Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Pergiat promosi skim air percuma, galak lebih ramai daftar

SHAH ALAM, 2 DIS: Promosi Skim Air Darul Ehsan dipergiat bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan mendapat manfaat air percuma, kata EXCO infrastruktur.

Ia berikutan hanya 46 peratus atau 287,181 penerima menikmati skim itu setakat 31 Oktober, berbanding sasaran 620,000 orang, jelas Ir Izham Hashim.

“Sebenarnya program untuk menggalakkan pendaftaran rakyat berjalan sepanjang tahun dan dilanjutkan tahun depan…tetapi kita pelik angka pendaftaran (hanya 287,181).

“Kita akan tingkatkan lagi promosi untuk galak lebih ramai mendaftar program ini,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung jumlah penerima skim tersebut.

Skim Air Darul Ehsan merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar untuk golongan berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Mereka yang layak boleh mendaftar melalui pautan https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA

250,000 layak nikmati Skim Air Darul Ehsan

SHAH ALAM, 15 JULAI: Seramai 250,000 pemegang akaun meter individu layak menikmati bantuan air percuma menerusi Skim Air Darul Ehsan, kata EXCO infrastruktur.

“Awalnya, pada 15 Julai lalu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 184,020 pemegang akaun meter individu layak menerima bantuan berkenaan.

“Namun selepas mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE, jumlah itu meningkat kepada 250,000,” kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Izham yang juga memegang portfolio kemudahan awam berkata sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 226,969 permohonan bantuan itu diterima.

Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 15,625 tidak dapat diproses pendaftarannya ke dalam Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

“Antara sebab gagal diproses ialah, nombor kad pengenalan, nombor meter air dan nombor telefon telah digunakan oleh pemohon lain.

“Pada masa sama, maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti tidak kemukakan nombor kad pengenalan, alamat emel, nombor akaun air, alamat kediaman atau premis dan maklumat pasangan,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri melakukan semak silang menggunakan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kategori Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi memastikan kesahihan permohonan berdasarkan kepada kelayakan jumlah pendapatan di bawah RM4,000.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lebih 180,000 pemegang akaun layak dapat air percuma

SHAH ALAM, 28 APRIL: Seramai 184,020 pemegang akaun meter individu di Selangor layak menerima air percuma 20 meter padu melalui Skim Air Darul Ehsan.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berkata keputusan dibuat setelah meneliti secara terperinci semua permohonan yang diterima sebelum 31 Disember lalu.

“Daripada 211,344 permohonan diterima, hanya 184,020 pemegang akaun meter individu layak menerima skim ini,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan hari ini.

“Bagi pengguna meter pukal di pangsapuri kos rendah, mereka akan terus menikmati air percuma secara automatik.”

Semakan ketat itu menurut Abdul Halem merangkumi pendapatan yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, E-Kasih, Bantuan Sara Hidup, kesahihan alamat premis dan nombor akaun pengguna.

Beliau berkata status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas, manakala permohonan dalam talian boleh disemak di portal http://ssipr.selangor.gov.my/semakan

Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar di negeri ini untuk isu rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Categories
AGENDA NASIONAL

MB: Selangor tiada hasrat henti program air percuma

HULU LANGAT, 22 JAN: Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri masih berupaya untuk melaksanakan program yang akan dikekalkan melalui Skim Air Darul Ehsan.

“Skim Air Darul Ehsan dibuat supaya program air percuma kekal dan berterusan. Kita tidak akan hentikan…selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya dan mendapat margin lebih baik untuk membiayai kos perbelanjaan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Langat 2 di sini hari ini.

Selangor melakukan penjajaran semula subsidi supaya lebih bersasar dan tidak membebankan kewangan Kerajaan Negeri.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan dibuka semula selepas Mac

KUALA LANGAT, 14 JAN: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan dibuka semula selepas proses peringkat pertama selesai sepenuhnya pada Mac hadapan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata proses pendaftaran dibuka sepanjang tahun bagi membolehkan pengguna yang terlepas tempoh awal berbuat demikian.

“Untuk pendaftaran Skim Air Darul Ehsan memang untuk peringkat pertama kita selesaikan sehingga Disember dan pemberian bermula pada Mac kepada semua penerima.

“Setakat ini semua terima air percuma dan kemudian selepas pelaksanaan itu yang tidak sempat daftar kita akan buka untuk pendaftaran dan kita akan kemaskini dua atau tiga bulan.

“Dahulu kita rancang setiap empat bulan tetapi sekarang mungkin ada pendaftaran masih dalam proses maka kita akan buka pendaftaran bagi yang terlepas. Pendaftaran akan dibuka sepanjang tahun,” katanya.

Fasa pertama pendaftaran berakhir 31 Disember lalu sejak dibuka pada 30 September 2019.

Pemohon yang layak akan terus memperolehi air percuma bermula 1 Mac bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Setakat 15 Disember 2019, Pengurusan Air Selangor Berhad hanya menerima 83,382 permohonan dengan 46,941 pemohon mempunyai maklumat lengkap sementara 27,415 permohonan lagi tidak boleh diproses kerana maklumat tidak lengkap.

Categories
AGENDA NASIONAL

Tiada keperluan tingkat air percuma kepada 30 meter padu

SHAH ALAM, 4 NOV: Tiada keperluan untuk meningkatkan kadar air percuma daripada 20 kepada 30 meter padu setakat ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya hal itu kerana kebanyakan penghuni hanya menggunakan 20 hingga 25 meter padu air yang disifatkan mencukupi.

“Malah mengikut kajian yang dilakukan, penggunaan air di negeri ini adalah paling tinggi di Malaysia dan negara jiran.

“Buat masa ini kita menggunakan kira-kira 222 liter air sehari sedangkan jumlah yang disyorkan hanya pada kadar 164 liter sehari.

“Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri beranggapan 20 meter padu air percuma sudah mencukupi,” katanya menjawab pertanyaan lisan berhubung Skim Air Darul Ehsan pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Pada 2017, mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kadar penggunaan air terawat di Selangor adalah 250 liter sehari perkapita, iaitu kadar tertinggi di rantau ASEAN.

Jumlah itu melebihi syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu penggunaan air terawat pada kadar 165 liter sehari perkapita sahaja.

Malah, pengunaan air di Selangor itu sebenarnya menunjukkan lebih tinggi berbanding Singapura yang hanya menggunakan 150 liter sehari perkapita dan Thailand sebanyak 90 liter sehari perkapita.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

65 peratus terus nikmati air percuma

SHAH ALAM, 1 NOV: Kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pengguna berdaftar bakal menerima manfaat pemberian air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan berkuat kuasa 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian air percuma 20 meter padu itu akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000.

“Program ini tidak diberikan kepada semua sebab sekarang kita tumpu kepada mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dengan anggaran 65 peratus daripada pemilik akaun atau lebih 600,000 pengguna akan menerimanya bermula Mac tahun hadapan.

“Bagaimanapun, sehingga Mac tahun hadapan, kita masih meneruskan air percuma kepada semua yang menikmatinya sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Pembentangan Belanjawan #Selangor2020, di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, program itu dibiayai secara perkongsian kos dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sekali gus membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan yang ada bagi pembangunan lain.

“Pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan sekarang akan terus menikmati keistimewaan ini sehingga 29 Februari 2020,” katanya.

Amirudin berkata, pengguna yang mahu terus menikmati Skim Air Darul Ehsan hendaklah membuat permohonan baharu dan tempoh pendaftaran dibuka sehingga 31 Disember 2019.

“Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sumber baharu air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber bekalan bagi menampung permintaan sehingga 2060 melalui Pelan Induk Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air di Selangor.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pemberian air percuma diteruskan tahun hadapan

SHAH ALAM, 1 NOV: Pemberian air percuma akan diteruskan tahun hadapan melalui Skim Air Darul Ehsan berkuat kuasa 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata antara kriteria pemohon skim itu adalah warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000.

Program pemberian 20 meter padu air percuma pada tahun ini dibiayai secara perkongsian kos dengan Air Selangor, sekali gus membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan bagi pembangunan lain.

Bagaimanapun, pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020.

Pengguna hendaklah membuat permohonan baharu dan tempoh pendaftaran sehingga 31 Disember 2019.

Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my

Amirudin berkata melalui Pelan Induk Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air di Selangor, Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sumber baharu air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber bekalan bagi menampung permintaan sehingga 2060.

Berikut adalah beberapaintipati pengurusan air:

– Air Selangor merancang pelaksanaan penggantian paip sepanjang 150km dengan kos RM124 juta

– Peruntukan RM116.5 juta disediakan bagi pembangunan bekalan air yang merangkumi antaranya pelaksanaan Projek Labohan Dagang Fasa 2

– Kerjaan Negeri melantik perunding untuk membuat kajian terperinci bermula 1 Oktober 2019 dan selesai pada 30 September 2020 bagi Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau

– Air Selangor akan memperuntukkan RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bermula 2019 sehingga tahun 2048 sebagai Perbelanjaan CAPEX

– Air dari Loji Rawatan Air Langat 2 boleh dimasukkan ke dalam sistem pengagihan Air Selangor mulai 1 Januari 2020

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Mahu air percuma? Daftar segera mulai 30 September

SHAH ALAM, 27 SEPT: Pengguna Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah boleh terus menikmati air percuma melalui pendaftaran antara 30 September hingga 31 Disember 2019.

Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semakan silang butiran pemohon dengan LHDN bermula tahun depan, selepas tempoh pendaftaran ditutup.

“Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020, iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020.

“Sehingga tarikh berkenaan, 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat itu sehingga 29 Februari 2020,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pengguna boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.

Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh diperolehi di beberapa saluran termasuk di semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan laman sesawang Air Selangor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

• Laman web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected] atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Amirudin juga berkata Skim Air Darul Ehsan dibuat bagi mencapai matlamat asal untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Dalam belanjawan negeri tahun lalu, tambahnya, Dewan Negeri Selangor meluluskan penjajaran semula program air percuma bagi “meringankan beban kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan dan layak.”

“Selain itu, Skim Air Darul Ehsan ini juga akan dapat menyasarkan golongan yang amat memerlukan, di samping menjamin perbelanjaan subsidi bersasar yang tepat.

“Penjajaran ini adalah perlu bagi menjana pembangunan dan kedudukan kewangan yang mampan,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dasar Air Percuma kekal, MB umum butiran lanjut Jun

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 26 APR: Rakyat Selangor terus menikmati Skim Pemberian 20 Meter Padu Air Percuma bagi tahun 2019, kata Dato’ Menteri Besar.

Amirudin Shari berkata, pengumuman rasmi dengan beberapa butiran lanjut berhubung perkara itu akan dilakukan pada Jun.

“Pemberian air percuma tahun ini kekal 20 meter padu, kita tak ubah, semua orang dapat 20 meter padu tetapi kita akan umumkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan air tetapi satu perkara saya nak beritahu kekal 20 meter padu pada 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Town Hall Jelajah Maju Bersama YAB Menteri Besar dan EXCO Negeri Selangor Ke Daerah Kuala Selangor di Dewan Raja Lumu, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor di sini, hari ini.

Menyentuh pelaksanaan penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Amirudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan hanya golongan yang layak menerima manfaat skim disediakan Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa hampir lebih satu jam bagi menjawab pelbagai soalan dikemukakan oleh pemimpin tempatan di Kuala Selangor.

Antara soalan dikemukakan termasuk berkaitan isu jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), isu sampah, kelip-kelip Kampung Kuantan, Sky Mirror dan lain-lain.

Categories
SELANGOR

Penting untuk daftar nikmati air percuma

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 13 APR: Penerima yang layak menikmati subsidi air percuma penting untuk berdaftar terlebih dahulu supaya program berkenaan berjaya diagihkan kepada golongan sasaran.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya turut menggalakkan pihak penyewa membuat pendaftaran.

“Menerusi langkah ini, kita juga boleh mengeluarkan warga asing yang menyewa sesuatu kediaman untuk tidak lagi menikmati pemberian air percuma ini.

“Kos bagi pemberian air percuma ini sangat tinggi, jadi tidak boleh untuk kita menampung kepada semua pihak, oleh itu ia mesti sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian di Sesi Town Hall bersama lebih 100 penduduk dan pemimpin masyarakat di Galeri Jualan IJM, di Rimbayu, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dimaklumkan dari masa ke masa secara berperingkat tidak lama lagi.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri dilaporkan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung isu air bagi mengelakkan suasana kurang baik.

Program pemberian air percuma kepada rakyat Selangor hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mulai tahun depan, bukan lagi untuk seluruh isi rumah seperti dinikmati sejak 2008.

Mulai tahun ini, kadar percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan akan dinaikkan kepada 25 meter padu bagi golongan B40.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)

Categories
SELANGOR

RM1.6 bilion belanja air percuma

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Sejumlah RM1.6 bilion diperuntukkan Kerajaan Negeri sejak pelaksanaan program pemberian air percuma 20 meter padu, pada Jun 2008 hingga Oktober 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pada tahun pertama skim itu dilaksanakan, sebanyak RM68 juta diperuntukkan untuk setiap isi rumah.

“Angka ini bertambah setiap tahun. Pada 2009, sebanyak RM131 juta, RM167 juta (2014), RM179 juta (2016) dan RM183 juta (2017).

“Jumlah ini juga jika diteruskan dan akan mencecah lebih RM200 juta serta hampir membabitkan peruntukan 10 peratus dalam belanjawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor yang menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong berkenaan kos pemberian air percuma yang dilaksanakan, di negeri ini.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan skim pemberian air percuma sebanyak 25 meter padu itu hanya diberikan kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40, iaitu mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program e-kasih.

Katanya, peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma hanya diberikan kepada golongan B40.