Categories
AGENDA NASIONAL

Bekas CEO syak diarah keluar 1MDB kerana kurang senang transaksi kewangan

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesyaki bahawa beliau dikeluarkan daripada 1MDB pada 2013 kerana beliau banyak menzahirkan perasaan kurang senangnya terhadap transaksi-transaksi kewangan yang semuanya dilakukan dengan cepat.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, mendedahkan perkara itu ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini pada hari ke-16 perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram

Beliau yang dilantik sebagai CEO Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) pada 23 Mac 2009, dan selepas itu CEO 1MDB telah diarahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada 15 Mac 2013, di mana unit itu terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

TIA ditukar nama kepada 1MDB pada 25 September 2009.

“Saya mengesyaki yang saya dikeluarkan dari 1MDB kerana pada masa itu saya banyak menzahirkan perasaan kurang senang saya terhadap transaksi-transaksi kewangan yang semuanya dilakukan dengan cepat.

“Walaubagaimanapun saya masih dalam lembaga pengarah 1MDB pada masa itu, dengan alasan diberikan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho) untuk manage optics,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, selepas kecoh isu 1MDB pada 2015 dan 2016, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB dengan sebulat suara membuat cadangan kepada Najib untuk resign tetapi mereka diarahkan untuk stay sebagai BOD, sehingga (BOD) baru dilantik pada 2016.

Ketika ditanya Sri Ram, adakah BOD baru digantikan pada 2016, saksi berkata “Ya”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari, 2011 dan 19 Disember, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Usahasama 1MDB GIL-ADMIC dimuktamad dalam dua bulan

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Cadangan usahasama antara 1Malaysia Development Berhad Global Investments Limited (1MDB GIL) dan syarikat Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) berjumlah AS$6 bilion dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata beliau yakin bahawa kesemuanya memang telah diatur dan dikehendaki dengan sangat cepat.

“Cadangan usahasama AS$6 bilion hanya diutarakan pada pertengahan Januari, namun lebih kurang dalam tempoh dua bulan segalanya telah berjaya dimuktamadkan termasuklah pengeluaran LOS (Letter of Support) oleh MOF, perbincangan dengan Abu Dhabi, penubuhan ADMIC, penubuhan 1MDB GIL dan banyak lagi.

“Pengumpulan dana juga telah berjaya diperoleh sebanyak AS$3 bilion pada 19 Mac 2013 ke dalam akaun 1MDB GIL. Pada saya, ia sememangnya suatu yang tidak mustahil dan bukan melalui prosedur normal.

“Antara sebab lain saya mengatakan ia telah diatur dan dikehendaki dengan sangat cepat ialah, apabila cadangan usahasama dengan Aabar Investment PJS (Aabar) yang diluluskan pada DCR 8A/2013 (Director’s Circular Resolution) tersebut telah dijadikan pelan sokongan (kerana due diligence terhadap real property asset mengambil masa yang lama).

“Ia telah dijadikan pelan sokongan supaya sekiranya pengumpulan dana sebanyak AS$6 bilion ini tidak berjaya (LOS tidak dapat diperoleh) maka mereka akan meneruskan dengan usahasama seperti dalam DCR 8A/2013,” katanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mahu membuang masa dan akan mencuba segala kemungkinan yang ada bagi menjayakan pengumpulan dana tersebut melalui cara yang paling pantas.

“Selain itu, lagi satu sebab ialah apabila DCR 12/2013 1MDB telah ditarikhkan pada 12 Mac 2013, kemudian perjanjian dengan Abu Dhabi juga pada Februari 2013 dan DCR 1/2013 1MDB GIL juga bertarikh 12 Mac 2013.

“Ia kelihatan seperti semuanya telah disahkan melalui kesemua dokumen dan prosedur-prosedur tersebut walaupun ia adalah satu yang hampir mustahil untuk kesemuanya dilakukan pada tarikh yang sama,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-16 perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan dana 1MDB.

Beliau berkata pada masa itu, lawatan Crown Prince Abu Dhabi juga diaturcara oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai salah satu aktiviti sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) dan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat Malaysia bahawa ia adalah satu projek yang benar-benar berlaku.

Shahrol Azral berkata, apabila melihat dari kesemua gerak kerja dan apa yang telah berlaku, ia dengan pasti menunjukkan seperti kesemua aturan itu akan merumuskan kepada satu objektif yang beliau tidak pasti.

“Walau bagaimanapun, fakta bahawa Jho Low beritahu saya bahawa pengumpulan dana itu akan memberikan satu impak besar dalam PRU, merupakan satu yang sangat masuk akal dan konsisten memandangkan PRU juga adalah pada tahun yang sama,” katanya.

Ketika dirujuk kepada dokumen berhubung pendaftaran Malaysian Abu Dhabi Investment Company (MADIC) yang telah didaftarkan pada 5 Mac 2013 oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata beliau pernah melihat dokumen itu.

Katanya, dokumen itu menjelaskan penukaran nama syarikat tersebut kepada Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited (ADMIC) pada 12 Mac 2013.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

1MDB GIL terbit bon AS$3 bilion dengan sokongan Najib

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad Global Investments Limited (1MDB GIL) telah menerbitkan bon berjumlah AS$3 bilion dengan sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam syarikat Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) sedangkan syarikat itu tidak beroperasi.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata, selepas terbitan bon AS$3 bilion oleh 1MDB GIL, tidak ada sebarang urusan oleh ADMIC dan tidak ada apa-apa suntikan dana ke dalam ADMIC seperti rancangan awal.

“ADMIC dicetuskan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) kononnya untuk menjadi ‘special purpose vehicle’ (SPV) kepada usahasama Project Catalyze. Semua telah digariskan dalam pelan perancangan Jho Low kepada saya melalui emel sulit. Manakala, Jasmine Loo (peguam 1MDB) akan menguruskan penubuhan ADMIC sepertimana arahan Jho Low.

“ADMIC sebenarnya tidak aktif dan ia tidak dilaksanakan sepertimana yang dicadangkan. Saya terpaksa melaksanakan arahan Jho Low kerana ia adalah mandat dan kehendak Datuk Seri Najib,” katanya yang turut memaklumkan cadangan usahasama 1MDB dan Aabar Investment PJS (Aabar) melalui ADMIC langsung tidak dilaksanakan sepertimana yang dibentangkan kepada Kementerian Kewangan sehingga berjaya menerima terbitan dana sebanyak AS$3 bilion.

Shahrol Azral berkata, ia merupakan perancangan Jho Low, namun tanpa sokongan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Najib, maka ‘Letter of Support’ tidak akan dikeluarkan, seterusnya terbitan dana tersebut tidak akan diperoleh.

Shahrol Azral ketika merujuk dokumen ‘Joint Venture Agreement Relating to ADMIC by Aabar and 1MDB” bertarikh 12 Mac 2013, berkata dokumen itu merupakan perjanjian berhubung penubuhan ADMIC iaitu syarikat SPV bagi tujuan usahasama 1MDB dengan Aabar Investment PJS, yang telah ditandatangani pada 12 Mac 2013 di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di antara wakil 1MDB, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin dan Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.

“Saya juga hadir sebagai saksi dan telah menandatangani perjanjian ini di ruangan saksi sebagai CEO 1MDB. Saya sahkan perjanjian ini adalah merupakan satu bentuk kesefahaman yang mana setiap pihak perlu menyuntik dana sebanyak AS$3 bilion ke dalam syarikat ADMIC ini.

“Maka dengan itulah, 1MDB GIL iaitu anak syarikat 1MDB telah menerbitkan bon AS$3 bilion bagi mematuhi perjanjian ini. Namun begitu, saya difahamkan bahawa syarikat ADMIC tidak beroperasi dan Aabar tidak menyuntik sebarang dana ke dalam ADMIC,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya pada hari ke-16 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Menurut saksi pendakwaan kesembilan itu, majlis menandatangani perjanjian berkenaan turut dihadiri Datuk Seri Najib bersama-sama dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Menceritakan mengenai penubuhan syarikat ADMIC, saksi itu berkata syarikat berkenaan telah diuruskan sepenuhnya oleh Jasmine Loo sepertimana yang dirancang dalam pelan perancangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Syarikat ini ditubuhkan pada 5 Mac 2013 dengan dua ‘ordinary share’ yang dimiliki 1MDB dengan saya sebagai Director. Kemudiannya, Jasmine Loo menguruskan pemindahan satu share kepada 1MDB GIL dan satu share kepada Aabar pada 10 Ogos 2013.

“Saya lihat ini juga sebagai satu lagi langkah yang tergesa-gesa kerana syarikat ini telah ditubuhkan pada 5 Mac 2013 bagi tujuan usahasama tersebut yang ditandatangani pada 12 Mac 2013,” katanya yang turut memaklumkan tujuan asal ADMIC adalah sebagai SPV pelaburan 50:50 antara 1MDB dan Aabar.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Najib ada kepentingan dalam usahasama RM18 bilion 1MDB-Aabar

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kepentingan dalam perjanjian usahasama berjumlah RM18 bilion (AS$6 bilion) yang dimeterai antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan anak syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC), Aabar Investment PJS (Aabar).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata, kehadiran Najib dalam majlis menandatangani perjanjian dua hala itu pada 12 Mac 2013 yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya jelas menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai ‘interest’ dan usahasama itu ‘baby’ Najib.

“Tindakan Datuk Seri Najib ini selaras dengan perancangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kerana kesemua perjalanan dan perancangan sehingga berjayanya majlis menandatangani perjanjian usahasama berkenaan adalah diatur dan dirancang olehnya (Jho Low).

“Ini berdasarkan makluman, ‘action plan’ dan perbincangan oleh Jho Low kepada saya dan Jasmine Loo (peguam 1MDB) dalam memastikan majlis itu terlaksana,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-16 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Shahrol Azral ketika merujuk kepada dokumen ‘1MDB Media Release – RM18 billion Strategic Partnership For Growth’ memaklumkan bahawa perjanjian itu telah ditandatangani oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin dan Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.

“Upacara menandatangani perjanjian itu dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan. Ia diadakan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya dan diuruskan oleh pegawai di PMO yang diketuai oleh Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Najib).

“Saya sahkan bahawa ini adalah merupakan satu mandat besar Datuk Seri Najib iaitu ingin memastikan agar usahasama antara Abu Dhabi dan Malaysia dimeterai melalui syarikat 1MDB dan Aabar Investment PJS,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, perjanjian yang ditandatangani itu merupakan satu peristiwa besar antara 1MDB dan Aabar kerana ia merupakan “G to G deal” serta melibatkan usahasama strategik kedua-dua negara.

“Peranan Datuk Seri Najib yang aktif dalam membincangkan perkara ini dan juga arahan serta mandat daripada beliau telah menyakinkan saya untuk melaksanakan usahasama ini kerana semua perancangan adalah melalui Jho Low iaitu individu penting yang diletakkan oleh Datuk Seri Najib dalam menggariskan strategi-strategi beliau termasuklah joint venture (JV).

“Tindakan Datuk Seri Najib ini adalah selari dengan ‘action plan’ Jho Low dalam merancang kerjasama ini dan mengikut corak kerjasama yang beliau (Najib) tentukan,” jelasnya.

Saksi penting pendakwaan itu berkata, secara keseluruhannya, ia adalah idea dan perancangan Jho Low setelah melalui perbincangan secara mendalam dengan Najib yang merupakan ‘ultimate power’ dalam 1MDB berdasarkan maklum balas Jho Low dan pelan perancangan melalui emel sulit beliau.

“Ini jelas bahawa ia perlu disegerakan kerana ingin memastikan kehadiran Putera Mahkota Abu Dhabi sebagai saksi semasa perjanjian ini dimeterai kerana ia penting dari segi politik memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang hampir tiba. Jho Low sendiri yang memaklumkan bahawa usahasama ini akan memberikan kesan kepada PRU13,” jelasnya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Tindakan Najib ‘selaras sempurna’ dengan topik perbincangan Jho Low

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau percaya ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, diberi mandat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurus pengeluaran semua bon syarikat dan jaminan International Petroleum Investment Co (IPIC) kerana tindakan yang diambil oleh bekas Perdana Menteri itu sepadan dengan topik perbincangan yang dihantar kepada beliau oleh Jho Low.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-15 perbicaraan Najib berhubung 1MDB.

Sri Ram: Anda berkata anda percaya bahawa Jho Low diberi mandat oleh Najib. Apakah alasan anda mempunyai kepercayaan itu?

Shahrol Azral: Kerana pada waktu itu, saya telah memerhatikan tindakan dan topik perbincangan yang dimulakan dari Jho Low dipenuhi dengan tindakan Najib.

Sri Ram: Dalam kata lain, tindakan itu yang diambil oleh tertuduh sepadan dengan topik perbincangan yang dihantar kepada anda oleh Jho Low?

Shahrol Azral: Tindakan sepadan dengan sempurna.

Terdahulu, ketika membaca kenyataan saksinya, saksi menekankan bahawa beliau percaya bahawa Jho Low diberi mandat oleh Najib untuk mengurus semua pengeluaran bond syarikat dan jaminan IPIC.

Mahkamah juga mendengar daripada Shahrol Azral bahawa lembaga pengarah 1MDB pada Oktober 2012 meluluskan syarikat untuk meminjam RM800 juta daripada Affin Investment Bank bagi tujuan mengambilalih Mastika Lagenda.

“Kelulusan itu dibuat oleh lembaga itu menerusi pekeliling pengarah bertarikh 9 Oktober 2012.

“Lembaga juga memberi saya kuasa untuk mengurus perkara berhubung perjanjian dan menandatangani perjanjian bagi pihak syarikat sebagai CEO dan pengarah urusannya,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013 di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Projek Genting Sanyen dilaksana selepas dilulus Najib

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Proses pemerolehan IPP Genting Sanyen (M) Sdn Bhd melalui 100 peratus ekuiti Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dinamakan projek Greyhound dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan yang mewakili Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), pada 2012.

Perkara itu didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

“Untuk makluman, sepanjang proses pemerolehan ini dilaksanakan, 1MDB ada meminta kelulusan Najib sebagai Menteri Kewangan mewakili MOF Inc dan sebagai pemegang saham yang memiliki saham penuh 1MDB.

“1MDB juga mendapatkan kelulusan dari Najib merangkap Menteri Kewangan selaras dengan Seksyen 6 Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965 selepas kelulusan dari pemilik saham 1MDB iaitu Najib juga.

“Beliau (Najib) juga telah sedia maklum tentang kelulusan tersebut kerana beliau telah menurunkan tandatangan ke atas dokumen berkenaan,” katanya.

Ketika dirujuk kepada surat Menteri Kewangan bertarikh 3 Ogos 2012, saksi berkata ia adalah surat kelulusan daripada Najib atas kapasitinya sebagai Kementerian Kewangan kepadanya bagi meluluskan cadangan “kemudahan pinjaman tidak melebihi RM1.0 bilion dan US$1.75 bilion 10 year notes” berkenaan dengan pengambilalihan Genting.

“Kelulusan ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 6 Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Ini adalah kerana segala keberhutangan dalam apa bentuk sekalipun mesti mendapat kelulusan Menteri Kewangan Malaysia terlebih dahulu.

“Kelulusan ini mesti diperolehi selepas mendapat kelulusan dalaman 1MDB iaitu, kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan kelulusan pemilik saham 1MDB iaitu MOF Inc iaitu Najib. Saya percaya bahawa Jasmine Loo sebagai pegawai yang menyediakan kertas kerja berkenaan pembiayaan ini telah mendapatkan tandatangan Najib pada masa tersebut.

“Saya tidak terlibat dalam urusan dengan bahagian pinjaman Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Saya tidak pasti sama ada terbitan bon ini ada melalui proses yang sepatutnya di Kementerian Kewangan atau tidak sehingga kelulusan diberikan oleh Najib atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan,” katanya.

Ketika dirujuk kepada “1MDB director’s circular resolution bertajuk ‘proposed acquisition of Mastika Lagenda Sdn Bhd” bertarikh 10 Ogos 2012, saksi pendakwaan kesembilan berkata ia adalah pekeliling pengarah yang memberikan kelulusan cadangan pengambilalihan ekuiti Mastika Lagenda yang memegang 75 peratus Genting Sanyen Power Sdn Bhd yang memiliki Genting Sanyen Kuala Langat Power Station.

“Selain itu juga telah mendapat kelulusan untuk mengambilalih 100 peratus ekuiti Mastika Utilities & Services Sdn Bhd dan 100 peratus ekuiti Mastika Water Management Sdn Bhd. Pekeliling ini menyatakan bahawa saya diberikan mandat dan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kesemua urusan dokumentasi pembelian ini yang bernilai RM2.75 bilion.

“Selain itu, 1MDB diberi kelulusan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan tidak melebihi RM1 billion dan terbitan bon sebanyak AS$1.75 bilion bagi urusan pengambilalihan ekuiti tersebut dengan struktur yang sama dengan pembelian TEHSB sebelum ini.

“Terbitan Bon ini juga akan dijamin oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC). Saya tandatangan di ruangan nama saya di sebelah kanan mukasurat 3 dokumen ini,” katanya sambil menambah Goldman Sachs adalah penasihat kewangan dan peguam Jasmine Loo sebagai wakil pasukan pelaburan 1MDB.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari, 2011 dan 19 Disember, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pendakwaan mohon kes Goldman Sachs dipindah ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Pihak pendakwaan dalam kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai AS$6.5 bilion berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahu supaya kes itu dpindahkan daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan lanjut kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memohon tarikh lain untuk memfailkan permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Golden Sachs, tidak membantah permohonan itu semasa pengurusan kes itu hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah ketika ditemui media berkata, permohonan untuk memindahkan kes itu akan dibuat secara formal dan dokumen akan difailkan.

Pada 19 Disember 2018, pendakwaan menfailkan empat pertuduhan ke atas Goldman Sachs dan didakwa telah meninggalkan fakta-fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak-anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013, di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Pertuduhan di bawah subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen 182 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Disember tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa ,46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Bayaran AS$576,943,490 kepada Aabar dianggap dipersetujui Najib

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang menentukan jumlah pembayaran deposit keselamatan sebanyak AS$576,943,490 kepada Aabar Investment PJS Limited kerana menganggap ia telah dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shahrol Azral, 49, ketika membacakan penyataan saksinya berkata, beliau telah menandatangani borang pengiriman wang berjumlah AS$576,943,490 yang dikemukakan oleh Terence Geh (pengarah 1MDB) tanpa rasa curiga untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Limited di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy Limited (1MEL) sepertimana yang dibentangkan peguam 1MDB, Jasmine Loo.

“Namun segala aspek ‘fund raising’ (pengumpulan dana) dan jaminan International Petroleum Investment Co (IPIC) ini dilakukan dengan sokongan penuh IPIC dan Datuk Seri Najib melalui pihak Aabar (Mohamed Huseinny) dan Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) serta Jasmine Loo.

“Saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran AS$576,943,490 (wang deposit keselamatan) itu yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan bon yang diterbitkan sebanyak AS$1.75 bilion. Ia juga tidak pernah dibentangkan dan tidak pernah dimaklumkan kepada saya dan saya percaya ia juga tidak pernah dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD).

“Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Saksi pendakwaan kesembilan itu memaklumkan bahawa beliau juga percaya bahawa wang deposit keselamatan itu akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila tawaran awam permulaan (IPO) bagi perniagaan tenaga anak syarikat 1MDB dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun, saya dapati wang deposit keselamatan tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun tiada sebarang IPO berjaya dibuat,” jelasnya.

Saksi itu turut mengesahkan penyata bank bagi akaun semasa 1MDB Energy Limited di Falcon Private Bank bernombor 8009830 bagi Mei dan Jun 2012.

“Transaksi kemasukan berjumlah AS$907,500,000 pada 22 Mei 2012 adalah sebahagian daripada bon berjumlah AS$1.75 bilion yang telah diterbitkan bagi tujuan pengambilalihan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB). Setahu saya, transaksi ini dibuat oleh Bank of New York Mellon London terus ke dalam akaun 1MDB Energy Limited.

“Pada tarikh sama (22 Mei 2012), 1MDB Energy Limited telah membuat transaksi pengeluaran berjumlah AS$576,943,490 yang merujuk kepada pembayaran kepada Aabar Investments PJS Limited melalui remittance wang yang dirujukkan kepada saya,” katanya.

Shahrol Azral berkata, beliau juga telah menandatangani perjanjian Collaboration Agreement For Credit Enhancement antara 1MDB Energy Limited dan Aabar Investment PJS Limited bertarikh 21 Mei 2012.

“Saya ingin menjelaskan bahawa dokumen perjanjian itu disediakan oleh Jasmine yang saya percaya telah mendapat pelepasan daripada Jho Low.

“Saya telah tandatangani perjanjian ini bagi pihak 1MDB Energy Limited. Saya tandatangani di muka surat terakhir dokumen ini,” katanya ketika dirujuk dokumen perjanjian itu oleh Sri Ram.

Saksi penting pendakwaan itu menjelaskan bahawa rundingan jaminan bon dari IPIC ini adalah amat kompleks dan melibatkan perhubungan Kerajaan dan Kerajaan atau ‘G2G’ antara Abu Dhabi dan Malaysia.

“Tambahan pula rundingan ini juga melibatkan hubungan peribadi antara Putera Mahkota Abu Dhabi dan Datuk Seri Najib. Maka apabila Jasmine memaklumkan saya mengenai Credit Enhancement ini, saya tidak curiga dan tidak meminta untuk memeriksa segala terma yang melibatkan pembayaran tersebut.

“Jasmine juga tidak memberi apa-apa butiran kandungan perjanjian-perjanjian tersebut. Inilah perjanjian yang memberi justifikasi remittance kepada Aabar Investments PJS Limited,” katanya.

Shahrol Azral menjelaskan bahawa semasa perjanjian itu ditandatanganinya pada 21 Mei 2012 mewakili 1MEL dengan pihak Aabar Investment PJS Limited, beliau yakin untuk memeterai perjanjian usahasama dengan anak syarikat IPIC, iaitu Aabar kerana berdasarkan nama syarikat ia tidak menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

“Ini adalah kerana alamat yang ditunjukkan dalam perjanjian ini adalah alamat Aabar yang tepat iaitu Tingkat 12, Bangunan Kementerian Tenaga, Jalan Corniche, PO Bx 107888, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Saya pernah ke alamat ini untuk berurusan dengan pihak IPIC dan Aabar yang sah. Jadi ia menggunakan alamat IPIC dan Aabar yang sah.

“Singkatan yang digunakan dalam perjanjian ini pula adalah ‘Aabar Investments’. Jadi, saya langsung tidak menyedari bahawa ia adalah merupakan syarikat berlainan iaitu Aabar Investments PJS (British Virgin Islands (BVI). Selepas kecoh terdapat isu 1MDB melibatkan syarikat Aabar barulah saya perasan bahawa terdapat perbezaan Aabar sebenar dengan Aabar yang berpangkalan di BVI ialah perkataan di belakang sahaja iaitu Limited,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jho Low atur bayaran deposit keselamatan untuk tujuan seleweng

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah mengatur pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$576,943,490 kepada Aabar Investments PJS (Aabar) bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) bertujuan untuk diselewengkan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian pada perbicaraan hari ke-15 kes Najib melibatkan dana 1MDB.

“Kesimpulannya, pengambilalihan TEHSB telah selesai melalui pembiayaan menggunakan pinjaman penyambung berjumlah RM6.17 bilion dan terbitan Bon berjumlah AS$1.75 bilion. Terdapat lebihan yang banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut.

“Namun saya ingin tegaskan bahawa saya langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$576,943,490.00 kepada Aabar adalah untuk diseleweng. Ia dibuat secara niat baik berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB), Terence Geh (pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).

“Saya pasti tidak akan meluluskan kiriman wang tersebut sekiranya saya tahu bahawa ia adalah untuk diseleweng.

“Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan,” katanya.

Terdahulu, ketika dirujuk kepada “1MDB board meeting minutes 4/2012” bertarikh 18 Jun 2012 oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, dalam mesyuarat tersebut beliau telah membentangkan mengenai transaksi pengambilalihan 100% ekuiti TEHSB telah pun selesai.

“Selain itu, saya juga ada membentangkan mengenai pengarah serta urusan maklumat kewangan TEHSB. Antara maklumat penting adalah Pengerusi TEHSB adalah Datuk Wan Ahmad Shihab iaitu Pegawai Khas Perdana Menteri masa itu iaitu Najib.

“Nama beliau (Datuk Wan Ahmad) dimajukan oleh Jho Low kepada saya. Selain itu Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu CEO Aabar Investments PJS juga seorang pengarah dalam TEHSB. Ini adalah satu lagi faktor semasa itu yang meyakinkan saya akan kesehahihan hubungan 1MDB dengan Aabar,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari, 2011 dan 19 Disember, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada pinjaman baharu 1MDB selepas Mei 2009 tanpa kelulusan Najib

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh membuat pinjaman baharu tanpa kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Mei 2009.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata, demikian pada perbicaraan hari ke-15 kes Najib melibatkan dana 1MDB.

Shahrol Azral berkata, selepas Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang kemudiannya ditukarkan kepada 1MDB menerima jaminan Kerajaan Persekutuan pada Mei 2009, 1MDB tertakluk kepada Akta Jaminan Pinjaman yang 1MDB tidak boleh membuat apa-apa pinjaman baharu kecuali dengan kelulusan Menteri Kewangan Malaysia.

“Dalam penerbitan Bon 2012 (AS$1.75 bilion), saya mengesahkan bahawa 1MDB ada mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri Kewangan. Jasmine Loo (peguam 1MDB) yang terlibat dalam proses mendapatkan tandatangan Datuk Seri Najib pada masa tersebut.

“Saya tidak terlibat dalam urusan dengan bahagian pinjaman Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan itu. Saya tidak pasti sama ada terbitan bon ini ada melalui proses yang sepatutnya di Kementerian Kewangan atau tidak sehingga kelulusan diberikan oleh Datuk Seri Najib atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan,” jelas saksi pendakwaan kesembilan itu.

Saksi penting pendakwaan itu berkata, Najib telah meluluskan cadangan pinjaman berjumlah RM6.17 bilion berhubung pengambilalihan syarikat Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB) oleh anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Sdn Bhd.

Shahrol Azral mengesahkan perkara tersebut ketika dirujuk mengenai surat daripada bekas Perdana Menteri itu kepadanya bertarikh 26 Mac 2012 berhubung kelulusan pinjaman berkenaan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

“Ini adalah surat kelulusan daripada Datuk Seri Najib atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan kepada saya bagi meluluskan cadangan RM6.17 bilion bridging loan dan AS1.75 bilion 10 year notes berkenaan dengan pengambilalihan TEHSB.

“Kelulusan ini adalah berdasarkan kepada Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Ini adalah kerana segala hutang seterusnya dalam apa bentuk sekalipun mesti mendapat kelulusan Menteri Kewangan terlebih dahulu.

“Kelulusan pinjaman mesti diperoleh selepas ia mendapat kelulusan dalaman daripada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB dan kelulusan pemilik saham 1MDB iaitu Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) (Datuk Seri Najib),” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Menurut Shahrol Azral, beliau juga telah menandatangani dokumen perjanjian fasiliti pinjaman diperoleh 1MDB Energy Sdn Bhd daripada Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad bernilai RM6.17 bilion bertarikh 17 Mei 2012.

“Perjanjian ini dibuat antara 1MDB Energy Sdn Bhd dengan Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad sebagai Joint Mandated Lead Arrangers dan The Financial Institutions Set Out In The First Schedule sebagai pemberi pinjaman dan dengan Maybank Investment Bank Berhad sebagai ejen pemberi kemudahan pinjaman tersebut.

“Tujuan pinjaman bernilai RM6.17 bilion ini adalah untuk urusan pengambilalihan 100 peratus ekuiti TEHSB oleh 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Sdn Bhd,” kata saksi penting pendakwaan itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sebutan kes pengubahan wang haram AS$248 juta Riza Aziz 24 September

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 September untuk sebutan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan pihaknya masih belum dapat melengkapkan beberapa dokumen berhubung kes itu.

“Pihak pendakwaan perlu mendapatkan beberapa dokumen daripada Amerika Syarikat namun memerlukan sedikit masa kerana dokumen itu dari luar negara. Beberapa dokumen lain telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” katanya semasa sebutan kes hari ini.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Riza, 42, mengesahkan perkara itu namun meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen seawal mungkin.

Mohamad Mustaffa berkata, pihaknya akan mempercepatkan proses untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Hariharan memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lepas dan Mahkamah Tinggi menetapkan 23 September untuk pendengaran.

Mohamad Mustaffa ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, pihak pendakwaan membantah permohonan pembelaan dan berharap kes itu dapat diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Pada 5 Julai lepas, Riza, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah AS$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, AS.

Riza, anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 September 2012 dan 10 Oktober 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah AS$133 juta dan AS$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temasek Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Oktober 2012.

Mengikut pertuduhan kelima tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 November 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sultan Mizan anggap Jho Low watak tidak menyenangkan

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bersetuju dengan cadangan itu oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Muhammad Shafee: Menurut minit-minit tersebut, Jho Low menyalahgambarkan Sultan. Anda tahu bagaimana Sultan Terengganu menganggap Jho Low, dan baginda bertitah Jho Low adalah watak yang tidak menyenangkan?

Amhari Efendi: Ya, berdasarkan minit.

Saksi juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa negeri Terengganu tidak senang hati dengan Jho Low kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada September 2009.

Muhammad Shafee: Saya katakan anda tahu (gambaran salah), tetapi anda gagal memaklumkan ini kepada ketua anda mahupun kepada Najib.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju

Saksi pendakwaan kelapan itu sekali lagi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai cita-cita untuk mempunyai perkongsian dengan syarikat Mubadala Development di sektor minyak dan gas Terengganu tanpa pengetahuan TIA.

Apabila ditanya sama ada Jho Low telah menyebut tentang ‘cita-cita utama’ (perkongsian dengan Mubadala) kepadanya, saksi itu berkata “Tidak”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

– BERNAMA