Categories
NASIONAL SELANGOR

PBT Selangor mula pasang 414 CCTV untuk bendung jenayah

cctv mdkl

KUALA LANGAT 21 OGOS: Sebanyak 414 unit kamera litar tertutup (CCTV) mula dipasang di semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh selangor, bagi membanteras jenayah dan melakukan pemantauan lain.

Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azahar Mohamed Ali, berkata kerajaan negeri memperuntuk RM6 juta setahun bagi penyediaan CCTV itu selepas mengikat kontrak 20 tahun dengan syarikat swasta yang dilantik.

Beliau berkata, sistem pemantauan 24 jam itu ditumpu di lokasi yang dikenal pasti polis sebagai berisiko tinggi terhadap gejala jenayah, selain turut membantu PBT dalam aspek lain.

“Dengan adanya CCTV ini, masyarakat yang berkeinginan untuk melakukan jenayah dan sebagainya akan ada perasaan takut,? katanya kepada TV Selangor, semalam.

Penyerahan rasmi hasil projek yang bermula 26 Mei 2011 berlangsung semalam dengan MDKL sebagai PBT perintis dan pertama memasangnya.

Kos keseluruhan projek pemasangan untuk 11 PBT tidak termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ialah RM117,244,8000.

Kamera berkenaan juga dihubung kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui sistem pengendalian digital.

Selain aspek keselamatan, Mohd Azahar berkata, projek Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen) itu turut digunakan bagi meningkatkan kualiti kendalian kawalan lalu lintas dan pemantauan kemudahan awam dari vandalisme.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Cadang Guna Semula loji Jelutong Untuk Tingkat Kapasiti Air

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Negeri  mempertimbangkan cadangan menggunakan semula Loji Air Bukit Jelutong sebagai langkah alternatif untuk meningkatkan kapasiti air untuk kegunaan pengguna di Selangor.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Dir0n menjelaskan, jika loji ini kembali beroperasi, dijangkakan mampu menghasilkan 50 juta liter air sehari.

“Loji Air Bukit Jelutong tidak digunakan sejak tahun 1995. Jika digunakan ia mampu menjana air sehingga 50 juta liter sehari. Dahulunya loji ini ditutup kerana mempunyai kadar racun yang tinggi. Maka kita sedang mengkaji dan mencari langkah terbaik agar loji ini dapat beroperasi semula,” katanya dalam reaksi ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Penyelaras DUN Permatang, Yahya Saari.

Selain itu, Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan teknologi membran dan menerokai sumber air bawah tanah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyatakan Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk membelanjakan antara RM200 juta hingga RM300 juta untuk meningkatkan kemampuan rawatan air dengan menggunakan teknologi membran.

Berhubung persediaan penggunaan air menjelang musim perayaan, Nor Azmi memaklumkan, pihaknya akan memantau Standard Operation Prosedur (SOP) yang disediakan bnagi mengelakkan sebarang gangguan yang tidak diingini.

“Berdasarkan rekod dan pengalaman perayaan yang lepas, penggunaan air berkurangan sehingga 20 peratus memandangkan ramai pengguna pulang ke kampung ditambah dengan cuti panjang,” katanya ketika taklimat isu air dan hutang Talam di SACC di sini.

Categories
SELANGOR

Suarakan Kehendak Anda Dalam Belanjawan Selangor 2013

VIDEO: IKLAN Jemputan Ke Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2013 Peringkat PBT

Orang ramai di jemput ke siri dialog bajet Selangor 2013 yang akan berlangsung daripada 17 hingga 27 Julai.

Tujuan dialog ini adalah bagi mengumpul maklum balas daripada masyarakat setempat supaya belanjawan negeri dapat dirancang dengan mengambil kira kepentingan orang ramai.

Program ini julung kalinya diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008 dan selari dengan prinsip  pentadbiran dari rakyat untuk rakyat.

Sesi dialog yang dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) akan bertempat di pejabat pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor.

Berikut adalah senarai setiap siri dialog. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 5544 7120