SHAH ALAM 9 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan lebih satu pertiga kerusi Parlimen di negeri deposit BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak bagi meneruskan kesinambungan tsunami politik PRU-12.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PR sekurang-kurangnya memerlukan kemenangan 33 kerusi Parlimen di 83 kerusi Parlimen di tiga negeri tersebut.
“Ia bagi menyelesaikan ‘kerja tertangguh’ tsunami politik PRU-12 yang menyaksikan kejatuhan Umno-BN di lima buah negeri dan penafian majoriti dua-pertiga Parlimen terhadap Umno buat kali pertama dalam sejarah Malaysia,” kata Kit Siang.
Katanya, ?Pertempuran Gelang Patah? bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi beliau, DAP atau Pakatan Rakyat kerana ia sebuah impian rakyat ke arah Bangsa Malaysia yang majmuk dan bersatu padu melampaui semangat perkauman.
Telah dilaporkan bahawa Kit Siang, seorang tokoh yang aktif di dalam politik hampir setengah abad akan bertanding di parlimen Gelang Patah dalam PRU-13.
Pencalonan beliau di kerusi Johor adalah bagi membuka jalan untuk PR memecahkan kubu kuat BN di negeri Selatan itu.
?Pertempuran Gelang Patah akan melancarkan tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 13 dari arah Selatan yang bakal merebak ke seluruh negara, merentas Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak,” kata Kit Siang.
“Saya mempunyai ?Impian Malaysia? yang saya pasti turut dikongsi oleh ramai orang Malaysia tanpa mengira kaum, agama daerah dan zaman,” kata Kit Siang yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah dalam PRU-13 ini.