Categories
KENYATAAN MEDIA

MRT Corp alu-alukan pihak berkuasa menyiasat tuduhan

Tuduhan dari NGO adalah salah dan tidak berasas

KUALA LUMPUR 1 MAC: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bimbang tuduhan dibuat organisasi bukan kerajaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) berkaitan dengan isu Pusat Beli-Belah Ampang Park.

MRT Corp ingin menyatakan dengan yakin bahawa tuduhan yang dibuat oleh IKHLAS itu adalah salah dan tidak berasas sama sekali.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah berkata, NGO tersebut sepatutnya lebih bertanggungjawab sebelum membuat sebarang kenyataan.

“IKHLAS perlu berusaha untuk memeriksa fakta dan menghindarkan dari mengeluarkan kenyataan dengan hanya berdasarkan kepada spekulasi dan khabar angin,” kata beliau.

Najmuddin menekankan bahawa isu berkaitan dengan pengesahan proses pengambilan Pusat Beli-Belah Ampang Park telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Jun 2016, dan oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Januari 2017.
Kedua-dua mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada Kerajaan.

Keputusan mahkamah terkini sedang dirayu di Mahkamah Persekutuan. MRT Corp sedang menunggu keputusan rayuan itu dan akan mematuhi keputusan Mahkamah.

”Berhubung seruan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara tersebut, MRT Corp mengalu-alukan mana-mana pihak berkuasa menjalankan siasat ke atas tuduhan dibuat berhubung dengan pengambilan Pusat Beli-Belah Ampang Park,” kata Najmuddin.

Tambah beliau, MRT Corp bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memudahkan penyiasatan.

Untuk pengetahuan semua, tanah yang menempatkan Pusat Beli-Belah Ampang Park diperlukan bagi Stesen MRT Ampang Park masa hadapan untuk dihubungkan dengan sempurna dengan Stesen LRT Ampang Park yang sedia ada.

Stesen MRT Ampang Park adalah sebuah stesen bawah tanah dan merupakan salah satu daripada 35 stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), sebuah projek yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.

Integrasi yang sempurna antara Stesen MRT dan LRT Ampang Park adalah penting bagi membolehkan penumpang untuk bertukar dari Laluan SSP dan Laluan LRT Kelana Jaya yang sedia ada dengan mudah. Tanpa integrasi ini, kedua-dua laluan tidak akan dapat dihubungkan sama sekali.

Semasa rundingan untuk menyelesaikan isu ini pada bulan November 2015, MRT Corp telah mencadangkan kepada pemilik bagi 253 lot strata Pusat Beli-Belah Ampang Park untuk mencapai persetujuan bagi kewujudan bersama dengan projek MRT.

Bagi mencapai tujuan ini, 100% pemilik hendaklah bersetuju dengan persetujuan bagi kewujudan bersama kerana ia melibatkan kawasan pemilikan bersama (common property) di dalam sebuah hartanah hak milik strata yang di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Strata 2013.

Persetujuan bagi kewujudan bersama akan membolehkan terowong MRT dan laluan pejalan kaki bawah tanah antara Stesen MRT dan LRT Ampang Park dibina tanpa pengambilan tanah di bawah Akta Pemerolehan Tanah 1960. Pilihan ini juga akan membolehkan bangunan Pusat Beli-Belah Ampang Park tidak dirobohkan.

Semasa rundingan, tarikh akhir 31 Januari 2016 telah dipersetujui di mana 100% daripada pemilik perlu bersetuju dengan persetujuan bagi kewujudan bersama.

Tarikh akhir ini telah lepas tanpa maklumbalas daripada pemilik strata. Seramai 39 pemillik yang memiliki 62 unit strata kemudiannya telah memulakan semakan kehakiman terhadap pengambilan tanah.

Categories
EKONOMI

MRT Corp terima penghantaran terakhir 58 keretapi MRT

KUALA LUMPUR 28 FEB: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menerima penghantaran terakhir untuk 58 keretapi elektrik MRT bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Penghantaran ini menandakan salah satu pencapaian terbesar bagi Projek sebelum Laluan SBK siap keseluruhannya, dijadualkan pada bulan Julai 2017.

Penghantaran berlangsung pada petang 21 Februari 2017 dan berlanjutan sehingga lewat pagi keesokan harinya dengan penurunan keretapi di Depoh MRT Sungai Buloh.

Keempat-empat gerabak keretapi dihantar dari kilang pemasangan keretapi metro SMH Rail Sdn Bhd di Rasa, Hulu Selangor.

Kilang milik tempatan tersebut merupakan kilang pertama di luar Eropah dan satu-satunya di Asia Tenggara yang disahkan Siemens untuk mengendalikan pemasangan lengkap keretapi metro.

Kesemua 58 keretapi elektrik Laluan SBK dibekalkan sebuah konsortium merangkumi Siemens AG dari Jerman, Siemens Malaysia Sdn Bhd dan SMH Rail Sdn Bhd. Nilai kontrak ini ialah RM1.37 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Dato’ Sri Shahril Mokhtar berkata, ia merupakan pencapaian besar di Malaysia yang berjaya membekalkan keseluruhan stok keretapi bagi Projek MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK).

“Selain menjadi di antara komponen paling ikonik bagi Laluan SBK, keretapi elektrik merupakan sesuatu yang dekat di hati saya kerana ia menandakan kejayaan besar dalam usaha menyediakan kandungan dan penyertaan tempatan di bawah Program Kolaborasi Industri Projek MRT Lembah Klang,” kata Shahril.

“Saya ucapkan tahniah kepada Siemens AG, Siemens Malaysia dan SMH Rail bagi kejayaan yang cemerlang dalam menghantar keretapi elektrik mengikut jadual yang telah ditetapkan,” tambah beliau.

=EZY=

JURNAL BERITA – MB:Tender Jambatan ke-3 Klang akhir Feb ini

1. MB: Tender jambatan ketiga Klang akhir Februari

2. MB kecam perbuatan hina institusi diraja, seru pertahankan

3. TOD bakal minimumkan jumlah kenderaan di jalan raya — MB

4. Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam — Anwar

5. ‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

6. Anwar ‘pekena’ bihun sup dengan anak muda sebelum pidato

7. LUAS: Pembenihan awan selepas ‘lampu hijau’ dari JMM

8. Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

9. MRT Corp digesa pastikan projek tidak ganggu penduduk dan pengguna jalan raya

10. Kampung Sungai Ramal Dalam dijadikan Rancangan Kawasan Khas (RKK) MPKj

11.Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

12. RM100,000 SMUE diagih kepada pewaris DUN Teratai

13. MPK pergiat operasi pantau kebakaran hutan Johan Setia

14. Denggi: MPAJ catat penurunan kes, Hulu Langat tidak akan kompromi

15.Cukai taksiran: MBPJ gesa pemunya harta waspada