APA DAH JADI – Apa nasib nelayan kita?

Apa dah jadi ke Sekinchan untuk mendengar luahan mereka apabila kerajaan pusat meletakkan syarat baru untuk mereka turun ke laut, Rata-rata penduduk Sekinchan meluahkan rasa tidak puas hati dan berharap kerajaan negeri Selangor dapat memberi bantuan.

Layari http://www.tv.selangorku.com

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Selangor pandang serius serbuan terhadap BSM

Oleh: Sallehin Mukhyi

Kerajaan Negeri memandang serius insiden serbuan oleh kakitangan bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap pejabat Bible Society Malaysia (BSM) pada Khamis lalu.

Ia merupakan kejadian kedua yang melibatkan JAIS dan penganut Kristian selepas pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lalu.

Sallehen MukhyiSelepas kejadian tersebut Kerajaan Negeri telah meminta JAIS menyediakan Standard of Operation (SOP) dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini bagi mengelak berlaku salah faham dan buruk sangka.

Bagi kejadian perampasan Bible pada Khamis lalu, saya telah meminta Pengarah JAIS untuk mendapatkan segera laporan terperinci kejadian termasuk meneliti hasil siasatan yang dikatakan telah dilakukan.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim juga telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneliti dan menyemak operasi yang dijalankan kerana ianya merupakan perihal pentadbiran dan melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan.

Jais-logo kecikSemakan hendaklah antara lain memastikan pegawai penguatkuasa yang menjalankan operasi tersebut mematuhi SOP yang telah disediakan oleh JAIS dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian dan pelanggaran peraturan.

Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan Editor The Herald, Lawrence Andrew pada Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri selari dengan titah DYMM Sultan Selangor bahawa semua pihak perlu menghormati agama Islam sebagai agama rasmi manakala masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Semua rakyat Selangor tidak kira agama atau kaum mesti mematuhinya bagi menjamin kelangsungan hidup berharmoni, bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain yang telah terjalin sejak sekian lama.

* Sallehin Mukhyi adalah Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa

Categories
SELANGOR

Contohi pendekatan Ustaz Azhar Idrus tarik generasi muda dekati Islam

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 16 DIS : Para pendakwah disarankan untuk mengikuti strategi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk menarik minat anak-anak muda supaya mendekati ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

4 (5)Exco Hal Ehwal Islam,Sallehen Mukhyi, berkata pendekatan Ustaz Azhar wajar dijadikan contoh kerana penceramah itu bijak mengatur strategi seiring dengan kemahuan dan selera anak-anak muda, namun masih berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Katanya, dalam dunia serba mencabar pada hari ini, kreativiti dalam menjalankan usaha berdakwah juga perlu agar segala mesej penting dapat disampaikan dengan cara yang berkesan.

2s“Ada yang tanya Ustaz Azhar, boleh atau tidak saya bawa ‘awek’ saya naik motor, Ustaz (Azhar) jawab boleh, tetapi ayah ‘awek’ awak kena duduk di tengah-tengah.

“Ini strategi Ustaz (Azhar) sebab dia tahu bahawa anak muda tidak mahu mendengar perkataan ‘tidak boleh’, maka dia bagi jawapan yang anak muda hendak dengar tetapi diselitkan syarat di sebalik ‘boleh’ itu,” kata Sallehen.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Simposium Pendakwah Muslimah yang diadakan di Dewan Auditorium Jubli Perak di SUK pagi tadi.

5 (2)Selain itu, Sallehen turut menggesa agar para pendakwah memanfaatkan kecanggihan teknologi dan aplikasi terkini untuk menyampaikan maklumat atau ilmu dakwah dengan lebih menyeluruh dan meluas.

“Kita kena pandai posisikan diri dan jangan biar diri kita tertinggal dengan arus kemodenan teknologi yang saban hari muncul kerana kita tidak boleh tahan kecanggihan maklumat ini dari terus berkembang.

“Maka, lebih banyak unsur negatif yang boleh tersebar, lebih banyak juga usaha kita perlu lakukan untuk membendung perkara ini,” kata Sallehen.

-EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri Kaji Bangunkan Hab Halal di Pulau Indah

daroyah

SEMENYIH, 7 JULAI: Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk membangunkan hab halal di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, Dr Daroyah Alwi, cadangan tersebut dibuat berdasarkan kedudukan strategik Pulau Indah yang berhampiran Pelabuhan Klang akan memberi kelebihan untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

“Kita harap dalam masa lima tahun ini kita dapat realisasikan hab halal ini sebab saya kira ia sangat penting dan sampai masanya untuk Selangor laksanakannya.

“Hab halal ini mempunyai permintaan yang tinggi samada di dalam negara mahupun di peringkat dunia walaupun negara bukan Islam, mereka juga pentingkan produk halal,” kata beliau selepas majlis penyerahan permit dan lesen peniaga Bazar Ramadan kepada 70 peniaga berhadapan Tesco Taman Pelangi di sini.

Dalam majlis sama Dr Daroyah turut menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan kepada 15 ibu tunggal dari kawasan terbabit.

Sebelum ini, Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dalam persidangan Dewan Negeri Selangor berkata, sudah tiba masanya Selangor menjadi juara dalam industri halal di negara ini.

Menurut Sallehen pada masa ini sebanyak 40 peratus daripada permohonan sijil halal di Malaysia dikeluarkan di Selangor.