JURNAL BERITA – MB:Tender Jambatan ke-3 Klang akhir Feb ini

1. MB: Tender jambatan ketiga Klang akhir Februari

2. MB kecam perbuatan hina institusi diraja, seru pertahankan

3. TOD bakal minimumkan jumlah kenderaan di jalan raya — MB

4. Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam — Anwar

5. ‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

6. Anwar ‘pekena’ bihun sup dengan anak muda sebelum pidato

7. LUAS: Pembenihan awan selepas ‘lampu hijau’ dari JMM

8. Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

9. MRT Corp digesa pastikan projek tidak ganggu penduduk dan pengguna jalan raya

10. Kampung Sungai Ramal Dalam dijadikan Rancangan Kawasan Khas (RKK) MPKj

11.Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

12. RM100,000 SMUE diagih kepada pewaris DUN Teratai

13. MPK pergiat operasi pantau kebakaran hutan Johan Setia

14. Denggi: MPAJ catat penurunan kes, Hulu Langat tidak akan kompromi

15.Cukai taksiran: MBPJ gesa pemunya harta waspada

Categories
SELANGOR

TOD bakal minimumkan jumlah kenderaan di jalan raya – MB

Oleh Lizawati Madfa

KAJANG 15 FEB: Kerajaan Selangor akan melaksanakan perancangan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, seterusnya meminimum jumlah kenderaan persendirian di jalan raya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata konsep itu terbukti berupaya mengurangkan pergerakan bandar, kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

Katanya, TOD dapat mendidik masyarakat mengamal gaya hidup lebih sihat berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian selama ini.

DSC_0246“Contoh, rakyat Singapura berjalan kaki lebih dua batu bagi mendapatkan perkhidmatan transit. Ini secara tidak langsung senaman harian mereka.

“Jika kita lakukan yang sama, kita dapat jimatkan perbelanjaan, mengurangkan gas karbon dioksida di udara, malah menjadi lebih sihat.

“Cuma, kita perlu pastikan pengurusan masa tepat dan tidak membebankan masyarakat untuk menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

DSC_0590 (1)Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat (Sihat Selangor) 2014 di Dataran Cergas di sini, pagi tadi.

Hadir sama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah serta Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Terdahulu, Abdul Khalid dan tetamu kehormat lain menyertai orang ramai menjayakan program ‘Berjalan 10, 000 Langkah’ mengelilingi trek dataran.

Abdul Khalid turut menyampaikan sumbangan RM36,000 kepada semua 12 PBT dengan setiap satu menerima RM3, 000 bagi menjayakan program Sihat Selangor.

DSC_0344Selain berjalan kaki, acara lain ialah pertunjukan seni mempertahankan diri seperti silat dan aikido, pertandingan tarik tali serta pameran gerai.

“Program hari ini bukti komitmen kerajaan negeri sentiasa prihatin akan amalan gaya hidup sihat rakyat Selangor demi kesejahteraan yang berpanjangan.

“Program ini bukan terhenti di sini sahaja, malah diteruskan di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain,” katanya.

– FZL

Categories
SELANGOR

Selangor bangun pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD)

Oleh : Lizawati Madfa

PETALING JAYA 3 DIS : Kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS) sedang menyediakan pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) bagi mengurangkan pergerakan bandar, kesesakan lalulintas dan pencemaran udara di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata sesuatu kawasan akan diwujudkan dengan berpaksikan kepada perhentian transit; Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam lingkungan 400 meter daripada terminal transit dengan berpandukan sistem TOD.

10aKatanya, setiap kawasan dalam lingkungan yang sama akan turut dilengkapi infrastruktur seperti laluan pejalan kaki, basikal serta kemudahan lain selain membenarkan ratio kepadatan yang tinggi.

“Ini bukan sistem yang kita cipta, sebaliknya mengambil model daripada negara luar seperti Hong Kong, Melbourne dan Rio De Janeiro yang berjaya dengan sistem TOD.

“Sama juga seperti inisiatif yang diambil Pulau Pinang untuk mengatasi masalah kesesakan, namun kita tidak boleh ambil secara menyeluruh dan turut memerlukan perubahan dalam perancangan.

“Perancangan mengambil masa dan kita jangkakan dalam masa setahun pelan induk dapat dibentangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Urban Transportation In PJ yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, hari ini.

03aChang Khim berkata, MBPJ akan menjadi perintis kepada pembangunan berasaskan TOD di Selangor kerana kepadatan penduduknya yang tinggi selain faktor sistem transit sedia ada di bandar itu.

“Kepadatan adalah isu sensitif di Petaling Jaya dan kita juga tidak mampu mengawal pertambahan penduduk. Jadi kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk mengatasi masalah ini, bukan untuk tempoh terdekat tetapi lebih penting untuk menghadapi masa hadapan,” katanya.

Mengikut laman web MBPJ, rekod Mesyuarat Majlis Penuh MBPJ pada Mac lalu menyatakan projek TOD di PJ yang dimulakan awal tahun ini menelan peruntukan kira-kira RM9 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.

-NFN-