Categories
SELANGOR

Pelan Induk Pertanian 2016 tumpu kebajikan petani

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 NOV: Pelan Induk Pertanian Selangor 2016 akan tertumpu kepada aspek penggunaan teknologi moden dan kebajikan petani.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata pelan itu juga bertemakan ‘Memacu Smart Agro Yang Peduli’.

Katanya, semua kerangka kerja sudah disiapkan dan akan dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum dilaksanakan.

ZAIDY“Kita akan memacu penggunaan teknologi moden dalam pembangunan pertanian Selangor walaupun sudah ke hadapan berbanding negeri lain. Kita akan lonjakkan lagi supaya hasil bertambah.

“Pada masa sama, kita akan mengambil berat dan lebih prihatin kepada masalah petani di semua peringkat,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada sidang DUN lalu, Zaidy mengumumkan rancangan pelan induk berkenaan bagi memastikan Selangor tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dari luar negeri.

Setakat ini, Selangor masih kekal di kedudukan teratas dalam program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)dengan sumbangan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada jumlah keseluruhan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Air Selangor tukar paip lama, kurang kadar NRW

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan bertanggungjawab menukar paip lama dalam usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) melalui perbelanjaan modal (Capex).

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pengantian paip lama yang sudah berusia lebih tujuh tahun akan diberi perhatian dan dilaksanakan mengikut keutamaan.

Zaidy“Itu tanda aras kita dan perlu mengambil pengajaran melalui pengurusan sebelum ini. Sudah tentu pengantian paip lama akan dipikul Air Selangor melalui Capex,” katanya menjawab soalan tambahan Shahrom Mohd Sharif (BN-Dengkil) di Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Zaidy (PAS-Taman Templer) berkata, Kerajaan Negeri bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan meneliti semula Capex yang dibekukan sebelum ini.

“Itu tidak menjadi masalah. Pembekuan itu tidak menimbulkan masalah dan kita akan meneliti semula,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mensasarkan pengurangan NRW mencapai 25 peratus tahun depan.

projek air 4“Mengikut SPAN pada Disember 2014, kadar NRW adalah 33.21 peratus. Manakala pada Disember tahun ini, SPAN mengunjurkan NRW pada kadar 32.46 peratus,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor memutuskan untuk membekukan kelulusan Capex dan pelarasan tarif air yang dipohon Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) demi menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati Syabas gagal mencapai sasaran penurunan NRW seperti termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang dipersetujui syarikat itu.

Dalam perjanjian itu, Syabas menjanjikan penurunan NRW kepada 19.98 peratus pada 2011 dengan perbelanjaan RM784.1 juta, namun kadar yang dicapai melebihi 32 peratus dengan jumlah perbelanjaan RM1,169.64 juta.

Kegagalan itu menyebabkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlepas peluang mendapatkan penjimatan kira-kira 663 Juta Liter Sehari (JLH) yang seharusnya dihasilkan melalui penurunan NRW seperti dijanjikan Syabas.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 10 JULAI: Gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Langat yang berlarutan beberapa hari ekoran kerosakan mekanikal dan pencemaran mula pulih sepenuhnya.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tiada lagi aduan berkenaan gangguan diterima sejak semalam dan hari ini dari kawasan terjejas.

“Usaha gigih Kerajaan Negeri bersama semua agensi termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan operator loji dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran serta pengagihan air terawat berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini.

Zaidy“Kerajaan Negeri menasihatkan pengguna dan orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat terutama menjelang musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaidy berkata, pengguna juga dinasihatkan supaya menutup pili air dengan sempurna atau paip utama di rumah masing-masing sebelum pulang ke kampung bagi mengelakkan pembaziran.

Katanya, kerjasama daripada semua pihak turut dialu-alukan untuk melaporkan sebarang cubaan pencemaran sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan Selangor bersama semua agensi terbabit akan terus berusaha memantau situasi ini supaya permasalahan sebelumnya tidak lagi berulang,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kekurangan air terawat punca gangguan di Hulu Langat & Kuala Langat

PENYELESAIAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT

Oleh:  ZAIDY ABDUL TALIB

Kerajaan Negeri Selangor prihatin dan bersimpati dengan kesulitan yang telah dihadapi oleh penduduk dan pengguna-pengguna di kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini terjadi lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan ini.

Antara punca gangguan bekalan air di kawasan terbabit semakin serius, adalah kerana kekurangan jumlah air terawat yang tidak dapat disalurkan oleh pihak SYABAS kepada para pengguna. Selain itu, berlaku gangguan dari segi operasi loji yang menyebabkan air terawat ini tidak dapat disalurkan sebaiknya kepada para pengguna dan keadaan bertambah buruk apabila kerosakan teknikal yang dikesan oleh pihak SYABAS menyebabkan gangguan bekalan air ini terus berlaku.

Di dalam mesyuarat pemantauan bekalan air yang dihadiri oleh saya, dan dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, antara tindakan serta merta yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan dalam usaha untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air tersebut adalah seperti berikut :-

– Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan supaya operator loji rawatan seperti Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SPLASH, ABASS dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air loji dalam wilayah Hulu Langat dan Sepang seperti Loji Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11.

– SYABAS telah diarahkan untuk meningkatkan pengagihan rumah pam Wangsa Maju dari SSP1 & SSP3 ke Pudu Ulu di mana dengan ini dapat mengurangkan kawasan agihan dari Loji Rawatan Air Sungai Langat.

– Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Puncak Niaga untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Loji BRH di mana dengan cara ini dapat membantu menampung agihan di sebahagian kawasan Kuala Selangor. Pada masa yang sama, bekalan air dari Loji SSP 1 dapat dialihkan ke Kolam Lipat Kajang bagi membantu kawasan Sijangkang dan Kuala Langat.

Selain itu, Projek Mitigasi 2 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015 akan mengambil alih sebahagian kawasan agihan Loji Sungai Semenyih dan Loji Sungai Langat. Antara kawasan yang terlibat ialah Seputeh, Petaling Jaya dan USJ. Projek ini juga akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air di Loji Rasa dan akan mengambil alih kawasan Rawang dari SSP3.

Langkah-langkah untuk mengatasi gangguan bekalan air yang dicadangkan di atas adalah merupakan langkah jangka pendek sebagai penyelesaian sementara. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019 seterusnya menyelesaikan gangguan bekalan air di Negeri Selangor secara sepenuhnya.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan hanyalah milik Allah swt. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Sekian, terima kasih.

# Zaidy Abdul Talib adalah Exco Irastruktur & Kemudahan Awam,  Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani 

Categories
NASIONAL

PAS kekal bersama PR, kekusutan bakal terlerai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 MEI: PAS yakin tidak akan berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR), bahkan  parti itu tidak pernah meninggalkan rakan gabungan sejak penubuhannya.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS tidak pernah memutuskan hubungan politik dengan parti gabungannya sehingga kini.

Zaidy“Kalau dilihat dari sudut sejarah, sejak sekian lama PAS sentiasa menghulurkan tangan dan bekerjasama dengan rakan politik kita.

“Kita tidak pernah memutuskan sebarang hubungan politik termasuk dengan Semangat 46, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan kini bersama PR,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Zaidy berkata demikian ketika diminta mengulas isu dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung masa depan PR.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata, beliau yakin segala kekusutan akan terlerai apabila Muktamar PAS berakhir dengan pemilihan barisan pimpinan baharu dan

PAS-for-AllKatanya, parti tu juga akan memastikan tidak akan berlaku perpecahan dalam kalangan ahlinya.

“Lebih dahsyat adalah pertembungan dalam Umno dan BN  iaitu antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya rasa itu yang jauh lebih besar.

“Kita dalam PR kena bersedia untuk memulihkan hubungan dan mengembalikan kepercayaan rakyat sebagai kerajaan masa depan untuk menggantikan BN,” katanya,

-NFN-