Categories
NASIONAL

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

azrul_bimbPenganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.

“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.

“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.

Gst biasaBeliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.

-EZY

 

Categories
NASIONAL

Anwar : Kukuh pendapatan rakyat dahulu sebelum laksana GST

gst2

KUALA LUMPUR 30 OKT : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat agar mengukuhkan pendapatan rakyat dan memastikan infrastruktur percukaian yang baik sebelum dilaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pembangkang itu berkata, ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, idea berkaitan pelaksanaan GST pernah diutarakan namun ia tidak dilaksanakan.

“Saya menyokong kajian GST , itu langkah dan sistem percukaian yang efisien, namun kita perlu melihat pendapatan rakyat.

“Pendapatan rakyat perlu ditingkatkan dan infrastuktur percukaian perlu baik sebelum melaksanakannya,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa Ucaptama Forum mengenai GST di Parlimen, di sini yang turut dihadiri panelis Dr Lim Kim-Hwa (Penang Institute) dan Azrul Azwar (Institut Rakyat) yang dipengerusikan oleh Ooi Heng (KPRU).

Anwar berkata, sebelum pelaksanaan GST kerajaan juga perlu menghapuskan sistem monopoli yang berlaku di negara ini kerana ia akan menyebabkan harga barangan meningkat.

“Monopoli itu perlu dihentikan juga. Ia menyebabkan harga barang naik,” katanya.

-EZY

 

Peruntukan tambahan uja risiko tiris, pembaziran

azrul_bimbSHAH ALAM, 24 SEPT: Institut Rakyat (IR) mempersoalkan peruntukan tambahan yang tinggi kepada kementerian-kementerian seperti yang diumum dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan semalam.

Pengarah Eksekutif IR, Azrul Azwar berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja menerima sehingga RM126,665,400 peruntukan tambahan.

Menurut beliau, pembayaran ‘one-off’ seperti peruntukan tambahan ini selain mengundang risiko ketirisan, ia juga mengundang pembaziran seperti yang kerap dilaporkan media sebelum ini.

IR juga mempersoalkan pembayaran seperti ini memanfaatkan rakyat atau golongan tertentu.

“Ini agak janggal dan membimbangkan sebab kalau kita tengok, terlalu banyak ‘one-off’ tetapi siapa yang mendapat manfaatnya?” soal beliau.

Menurut Azrul lagi, perkembangan ini semakin membimbangkan kerana menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus perbelanjaan dengan cekap.

“Pada 2012, kerajaan gagal mencapai sasaran 4.5 peratus nisbah defisit kepada KDNK. Sebaliknya, ia meningkat kepada 4.9 peratus selepas mengambil kira semua bil-bil tambahan berjumlah RM28.5 bilion iaitu RM28 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM500 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan tambahan 2013 ini mungkin menyebabkan nisbah hutang kepada KDNK awam melepasi had 55 peratus daripada 45 peratus pada Julai 2009 dan 40 peratus pada April 2008 dan menjelang akhir tahun ini akan mencecah 53.3 peratus pada akhir 2012, satu rekod baru antara yang tertinggi di Asia Tenggara,” ujar Azrul lagi.