Categories
NASIONAL

Kroni Umno-BN Didakwa Dapat Konsesi Balak Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 30 OKT : PKR menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dedahkan segera maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Mohamad perlu bertindak demikian bagi menjelaskan kuota 4,800 hektar tanah yang akan diberikan kepada syarikat konsesi.

“Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak miliktanah-tanah ini setelah diterokai.

“Sekiranya keadaan ini tidak berlaku, PKR akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat durian runtuh dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno-BN,” katanya di sidang media Dewan Rakyat hari ini.

Skandal tanah hutan simpan ini didedahkan di dalam Laporan Audit 2010 yang menegur Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan penggantian kawasan hutan simpan.

“PKR telah menyemak dokumen-dokumen rasmi secara jelas menunjukkan kerajaan Negeri Sembilan, mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang diambil untuk kegunaan lain.

“Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Mohamad, jumlah keluasan hutan simpan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar, yang mencatat 8,616 hektar tanah hutan hilang” katanya.

Tambahnya, jika kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri itu berterusan dan di luar kawalan akibat tidak dapat menggantikan hutan simpan yang dibatalkan, Negeri Sembilan bakal kepupusan tanah hutan.

“Pada kadar kehilangan hutan simpan 5 peratus setiap lima tahun, anggaran PKR kawasan hutan dan tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam 50 tahun, terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan semakin berkurangan.

“Sehingga kini Mohamad masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri.

?leh itu, saya dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis NGO akan membuat satu laporan polis di Seremban pada 1 November ini jam 3 petang agar satu siatan dapat dimulakan segera,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.