Categories
GLOBAL NASIONAL

Waran tangkap ketiga untuk Yingluck

BANGKOK, 6 OKT: Mantan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dikenakan satu lagi waran tangkap kerana gagal menggunakan pusat pemeriksaan rasmi imigresen semasa ke luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara itu, Jen Srivara Rangsibrahmanakul.

Waran tangkap itu dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok kelmarin, lapor BERNAMA.

“Waran tangkap itu atas kegagalannya menggunakan pusat pemeriksaan rasmi imigresen untuk ke luar negara,” katanya.

Waran tangkap ketiga itu dikeluarkan terhadap Yingluck, sejak Ogos.

Waran tangkap pertama dikeluarkan terhadap bekas perdana menteri itu apabila beliau gagal hadir di Mahkamah Agung, pada 25 Ogos lalu ketika suatu keputusan utama ditetapkan, sementara waran kedua dikeluarkan atas kegagalan hadir di mahkamah sama, pada 27 September.

Mahkamah Agung sejak itu menjatuhkan hukuman semasa ketiadaan Yingluck, lima tahun penjara kerana melakukan kecuaian dalam skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbirannya.

Categories
GLOBAL

Siasatan terhadap Yingluck capai kemajuan baik – TPM Thailand

BANGKOK 6 SEPT: Kerajaan Thailand menyatakan ia mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang tiba-tiba melarikan diri tetapi enggan mendedahkan butiran mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri, Jen Prawit Wongsuwan berkata, beliau akan menunggu sehingga masa yang sesuai untuk memaklumkan mengenai semua kemajuan yang dicapai dalam siasatan.

“Siasatan mengenai laluan digunakan Yingluck melarikan diri dan keberadaannya mencapai kemajuan tetapi kami tidak boleh mendedahkannya kerana kami belum menyimpulkan semua bukti.

“Saya akan memberitahunya apabila segala-galanya sudah jelas,” kata beliau kepada media di sini pada Selasa.

Yingluck1Bekas Perdana Menteri itu tidak hadir di mahkamah pada Jumaat lepas untuk mendengar keputusan terhadapnya berhubung kes kecuaian dalam skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbirannya dan mencetuskan spekulasi bahawa beliau telah melarikan diri untuk mengelak tindakan mahkamah.

Jika didapati bersalah, Yingluck, adik kepada seorang lagi bekas Perdana Menteri, Thaksin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Sementara itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri berkata, kerajaan belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa kerajaan asing yang ia memohon bantuan dalam siasatan ke atas Yingluck.

Beliau juga ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum tetapi berkata ia akan mematuhi pelan tindakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kerajaan tidak menetapkan tarikh atau bulan (bagi pilihan raya umum) tetapi ia mematuhi pelan tindakan dan undang-undang organik. Sehingga kini, proses untuk menggubal undang-undang organik belum selesai,” kata beliau.

Beliau membuat komen itu susulan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pilihan Raya negara itu yang menjangka pilihan raya umum boleh diadakan pada Ogos tahun depan.

Pilihann raya umum yang dinanti-nantikan itu akan menandakan Thailand kembali kepada demokrasi selepas junta tentera merampas kuasa pada Mei 2014.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Yingluck mungkin lari ke Dubai dari Singapura

GLOBAL 26 OGOS: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah lari ke Dubai, kata anggota kanan partinya pada hari Sabtu, sehari selepas dia gagal muncul di mahkamah untuk pengumuman kes perbicaraan kecuaian terhadapnya.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan sumber dalam partinya, Parti Puea Thai, berkata bekas PM itu meninggalkan Thailand minggu lalu dan terbang melalui Singapura ke Dubai di mana abangnya, bekas PM Thaksin Shinawatra, hidup dalam buangan untuk mengelakkan hukuman penjara bagi sabitan rasuah.

“Kami dengar dia pergi ke Kemboja dan kemudian Singapura, kemudian berlepas ke Dubai dan selamat tiba dan kini berada di sana sekarang,” kata seorang ahli kanan Parti Puea Thai yang enggan disebutkan namanya.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul, berkata polis tidak mempunyai rekod Yingluck meninggalkan negara itu.

Seorang wartawan Reuters tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan masuk ke kawasan kediaman ekslusif Emirates Hills di Dubai, di mana Thaksin mempunyai sebuah rumah.

Jurucakap Thaksin di Dubai tidak memberi respons kepada usaha Reuters untuk menghubungi Thaksin.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Bekas PM Thailand mungkin lari ke Singapura

BANGKOK 26 OGOS: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, dikatakan sudah melarikan diri dari negara itu sebelum mahkamah membabitkan kesnya bersidang.

Mahkamah Agung menetapkan tarikh baharu 27 September depan untuk keputusan kes itu dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Yingluck kerana tidak mempercayai alasan beliau gagal hadir kerana menghidap sakit telinga.

Sumber yang rapat dengannya memberitahu Yingluck sudah meninggalkan Thailand tetapi tidak menjelaskan di mana dia berada, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS dan AFP.

Ada pihak mendakwa bekas perdana menteri wanita pertama itu kini berada di Singapura.

Yingluck, 50, yang mana keluarganya menguasai politik Thailand selama lebih 15 tahun, gagal muncul di mahkamah untuk keputusan penghakiman dalam kes kecuaian membabitkan skim subsidi beras untuk petani.

Yingluck yang digulingkan pada 2014, berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan, bagaimanapun memberitahu media, adalah mustahil Yingluck melarikan diri.

Peguam Yingluck, Norrawit Lalaeng, berkata bekas pemimpin itu mengalami masalah ketidakseimbangan cecair telinga menyebabkan tidak dapat hadir ke mahkamah.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada anak guamnya masih berada dalam negara, manakala jurucakap Yingluck enggan mengulas.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Najib Didesak Gugur Bantahan Agar Dr Porntip Dapat Bantu Keluarga Sugumaran

Surendren KES SUGUMAR 01

SHAH ALAM 14 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kerajaan Malaysia didesak segera memohon kepada Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra untuk menggugurkan bantahan bagi mendapatkan khidmat Dr Porntip Rojanasunan.

Ia bagi memastikan khidmat kepakaran Dr Porntip dapat digunakan dalam bedah siasat kedua mencari punca kematian mendiang Sugumaran.

Peguam Keluarga Sugumaran yang terdiri daripada N.Surendran, Lateffa Koya dan Sivarasa Rasiah mendesak agar penjelasan dikemukakan oleh Najib dan pihak kerajaan Malaysia berkenaan pembabitan mereka dalam isu ini.

“Ekoran komunikasi tersebut, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua buah negara.

“Pakar forensik Thai itu sebelum ini telah bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua terhadap Sugumar selepas ahli keluarga menolak keputusan bedah siasat pertama,” dakwa peguam dalam kenyataan media bersama mereka.

Jelas mereka maklumat mengenai dakwaan di sebalik penarikan diri Pornthip itu diperolehi mereka secara bertulis baru-baru ini.

Katanya, mereka telah diberi maklumat tersebut oleh sumber yang boleh dipercayai dan kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kebenaran maklumat tersebut.

Sebelum ini, kes berkenaan menimbulkan polemik yang menggemparkan masyarakat ekoran terdapatnya dakwaan mendiang Sugumaran dipukul semasa ditahan polis pada 23 Januari lalu di Hulu Langat.

Terdapat dakwaan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut yang mendakwa mangsa dibelasah hingga mati dalam keadaan tangannya bergari.