Categories
NASIONAL

SAMM serah individu pakai jersi ‘Chelsea’ baling botol kepada polis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 JAN: Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan  menahan dan menyerahkan individu terlibat dalam kejadian membaling botol minuman plastik ke arah polis ketika Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata tindakan itu perlu demi mengelakkan perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 orang itu dicemari kejadian tidak diingini sekaligus memburuk-burukkan imej perhimpunan bagi menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan aman.

ambang2o14“Kami tidak berkompromi dengan pihak yang cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam perhimpunan sebab itu kami serahkan pemuda itu kepada polis bertugas malam tadi di Dataran Merdeka.

“Berhimpun secara aman itu adalah hak yang dilindungi perlembagaan tetapi bertindak ganas tetap menyalahi undang-undang dan membahayakan orang ramai dan anggota keselamatan sendiri,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

Kata beliau lagi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut mengesahkan individu itu bertanggungjawab membaling botol minuman plastik terhadap anggota keselamatan.

“Individu yang membaling botol itu tidak memakai baju warna hitam sebaliknya memakai baju jersi Chelsea berwarna biru.

“Ada ramai saksi nampak memang dia seorang sahaja yang baling botol dan masa dia ditahan dia sendiri pun tidak menafikannya,” kata Edy Noor.

Selain dari kejadian membaling botol minuman plastik, SAMM mengesahkan perhimpunan malam tadi berjalan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

samm“Tahniah kepada orang ramai khususnya golongan anak muda yang mampu mengawal emosi mereka ketika menyertai perhimpunan walaupun kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak memikirkan tekanan akibat peningkatan kos sara hidup,” katanya lagi.

SAMM turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak polis yang memberikan kerjasama bagi membolehkan perhimpuan berjalan lancar.

EZY

Lebih 10,000 rakyat berhimpun bantah kenaikan harga di Ambang 2014

Sinopsis 10,000 Rakyat keluar berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan kos kehidupan yang mendadak. Protes ini dianjurkan oleh NGO TURUN.

Categories
NASIONAL

Rafizi: Kalau harga barang tak turun, kita turunkan Najib

OLEH: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 JAN: Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) malam tadi berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perhimpunan dihadiri lebih 10,000 peserta itu dimulai dengan perarakan dari bangunan pusat membeli belah Sogo dan Masjid Jamek yang  diselang-seli laungan slogan dan nyanyian memprotes langkah Kerajaan Pusat menaikkan kos sara hidup rakyat.

turun8Perarakan itu turut mendapat kerjasama polis yang membantu mengawal lalu lintas bagi melicinkan pergerakan orang ramai dan kenderaan yang melalui kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pada awalnya kemaraan perarakan yang datang dari arah Sogo itu dihalang dengan barisan anggota polis yang cuba menutup laluan terbabit.

Tetapi akhirnya polis bertindak membuka laluan sekaligus membolehkan dua kumpulan itu bergabung menjadi kumpulan besar berhampiran Dataran Merdeka.

Kumpulan peserta perhimpunan yang dianggarkan jauh mengatasi kehadiran orang ramai menyaksikan Konsert Ambang Tahun Baru di atas Dataran Merdeka sekali lagi dihalang kemaraan oleh polis berhampiran Dataran Merdeka.

ambang2o14Bagaimanapun selepas rundingan dibuat di antara pihak polis dan wakil perserta perhimpunan akhirnya kira-kira jam 10.30 malam pihak polis melepaskan orang ramai memasuki ke kawasan Dataran Merdeka.

Meskipun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam pertembungan penonton konsert dan perserta perhimpunan, pada jam 11.30 malam pihak penganjur konsert memutuskan untuk menghentikan konsert sambutan tahun baru itu.

Sementara itu terdapat beberapa kelompok besar perserta perhimpunan yang menyaksikan ucapan-ucapan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan NGO lain.

Antara pemimpin PR dan NGO yang kelihatan malam tadi, Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat; Shaharin; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin dan lain-lain.

Rafizi dalam ucapannya berkata, rakyat harus harus turun ke jalan raya bagi menyatakan bantahan kerana Perdana Menteri hanya memahami bahasa melalui bantahan jalanan itu.

“Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib,” kata Rafizi ketika menyampaikan ucapannya berhampiran bangunan Sultan Abdul Samad itu.

Sementara itu Badrul Hisham Shaharin sejurus sebelum perhimpunan berakhir membaca ikrar untuk meneruskan bantahan jika kerajaan terus tidak mengindahkan bantahan rakyat.

Beliau menyeru peserta perhimpunan agar mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara ini dengan tidak menimbulkan suasana tidak tenteram ketika menyertai perhimpunan.

Untuk menonton video perhimpunan itu, KLIK INI.

EZY

Categories
NASIONAL

SMM: Himpunan Turun ambang 2014 hanya permulaan

SHAH ALAM 1 JAN: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam ambang 2014 yang berjaya mencatat kehadiran lebih 10,000 peserta merupakan isyarat pertama daripada rakyat negara ini membantah kenaikan harga barang.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian, berkata mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.

“Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah,” kata Bukhary dipetik dari Keadilan Daily

Turun10“Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat menggunakan dana awam bagi program tidak munasabah seperti perayaan malam tahun baru, sedangkan pada masa yang sama ada rakyat menderita akibat bencana alam seperti banjir di Pahang dan Sarawak.

“Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.

“RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.

“Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Gerakan3112-TURUN warnai Dataran Merdeka 31 Disember

Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.

Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;

Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai ‘himpunan guling kerajaan’ sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

turun

Menuntut pihak kerajaan:

– Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
– Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
– Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.

Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.

Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline 019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap/ balai yang dibawa.

turun2Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan ‘check point’ adalah seperti berikut: 1) Sogo 2) Masjid Jamek 3) Pasar Seni (CM)

Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga ‘check point’ bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam.

Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan ‘check point’ bertemu di Dataran DBKL.

Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.

Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.

Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.

Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.

Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat.

 

*Kenyataan bersama Gerakkan3112-TURUN

Categories
NASIONAL

PR bukan dalang himpunan TURUN

Oleh : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA 26 DIS: Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bukan didalangi oleh Pakatan Rakyat (PR) seperti yang didakwa sesetengah pihak yang akan diadakan, pada 31 Disember ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya himpunan itu tidak langsung dibincangkan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada mesyuarat terakhir minggu lalu.

Rafizi SAMKatanya, beliau juga tidak melihat perhimpunan itu adalah satu program politik yang disifatkan pihak tertentu.

“Saya tidak fikir ia menjadi masalah jika rakyat mahu sambut tahun baru dan pada masa sama tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

“Mereka wajar membantah kenaikan itu kerana isu terbabit ketika ini menjadi isu nombor satu di negara kita,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, sudah menjadi lumrah rakyat berhak menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan kerajaan yang terus memberi tekanan.

“Kalau rakyat mahu sertai sambutan tahun baru dan menggunakan kesemmpatan yang ada untuk bantah kenaikan, itu hak mereka.

“Kalau betul ketika itu nanti ada tindakan mereka yang melanggari undang-undang, ambil tindakan yang sebenar jangan tangkap sebab politik,” katanya.

Semalam, pemimpin TURUN, Azan Safar berkata, himpunan itu akan diteruskan sebagai tanda kempen ‘2014 tahun sengsara rakyat’ di Dataran Merdeka, pada 31 Disember ini.

Azfar dibebaskan polis selepas 20 jam ditahan ekoran tuduhan ‘serkap jarang’ kerana didakwa terbabit dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

TURUN: Himpunan 31 Dis diteruskan

SHAH ALAM 25 DIS: Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar, berkata siasatan polis ke atasnya tidak menghalang beliau untuk meneruskan kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ melalui perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Azan, yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan “serkap jarang” ke atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

safar“Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah?

“Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014.

“Di manakah salahnya?,” katanya lagi dalam kenyatannya, yang mengimbau semula detik-detik ketika beliau ditahan sepasukan anggota polis semasa sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Isnin, lapor Malaysiakini.