Categories
NASIONAL

MB : Henti sengketa jika mahu menang PRU-14

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: KEADILAN yakin isu gabungan pembangkang membabitkan PAS, DAP dan AMANAH mampu diselesaikan demi mencipta kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Malah, Pakatan Harapan (Pakatan) juga kini memberi fokus dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun depan.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, berkata Pakatan sudah melalui beberapa pilihan raya sebelum ini dan permintaan parti tertentu dalam gabungan itu adalah proses biasa.

IMG_2624aKatanya, perbincangan susulan akan diadakan supaya satu rumusan mampu dicapai bagi membentuk kerjasama antara semua parti dalam gabungan berkenaan.

“Asas utama perjanjian konsensus ini adalah membentuk gabungan dan mewujudkan saingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya ia boleh diselesaikan dan yakin pemimpin hari ini sama ada dalam KEADILAN, DAP, PAS dan AMANAH, perkara ini boleh selesai dalam masa sesuai.

“Ia bukan sebab kita boleh atau tidak, kita perlu tanganinya sekarang jika mahu ke Putrajaya. Jika tidak berlaku maka BN akan memperoleh kemenangan mudah,” katanya kepada media ketika Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, syarat dinyatakan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan AMANAH tidak timbul kerana perbincangan belum diadakan.

Katanya, Pakatan perlu meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi parti dan individu demi merealisasikan impian mengambil alih pentadbiran negara daripada BN.

“Kita perlukan menjadi inklusif di mana kita perlukan PAS, DAP, AMANAH, PSM dan semua NGO yang mahu bersama dalam perjuangan ini,” katanya.

Katanya, Pakatan juga akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan itu dan tidak timbul sebarang pergeseran buat masa ini.

-AA-

Bentuk Pakatan baru, PKR sedia kerjasama

PKR mengulangi pendirian sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang komited memperjuang agenda reformasi negara.

Apa gunanya bekerjasama jika berbalah secara terbuka?

sinopsis: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata perbalahan terbuka antara komponen tidak memudahkan penyelesaian dan melunturkan kepercayaan rakyat.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin: Tiada sebab nak singkir Khalid Ibrahim, Khalid kekal MB -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 28102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari meneruskan jawatannya bagi penggal kedua.

2. Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 37,564 iklan haram termasuk 9,064 iklan ‘ah long’ di Bulatan Berkeley dan jalan utama lain, di sini.

3.Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih tidak mencukupi untuk mengimbangi pengurangan subsidi seperti yang dibentangkan Kerajaan Pusat, pada 25 Oktober lalu.