JURNAL BERITA – MB: Selangor kawal harga air dan pemberian air percuma terus berjalan

1- MB: Kerajaan Negeri kawal harga, pemberian air percuma diteruskan

2- MB: Pusat Giat MARA perlu baiki struktur bangunan dalam setahun

3- MB: Pengguguran Azmin dari PKNS diputus Pengurus Besar

4- Anwar: Inflasi naik 2.4 kali ganda, Kerajaan BN gagal urus ekonomi

5- 9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

6- Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

7- PM, Menteri Kabinet patut laksana nilai dipegang Tun Razak
.
8-Jawatankuasa Siasatan Diraja perlu diwujud siasat kemewahan luar biasa Najib,Rosmah

9-Barang naik: SAMM seru pengguna FB hantar mesej ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di FB Najib

10-AKTIVITI YB: Perarakan Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

11.Marathon Wanita 2014 pada 16 Mac ini promosi gaya hidup sihat, cergas

Categories
NASIONAL

Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Datuk Seri Nazir Razak perlu mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang merupakan abangnya agar memegang prinsip ‘mendahulukan rakyat’ tidak boros berbelanja seperti mana zaman Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memuji tindakan Nazir yang mengimbau semula sejarah ketokohan Allahyarham Tun Razak namun menyifatkan ia sudah terlewat kerana sepatutnya beliau mengingatkan abangnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

Tun_Abdul_Razak_Rakyat_NewsArtikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah Tun Rzak dalam menggunakan dana awam.

Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’.

“Kita lihat selepas PRU dan ternyata beberapa keputusan dibuat Datuk Seri Najib ini membelakangkan rakyat sehingga komentar daripada orang yang kita fikir menjadi penyokong setia BN, (daripada Tokoh Akademik) Prof Engku Aziz sudah sampai kemuncak.

najib n“Ternyata kekayaan negara dalam pasukan kepimpinan Datuk Seri Najib gagal memenuhi hasrat rakyat selepas diberikan mandat,” kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, rakyat boleh melihat kekecewaan yang berlaku dalam kepimpinan Najib Razak diluahkan di laman sosial hingga jadi bahan ketawa rakyat berkenaan sindiran ‘kangkung’ yang memenuhi ruang laman sosial.

Semalam, media menyiarkan luahan hati Nazim Razak yang mengingati kembali pemergian ayahnda tercinta pada 14 Januari 1976.

EZY

 

Categories
NASIONAL

PM, Menteri Kabinet patut laksana nilai dipegang Tun Razak

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 JAN: Perdana Menteri dan Menteri Kabinet diseru melaksanakan nilai yang dipegang Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mengamalkan sikap berhemah dan berjimat semasa pentadbirannya.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata Perdana Menteri dan Menteri Kabinet juga perlu membaca tulisan Datuk Seri Nazir Razak yang mengimbas kenangannya ketika membesar bersama Tun Abdul Razak.

Tun_Abdul_Razak_Rakyat_NewsKata Teresa, artikel itu mengandungi banyak peringatan dan nasihat yang baik, yang dapat dijadikan tauladan oleh menteri.

“Jelas, jika soalan itu ditanya, kerajaan tidak akan luluskan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat kerajaan ketika dijemput ke Qatar atas kapasiti peribadi,

“Juga tiada menteri yang buat masjlis hari jadi mewah ketika rakyat diminta berjimat cermat,” kata Teresa dalam satu kenyataan media.

Artikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah beliau dalam menggunakan dana awam.

Rosmah-Private-Jet-300x202Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’.

Teresa berkata, Perdana Menteri dan para menteri perlu menanyakan soalan itu kepada diri sendiri agar sentiasa sedar kepercayaan yang diletakkan rakyat ke atas mereka.

EZY