Categories
NASIONAL

PR Sudah Jadi Pembangkang Baik, Kini Giliran Jadi Kerajaan Yang Baik + Video

ubah roket style DAP rosmah 03

KUALA LUMPUR, 2 JAN : Pakatan Rakyat (PR) sudah membuktikan berkemampuan menjadi sebuah pembangkang yang baik selama ini dan kini sudah bersedia menjadi kerajaan yang baik mengantikan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kemampuan gagasan itu mentadbir Putrajaya sudah terbukti mentadbir empat negeri pasca PRU-12 dengan lebih baik berbanding di era pentadbiran BN.

ubah roket style DAP 01Guan Eng berkata, rakyat kini berada dalam kelas ketiga ekoran kegagalan pimpinan BN menguruskan ekonomi negara dengan cekap apabila hanya memberikan keutamaan projek untuk memperkayakan kroni politik mereka.

Ujarnya, hanya melalui perubahan total politik diharap mampu membawa rakyat berada dalam kelas pertama.

“Rakyat juga perlu menolak politik perkauman yang dibawa oleh BN demi perpaduan yang lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Video Musik Ubah Rocket Style yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor di sini.

ubah roket style DAP rosmah 01Dalam majlis itu DAP melancarkan ‘Video Ubah Rocket Stail’ yang boleh ditonton di laman youtube di alamat www.youtube.com/videodap.

Lagu yang menggunakan rentak ‘Gangnam Stail’ itu didatangkan dengan pelbagai versi bahasa yang diharapkan untuk menyampaikan mesej perubahan terus kepada seluruh rakyat di negara ini.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini Penasihat DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara, A. Samad Said, Exco Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin DAP Selangor dan Pusat ia dihadiri kira-kira lebih 500 hadiran.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam ucapannya mengajak rakyat sempena tahun baru ini untuk mengukuhkan keazaman menamatkan pentadbiran Umno-BN selama lebih 50 tahun dalam PRU-13 ini yang banyak melalukan penyelewengan.

“Kekayaan dalam negara tidak boleh hanya berlegar di kalangan segelintir pemimpin yang boros dan tidak malu apabila dia menggunakan duit rakyat macam menggunakan duit bapa mereka sendiri sahaja,” ujar Nurul Izzah.

Dalam pada itu untuk menonton video UBAH Rocket Style (Parodi Gangnam) Versi Bahasa Malaysia boleh dilayari di laman youtube :

Tidak sampai 24 jam video itu di laman youtube ianya sudah dilawati hampir 5,000 pelawat setakat jam 12 tengahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.