Categories
AGENDA SUKANKINI

Jurulatih, dua atlet skuad boling tenpin positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Sambutan Syawal buat atlet boling tenpin negara pastinya berlainan kali ini apabila mereka terpaksa meraikannya secara berasingan selepas tiga daripada atlet disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Agung Konfederasi Boling Tenpin Malaysia (MTBC) Maradona Chok berkata selepas seorang jurulatih skuad Program Podium disahkan positif pada Jumaat lepas, kesemua atlet segera menjalankan ujian saringan dan menjalani kuarantin.

Keputusan diperolehi pada Sabtu mendapati masing-masing seorang atlet lelaki dan wanita positif wabak berkenaan.

“Setakat ini, hanya pasukan Program Podium sahaja terlibat, membabitkan 22 atlet dan empat jurulatih yang menjalani kuarantin selama 10 hari sehingga 17 Mei. Mereka akan menjalani ujian kedua pada 16 Mei dan kami berharap tiada yang positif.

“Hanya seorang atlet lelaki dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) manakala jurulatih dan seorang lagi atlet menjalani kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Skuad boling tenpin negara menghentikan sesi latihan mereka sejak Jumaat susulan pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang kerana Sunway Megalanes yang menjadi venue latihan pasukan terletak di Sunway Pyramid.

Maradona berkata punca jangkitan masih belum diketahui, dan menjelaskan skuad boling tenpin mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) yang ketat sepanjang sesi latihan termasuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Mereka memulakan latihan sejak dua minggu lepas yang bermula pada 28 April, sepuluh hari selepas dikejutkan dengan seorang atlet junior dan jurulatihnya Azidi Ameran disahkan positif Covid-19.

-BERNAMA

Categories
AGENDA SUKANKINI

Tiada halangan skuad boling kebangsaaan jalani latihan

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Kementerian Belia dan Sukan tiada halangan bagi atlet berprestasi tinggi dan elit di peringkat kebangsaan termasuk skuad tenpin boling negara menjalani latihan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada masa ini.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata skuad boling negara diberi pengecualian untuk menjalani latihan di bawah konsep gelembung sukan atau secara kuarantin walaupun pusat-pusat boling tidak dibenarkan beroperasi ketika ini.

“Bagi atlet elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN), tiada masalah untuk mereka meneruskan latihan. Untuk orang ramai, sudah tentu masih tidak dibenarkan kerana ia masih terkait dengan kecenderungan masyarakat bermain boling untuk hiburan atau riadah apatah lagi kebanyakan pusat boling berada dalam pusat beli-belah yang menjadi kunjungan orang ramai.

“Kita membuka sukan yang memberi impak kepada orang ramai serta kehidupan, dan memberi kesan langsung kepada kecergasan dan kesihatan. Sukan yang berkaitan dengan riadah boleh menyusul dalam fasa berikutnya,” katanya ketika di temui Bernama semalam.

Media sebelum ini melaporkan latihan skuad boling kebangsaan kembali terjejas berikutan pusat boling, termasuk venue latihan yang berada dalam pusat membeli belah ditutup susulan pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 Jan lepas.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan skuad boling negara membuat pilihan untuk keluar daripada kem latihan secara kuarantin ketika PKP 2.0 dilaksanakan bulan lepas.

“Pasukan boling minta keluar daripada kem dengan andaian bahawa PKP akan tamat dalam tempoh dua minggu, tetapi ia dilanjutkan. Kita akan tunggu sehingga 18 Februari untuk mengetahui sama ada PKP dilanjutkan atau tidak.

“Sekiranya PKP diteruskan, kita akan berbincang semula dengan MTBC (Kongres Tenpin Bowling Malaysia) dan akan memulakan latihan semula dalam gelembung sukan. Atlet wajib tinggal di penginapan MSN, dan kita akan sediakan kenderaan khas buat mereka untuk pergi dan balik ke pusat latihan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara selama dua minggu bermula 5 hingga 18 Februari ini.

PKP 2.0 mula diwartakan pada 13 Januari lepas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Shalin bersara daripada wakili skuad tenpin boling negara

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia Shalin Zulkifli hari ini secara rasminya mengundur diri daripada mewakili Malaysia.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok mengesahkan perkara ini dan berkata Shalin, 42, yang mempunyai kerjaya cemerlang dengan mengumpul 74 pingat di peringkat senior menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi Ketua Jurulatih Kebangsaan Holloway Cheah pagi tadi.

“Beliau secara rasminya meletak jawatan daripada skuad negara, dia telah mengumumkan persaraannya, saya fikir beliau akan buat sidang media dalam masa terdekat.

Beliau telah membayangkan sebelum ini bahawa sudah tiba masanya untuk bersara, dia juga memandang kepada masa depan tetapi tidak pernah memberitahu tarikh sebenar (persaraan), jadi ia merupakan satu kejutan apabila beliau mengumumkannya hari ini,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Chok berkata persaraan sering bermain di minda Shalin buat sekian lama dan MTBC menerima keputusan beliau dengan hati yang terbuka.

Beliau berkata MTBC sebagai badan induk akan terus menyokong Shalin di waktu pasca persaraannya.

“Beliau lebih tahu mengenai masa depannya, dia telah merancang perkara yang perlu dilakukan, jadi saya rasa masanya telah tiba untuk Shalin melakukan sesuatu yang baharu dan sudah tentu MTBC akan menyokong sepenuhnya keputusannya,” kata Chok.

Shalin dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002).

Beliau menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tenpin boling tidak mahu terburu-buru sertai kejohanan antarabangsa

PETALING JAYA, 28 JULAI: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) tidak mahu terburu-buru dan kemungkinan tidak menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini susulan kebimbangan terhadap penularan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata skuad boling negara mematuhi sebarang keputusan yang dibuat dan tumpuan kini adalah kepada persediaan ke Kejohanan Asia di Hong Kong, tahun depan, yang menjadi kejohanan antabangsa pertama buat skuad negara.

Chok menegaskan kesihatan dan keselamatan atlet boling negara adalah menjadi keutamaan.

“Terdapat beberapa kejohanan dalam kalendar, contohnya Terbuka Sarawak dan Terbuka Thailand, tapi kami tidak mahu terburu-buru. Kami bukan sekadar hendak bertanding, kami perlu pastikan atlet negara selamat untuk bertanding.

“Melihat keadaan di seluruh dunia, wabak ini masih belum selesai. Pada masa ini, Kejohanan Asia adalah keutamaan kami, jika kami mesti melupakan semuanya untuk itu, kami akan lakukannya,” katanya kepada Bernama ketika sesi latihan skuad negara di Sunway Megalane hari ini.

Kejohanan Asia ke-26 dijadual berlangsung pada 4 hingga 14 Julai ditangguhkan ke 15 hingga 25 Januari tahun depan, susulan Covid-19.

Tanpa penyertaan di beberapa kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini, Chok yakin prestasi dan permainan atlet boling negara tidak terjejas kerana diadakan perlawanan ujian secara bulanan untuk memastikan pemain negara berada pada tahap terbaik apabila menyertai kejohanan pada masa depan.

“Jika kami ada kejohanan kebangsaan (belum ditentukan) ia sesuatu yang baik, sekurang-kurangnya kami dapat menilai prestasi pemain, tapi saya yakin pemain akan bersedia apabila tiba masa,” katanya.

Mengulas mengenai acara tenpin boling tidak disenaraikan pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, Chok berkata mereka sudah menjangkakan keputusan berkenaan kerana sukan itu tidak popular di negara tuan rumah.

“Semestinya kami mengharapkan boling disenaraikan, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk kami dan sesuatu yang istimewa untuk mewakili negara dalam temasya sukan. Kami sudah tidak tersenarai di Sukan Komanwel, kami juga tiada di Sukan Olimpik, kami terhad pada kejohanan tertentu sahaja,” katanya.

Malaysia membuat rayuan bagi 11 daripada 22 sukan untuk disenaraikan di Vietnam termasuk tenpin boling.

Sukan SEA Vietnam dijadual berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember, tahun depan.

– BERNAMA

Categories
SUKANKINI

SOPMA18: Tenpin boling Selangor tekad cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 16 OKT: Pasukan tenpin boling Selangor tekad mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 seterusnya mengatasi pencapaian dalam kejohanan dua tahun lalu.

Pengurusnya, Siti Mahnun Dato’ Dr Mansor berkata, pasukan itu memberi tumpuan membaiki pencapaian dalam SOPMA 2016 di Sarawak dan menyakini ia mampu diraih sekiranya pemain beraksi baik secara konsisten.

“Di Sarawak kita dapat empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa maka untuk SOPMA kali ini, kita mungkin dapat lebih dengan sasaran meraih lima emas.

“Dengan latihan dan persiapan dibuat, saya berharap pemain Selangor mempamerkan prestasi baik bagi memcapai sasaran itu,” katanya kepada Media Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan pasukan tenpin boling dalam SOPMA ke-20 itu amat penting bagi Selangor dan seterusnya melayakkan pemain mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Katanya, kecemerlangan dalam kejohanan dwitahunan itu kerana ia adalah salah satu kejohanan terbesar untuk golongan orang pekak.

“Ada antara pemain Selangor yang mungkin akan terpilih menyertai skuad kebangsaan ke kejohanan di peringkat ASEAN atau Deaflimpik selepas ini

“Saya menaruh harapan pasukan tenpim boling Selangor akan beraksi cemerlang dan melepasi sasaran ditetapkan,” katan