Categories
AGENSI SELANGOR

Pekawanis belanja RM100,000 bantu pesakit kronik beli ubat

SHAH ALAM, 8 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) membelanjakan RM100,000 setakat ini bagi membantu pesakit kronik membeli ubat menerusi program Ziarah Medik.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata daripada jumlah itu sebanyak 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen selesai melakukan serahan.

“Manakala, baki tinggal lagi hanya 26 DUN termasuk Parlimen yang akan selesaikan sesi serahan sebelum hujung November ini.

“Kita harap sumbangan itu sedikit sebanyak membantu pesakit untuk membeli ubatan dan barangan keperluan asas,” katanya.

Menurutnya, DUN yang selesai mengagihkan sumbangan adalah Hulu Klang, Pelabuhan Klang, Bandar Utama, Gombak Setia, Lembah Jaya, Kuala Kubu Baru dan Kota Kemuning.

Selain itu, DUN Sungai Pelek, Sungai Kandis, Kota Anggerik, Balakong, Permatang, Taman Medan, Dengkil, Seri Kembangan, Kinrara dan Seri Setia.

Manakala, Parlimen yang selesai menyerahkan sumbangan tersebut ialah Kota Raja, Sungai Buloh dan Hulu Langat.

Sebelum ini, Pekawanis memperuntuk lebih RM150,000 untuk disalurkan kepada pesakit kronik di DUN dan Parlimen negeri ini.

Categories
AGENSI SELANGOR

Pekawanis bantu 20 pesakit kronik beli ubat, keperluan harian

SHAH ALAM, 11 OKT: Seramai 20 pesakit kronik di negeri ini menerima bantuan tunai RM250 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bagi membeli ubat dan keperluan diri.

Sumbangan melalui program Ziarah Medik membabitkan 43 Dewan Undangan Negeri dengan pemilihan peserta ditentukan ahli majlis dan ketua kampung, kata yang dipertuanya.

“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik Covid-19,” kata Datin Seri Masdiana Muhammad.

Beliau ditemui pada program Penyerahan Kit Kesihatan kepada Petugas Barisan Hadapan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu turut merancang untuk membantu keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan sempena sambutan Deepavali bulan depan.

“Insya-Allah kita bercadang untuk bantu 30 keluarga dengan setiap daripada mereka menerima tunai RM100 dan bakul makanan seperti kuih raya,” kata Masdiana.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pekawanis peruntuk RM220,000 bantu pesakit kronik beli ubat

SHAH ALAM, 24 OGOS : Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk sejumlah RM220,000 bagi membantu pesakit kronik di 44 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata inisiatif di bawah program Ziarah Medik Pekawanis bertujuan meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan.

“Setiap daripada pesakit ini diberi RM250 untuk membeli ubat dan barangan keperluan harian. Golongan penerima layak akan ditentukan oleh ahli majlis dan ketua kampung.

“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik Covid-19,” katanya kepada SelangorKini.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar berkata Pekawanis juga sedang dalam perancangan untuk mengagihkan sumbangan kit kesihatan kepada petugas barisan hadapan pada masa akan datang.

“Kita sedang merancang program, insya-Allah nanti kita akan umumkan peralatan yang ada dalam kit itu,” katanya.

Categories
SELANGOR

Ziarah Medik LZS santuni asnaf di Hulu Langat

 

HULU LANGAT, 19 NOV: Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap asnaf fakir miskin, Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Hulu Langat mengadakan Program Ziarah Medik, pada 15 November.

Program LZS dengan kerjasama Hospital Ampang dan pemimpin masyarakat setempat itu bertujuan mendekati dan menyusuri masalah kesihatan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.

Dalam program itu, LZS menziarahi sepuluh rumah asnaf fakir miskin sekitar Kampung Dusun Tua dan Kampung Jawa, di sini.

“LZS mendoakan para mustahiq diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki,” katanya.

Pesakit HTAJ terima khidmat kaunseling percuma


Pesakit di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam, menerima khidmat kaunseling percuma menerusi program Ziarah Medik.