Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Selangor laksana tiga inisiatif perkasa pendidikan anak negeri

SHAH ALAM, 23 FEB: Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa agenda pendidikan anak Selangor khususnya.

Inisiatif itu antaranya bantuan RM1,000 kepada mahasiswa baharu daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menerusi Iltizam Mahasiswa Selangor.

Pinjaman boleh ubah melanjutkan pelajaran dalam dan luar negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor serta kad modul pengenalan pelanggan (SIM) dilengkapi internet percuma selama setahun turut disediakan.

“Selangor mengambil berat kebajikan para mahasiswa di samping mengutamakan agenda pendidikan untuk semua masyarakat,” tulis Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Belanjawan Selangor 2022 yang dibentangkan pada 26 November tahun lalu memperuntuk sebanyak RM2.34 bilion dengan RM1.12 bilion dikhaskan untuk pembangunan.

Belanjawan tersebut memberi manfaat kepada semua golongan termasuk pelajar, wanita, B40, orang kelainan upaya, usahawan dan petani meliputi aspek kesihatan, pendidikan, industri, perniagaan, pelancongan serta pertanian.

Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB seru anak Selangor mohon hadiah masuk universiti sebelum 31 Mac

SHAH ALAM, 2 MAC: Dato’ Menteri Besar mengalu-alukan anak Selangor memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada mereka yang bakal memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yang dinamakan HPIPT ini bagi meringankan beban persediaan belajar.

“Layari https://hpipt.selangor.gov.my/ dan mohon segera sebelum 31 Mac ini,” katanya menerusi Facebook.

Inisiatif ini ditawarkan kepada anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

Antara syarat lain, mereka pemastautin di negeri ini lebih setahun, warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

 

31,931 Anak Selangor Terima RM31.7 Juta Hadiah Pengajian IPT – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 14122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 14 DESEMBER 2012 :

1. 31,931 anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS terima manfaat RM 31.7 juta daripada Kerajaan Selangor.

2. Sekumpulan lebih 300 orang berhimpun dan berarak ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya tuntut taraf kerakyatan.

3. ‘Himpunan Duduk Bantah’ pada tanggal 12-12-12 baru-baru ini juga berjaya membuktikan bahawa kaum melayu juga tidak diberi kewarganegaraan.

http://www.selangorkini.net