Categories
NASIONAL

Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Datuk Seri Nazir Razak perlu mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang merupakan abangnya agar memegang prinsip ‘mendahulukan rakyat’ tidak boros berbelanja seperti mana zaman Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memuji tindakan Nazir yang mengimbau semula sejarah ketokohan Allahyarham Tun Razak namun menyifatkan ia sudah terlewat kerana sepatutnya beliau mengingatkan abangnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

Tun_Abdul_Razak_Rakyat_NewsArtikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah Tun Rzak dalam menggunakan dana awam.

Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’.

“Kita lihat selepas PRU dan ternyata beberapa keputusan dibuat Datuk Seri Najib ini membelakangkan rakyat sehingga komentar daripada orang yang kita fikir menjadi penyokong setia BN, (daripada Tokoh Akademik) Prof Engku Aziz sudah sampai kemuncak.

najib n“Ternyata kekayaan negara dalam pasukan kepimpinan Datuk Seri Najib gagal memenuhi hasrat rakyat selepas diberikan mandat,” kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, rakyat boleh melihat kekecewaan yang berlaku dalam kepimpinan Najib Razak diluahkan di laman sosial hingga jadi bahan ketawa rakyat berkenaan sindiran ‘kangkung’ yang memenuhi ruang laman sosial.

Semalam, media menyiarkan luahan hati Nazim Razak yang mengingati kembali pemergian ayahnda tercinta pada 14 Januari 1976.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.