuching Sarawak serta mewakili Selangor pada SUKMA 2018 di Perak.

Anugerah Best Player (Lelaki) 2018 di berikan kepada pemain di ranking ITF ke-395, Darrshan Suresh yang kini menyertai kejohanan di India atas lima kejayaan peringkat antarabangsa selain mewakili Selangor pada SUKMA 2018 di Perak.

Sementara Anugerah Best Player (Wanita) 2018 diberikan kepada pemain ranking pertama kebangsaan, Suhana Sofia Adam Das atas pencapaian mewakili Malaysia dalam Fed Cup 2018.

Dalam majlis sama turut berlangsung penyampaian hadiah kepada 80 pemain yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akhir bagi 10 kategori sempena STA/MBPJ Milo Junior Monthly Medal Masters serta STA-Genting Junior Age Group Master.

Penghargaan turut diberikan kepada barisan penaja sepanjang musim 2018 iaitu Genting Malaysia Berhad, PKNS PREC, Nestle Product dan F&N Baverages Marketing Sdn Bhd.

Turut diraikan peserta luar negara yang terdiri daripada Uzbekistan, Tajikistan, Vietnam, Filipina dan Korea.

 

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Lebih 100 pemain bakal pamer aksi di PREC Selangor 2nd ATF 14 & U Series Tournament 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kira-kira 100 pemain dari 16 negara bakal beraksi di PREC Selangor 2nd ATF 14 & U Series Tournament 2018 yang dijadual berlangsung, di Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya, bermula 24 hingga 30 September ini.

Presiden Persatuan Tenis Selangor (STA), Dato’ Mohamad Taufik Omar berkata, kejohanan bagi meraih mata itu diiktiraf dalam kedudukan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) sebagai kejohanan bertaraf ranking remaja kebangsaan.

“Antara negara yang akan bertanding dalam perlawanan ini termasuk Malaysia, Australia, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Itali, Korea, Thailand, Amerika, China, Uzbakistan, Yemen, Nepal, Filipina dan Latvia.

“Kejohanan ini bertaraf gred A dan pertama kali diberikan kepada Malaysia selain penyertaan daripada pemain yang mempunyai kedudukan tinggi, dalam Persatuan Tenis ATF.

“Pada masa sama, kita mahu memastikan lebih ramai pemain tenis muda berada dalam kedudukan dan ia dipilih melalui program ‘monthly medal’ yang dijalankan, setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media PREC Selangor 2nd ATF 14 & U Series Tournament 2018, di Black Box Shah Alam Convention Centre Mall, di sini, semalam.

Turut hadir, Pegawai Pengurus Kewangan Korporat PREC, Netty Hazreena Abd Malek dan Pengarah Kejohanan, Mohamad Rahizam Abdul Rahim.

Mohamad Tahir berkata, pasukan Malaysia dibarisi 16 pemain bagi kategori lelaki, manakala 14 pemain kategori perempuan.

Katanya, pusingan kelayakan kejohanan pula akan diadakan pada 24 dan 25 September ini dengan lapan pemain daripada setiap kategori bakal melayakkan diri ke undian utama.

“Bagaimanapun kategori lelaki, Hayden Khoo, Tan Lin En dan Zhahin Ilyas sudah melayakkan diri ke undian utama, manakala kategori perempuan Lim Zan Ning, Lin Sze Xuan dan Iman Syuhada antara tiga terbaik yang akan berada, di undian utama,” katanya.

Beliau berharap, kejohanan terbabit memberi manfaat kepada pemain tenis muda tempatan untuk meningkatan mutu pencapaian sukan itu ke arah lebih baik.

Terdahulu, kejohanan itu mendapat kerjasama daripada PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) selaku penaja utama buat kali kedua kepada PTS.

Penganjurannya selari dengan misi PREC bagi empat teras utama tanggungjawab sosial korporat iaitu keusahawanan, sukan, pendidikan dan masyarakat.

Categories
SELANGOR SUKANKINI

STA terus komited lahir bakat baru tenis

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Program pembangunan dilaksanakan Persatuan Tenis Selangor (STA) menunjukkan potensi baik dengan pencapaian cemerlang beberapa pemain remaja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Presidennya, Dato’ Mohamad Taufik Omar, berkata kejayaan diraih beberapa pemain tenis remaja, terus memberi kekuatan kepada STA untuk menjayakan program pembangunan bagi kemajuan sukan tenis di negeri itu.

“Di sepanjang tahun ini menyaksikan beberapa pemain tenis remaja Selangor berjaya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Ia menunjukkan usaha berterusan STA untuk memastikan kesinambungan bakat kini mula membuahkan hasil,” katanya dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata, pencapaian cemerlang beberapa pemain remaja itu diharap menjadi inspirasi kepada atlet lain untuk terus menunjukkan kecemerlangan dalam sukan tenis.

Bermula Januari tahun ini, empat pemain Selangor, Muhamad Nur Iman Mohd Nor Ariffin, Imran Daniel Abdul Hazli, Sharifah Elsa Wan Rahman dan Nur Irdina Mohd Rosdi berjaya mewakili negara ke Kejohanan ITF Asia14 & Under Championship di Bangkok, Thailand serta ia diikuti kejayaan beberapa pemain lain di peringkat kebangsaan juga antarabangsa.

=EZY=

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Kerajaan Negeri hargai usaha STA majukan tenis

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri menghargai usaha Persatuan Tenis Selangor (STA) bagi melahirkan bakat baru ke arah pencapaian baik dalam tenis di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata usaha berterusan STA itu berhasil dengan pencapaian membanggakan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016 lalu.

“Tahniah diucapkan kepada STA yang berjaya memperoleh dua emas, empat perak dan empat gangsa dalam Sukma di Sarawak, tahun lalu.

“Bagaimanapun, tenis tidak dipertandingkan dalam Sukma di Perak, tahun depan namun ia tidak mengecewakan dan kita akan meneruskan usaha bagi kemajuan sukan dan melahirkan bakat baru untuk negeri dan negara,” katanya dalam majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah 2017 anjuran STA di sini, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan melaui Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor sentiasa menjalankan program pembangunan sukan bagi melahirkan atlet berwibawa.

Katanya, melalui kepakaran dan kemudahan sedia ada, pihaknya yakin ahli sukan Selangor berupaya untuk beraksi cemerlang dan berjaya di persada dunia.

“Untuk meletakkan kedudukan sukan ke pringkat lebih tinggi, kita perlu menggunakan pendekatan lebih menyeluruh kerana prestasi atlet kini tidak lagi bergantung kepada kekuatan fizikal dan mental semata-mata.

“Ia juga bergantung kepada pendekatan sanitifik, perancangan jangka panjang dan pengurusan berkualiti,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR SUKANKINI

10 negara sertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor edisi ke-15

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 NOV: Lebih 400 penyertaan dari 10 negara dijangka menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor edisi ke-15, pada
25 hingga 29 November ini.

Antara negara terbabit ialah Malaysia, Sri Lanka, Filipina, Nepal, Singapura, Vietnam, Indonesia, Uzbekistan, Tajikistan dan Australia.

Kejohanan terbahagi kepada empat kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan berumur antara
lapan hingga 16 tahun.

Sementara itu, hampir 50 penyertaan memberangsangkan bagi Acara Mini Tenis bawah lapan tahun, pada tahun ini.

Kejohanan itu akan diadakan di empat lokasi iaitu di Kompleks Sukan MBPJ (Kelana Jaya), Gelanggang Tenis SS 3/14 (Kelana Jaya), Kompleks Sukan PKNS (Kelana Jaya)
dan Kompleks Sukan Astaka Petaling Jaya.

Mula dianjurkan pada 1990, kejohanan kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM8,820 serta medal dan barangan tajaan.

Disokong penuh Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), ia mendapat tajaan utama daripada Genting Malaysia Berhad,
Nestle Products Sdn Bhd, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Amer Sports Malaysia Sdn Bhd.

 

Categories
PBT SELANGOR SUKANKINI

Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ diiktiraf Persatuan Lawn Tenis Malaysia

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 17 OGOS: Lebih 200 remaja dari seluruh negara dijangka menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ – Milo Siri Ke-28, pada 26 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Kejohanan pada tahun ini turut diiktiraf Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) sebagai kejohanan bertaraf ranking remaja kebangsaan.

Ia bermakna, setiap pemain yang menyertai kejohanan layak mendapat jumlah mata (point) untuk dimasukkan ke dalam ranking LTAM.

DSC_1009Kejohanan terbahagi kepada empat kategori iaitu, Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan berumur antara lapan hingga 16 tahun.

Ia diadakan di empat lokasi iaitu Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya; SS 3/14, Kelana Jaya, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya dan Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya.

Mula dianjurkan pada 1990, kejohanan kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM7,620 serta medal dan barangan tajaan penaja.

Disokong penuh Majlis Sukan Negeri Selangor, ia mendapat tajaan utama Nestle Products (M) Sdn Bhd (MILO) dengan penaja bersama, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (100 plus)
dan Amer Sports Malaysia Sdn Bhd (WILSON).

Categories
SELANGOR

Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Milo 2015 cungkil bakat baru

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 21 MEI: Seramai 200 remaja seluruh negara akan menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Milo 2015 yang bermula 28 Mei hingga 31 Mei ini.

Kejohanan tahunan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya itu menampilkan penyertaan tertinggi dari Selangor iaitu 87 pemain.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (62), Negeri Sembilan (29), Sarawak (8), Sabah, Perlis, Johor, Kelantan dan Perak masing-masing dua pemain.

_DSC5748Manakala Pahang, Kedah, Pulau Pinang dan Singapura masing-masing seorang pemain.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johari Anuar berkata, penganjuran kali ini dijadikan sebagai salah satu jelajah remaja di bawah ‘Maju Tennis Malaysia Junior Tour 2015’ yang mengandungi 10 siri.

“Kejohanan tahunan ini bertujuan mencungkil bakat baru berusia dari 10 hingga 18 tahun bagi pasukan tenis Selangor dan skuad kebangsaan seterusnya antarabangsa.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri juga melantik MBPJ menjadi bapa angkat kepada beberapa acara sukan termasuk tenis dalam persediaan Sukma,” katanya, di sini, semalam

Katanya, ramai bakat baru khususnya dari program pembangunan sukan tenis remaja MBPJ dapat dicungkil melalui penganjuran yang memasuki kali keenam itu.

Kejohanan itu dianjurkan bersama Persatuan Tenis Selangor (STA) dan ditaja Nestle Products (M) Sdn Bhd, Amer Sports Malaysia Sdn Bhd dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Kategori yang dipertandingan meliputi perseorangan dan beregu lelaki dan perempuan membabitkan kategori bawah 10, 12, 14 dan 16 tahun.

Kategori mini tenis juga akan diadakan membabitkan kategori 8 tahun ke bawah, manakala hadiah wang tunai RM7,620, medal dan barangan milo turut ditawarkan kepada pemenang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

250 peserta bakal berentap di Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

Oleh : Lizawati Madfa

PETALING JAYA 12 NOV : Seramai 250 peserta bakal menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor 2013 yang bakal berlangsung pada 20 hingga 24 November ini.

PuasaTimbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Puasa Md. Taib berkata, penyertaan peserta pada tahun ini mencatat peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Ujarnya, peningkatan penyertaan termasuk peserta dari luar negara menunjukkan perkembangan positif sukan tenis yang kurang popular di kalangan rakyat Malaysia.

“Saya difahamkan sehingga tarikh penyertaan ditutup semalam, terdapat 31 peserta dari empat negara iaitu Vietnam, Filipina, Singapura dan Turkmenistan.

“Dengan adanya penyertaan dari negara-negara tersebut, saya percaya pemain-pemain negara kita akan dapat bersaing serta meningkatkan mutu permainan mereka,” kata beliau.

Beliau ditemui ketika menghadiri sidang media kejohanan berkenaan di ibu pejabat MBPJ di sini pagi tadi, yang turut disertai Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Kejohanan kali ke-11 tahun ini dianjurkan bersama Persatuan Tenis Selangor (STA) selain mendapat tajaan utama oleh Genting Malaysia Berhad.

Penaja bersama lain ialah Nestle Products (M) Sdn. Bhd (MILO), Amer Sports Malaysia Sdn. Bhd (WILSON) dan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

Kesemua wakil penganjur dan penaja turut hadir dalam sidang media berkenaan.

Selain peserta daripada empat negara luar, kejohanan kali ini turut disertai peserta daripada peserta tempatan iaitu Selangor (66), Kuala Lumpur (49), Perlis (20), Negeri Sembilan (17), Sarawak (13), Johor (14) dan Perak (12).

Sementara itu, Kelantan dan Kedah masing-masing menghantar lapan peserta, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing empat peserta manakala Pahang (2) dan Sabah (1).

-EZY