Categories
KENYATAAN MEDIA

Karyawan bantah tindakan Israel dan AS isu Baitul Maqdis

Persatuan Karyawan Malaysia menyuarakan solidariti bersama rakyat Palestin dan seluruh masyarakat dunia yang cintakan keamanan untuk menentang keras tindakan terkini Kerajaan haram Zionis, yang telah mewartakan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang baru.

“Tindakan ini adalah satu provokasi dan konspirasi yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan konflik yang lebih besar, sekaligus menghapuskan terus usaha-usaha kearah keamanan”. Ujar presiden Karyawan, Dato Freddie Fernandez.

Kami sebagai sebuah organisasi yang mewakili masyarakat seni amat terkesan menerima berita ini dan juga tidak bersetuju dengan tindakan White House yang menyokong perpindahan dari Tel Aviv ke Jurusalem yang merupakan kota kepada semua agama Wahyu dunia ini.

Karyawan juga bercadang untuk mengadakan sesuatu didalam menyuarakan bantahan ini dalam masa terdekat sama ada melalui petisyen mahupun himpunan yang sesuai dikalangan para penggiat seni , dengan objektif untuk membuka mata dan memberi kesedaran kepada umum tentang perkara ini. “

“Kami tahu himpunan atau bantahan mungkin tidak mampu merubah perkara-perkara sebesar ini, namun ianya boleh memupuk dan mendidik masyarakat terhadap isu-isu global sebegini agar lebih sensetif dan sentiasa menghargai kedamaian”.

“Dan semestinya kami para penggiat seni adalah tergolong sebagai orang yang amat menyokong penyatuan dan keharmonian serta melihat isu Palestin melangkaui batas agama, sebaliknya ianya adalah caturan politik kuasa-kuasa besar yang mempunyai misinya yang tersendiri, sekaligus menjadikan dunia ini makin kacau bilau”, ujar beliau mengakhiri perbualan.

Beberapa Negara-negara besar seperti Kanada, Australia juga membantah tindakan Israel ini. Malah Pope Francis. Ketua geraja Roman Katolik juga turut menyatakan kebimbangan situasi terkini ini.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tindakan AS provokasi semarak krisis dunia

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR membantah sekeras-kerasnya pendirian Kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Presiden Donald Trump yang telah mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara rejim Israel.

Tindakan Amerika Syarikat ini ternyata menjadi suatu provokasi yang disengajakan yang menyentuh hak dan sensitiviti rakyat Palestin dalam membebaskan bumi mereka dan menjadikan bumi tersebut sebaga negara mereka sendiri.

Kita bimbang, provokasi ini juga akan menjadi satu faktor baru merebaknya ekstrimisme yang sukar di kawal. Akhirnya, ketegangan dan konflik di Timur Tengah akan berterusan dan berpanjangan tanpa kesudahan.

Keberanian luar biasa Donald Trump memberi pengiktirafan Baitulmuaddis sebagai ibu negara Israel secara tiba-tiba sekarang ini, adalah manifestasi kepada kelemahan dan perpecahan pimpinan politik umat Islam sejagat pada masa ini, khususnya pimpinan negara-negara Arab.

Adalah amat jelas secara psikologinya bahawa, musuh-musuh umat Islam telahpun berjaya menjadikan pimpinan politik negara-negara Islam dilihat semakin hilang izzah dan keyakinan diri, tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri dan terlalu berharap kepada ihsan dan lindungan kuasa-kuasa Barat.

Gejala mentaliti terjajah, kehilangan izzah dan yakin diri ini, wajiblah dirawat dan dibanteras.

Seluruh gerakan massa umat hendaklah bangkit serentak menimbulkan kesedaran dan memperjuangkan DUA agenda perdana umat:

Pertama mengembalikan perpaduan umat Islam merentasi sempadan politik dan perbezaan fikrah dan mazhab;

Keduanya, kembali menjadikan Pertubuhan Persidangan Islam sebagai wahana pertemuan dan muafakat bagi semua umat Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah dan konflik yang dihadapi oleh umat Islam dari semasa ke masa.

Sehubungan dengan hal ini, BiPPA menyokong pendiran tegas Presiden Turkey Racep Tayyib Endorgan yang menentang pendirian Presiden Donald Trump tersebut.

BiPPA juga amat mengharapkan agar inisiatif Turki yang proaktif memimpin pakatan baru negara-negara Islam dengan menganjurkan Mesyuarat Khas OIC 12 dan 13 Disember 2017 di Istanbul, berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan tujuannya.

 

OLEH: Senator Dr Mohd Nor Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) PKR

Categories
GLOBAL

OIC: Baitul Maqdis milik umat Islam

GLOBAL 6 DIS: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyelar sebarang cubaan atau usaha untuk mengubah sejarah dan status Baitulmaqdis ketika ini.

Ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Perwakilan Tetap pertubuhan tersebut di sini semalam, lapor Arab News.

Dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, OIC sekali lagi menegaskan bahawa Palestin khususnya Baitulmaqdis adalah milik umat Islam.

Pada masa yang sama, OIC juga mengesahkan identiti Arab dan Islam di Baitulmaqdis Timur yang dikuasai Palestin serta mengutuk sebarang pencerobohan untuk mengubah status, demografi serta identiti kota suci itu.

“Umat Islam dan OIC tidak akan mene­ima sebarang tindakan permusuhan yang boleh mengganggu gugat status Baitulmaqdis dan kami (OIC) akan memastikan resolusi mengenai perkara ini disegerakan,” jelas OIC dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi menganggap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan status bandar itu secara tidak langsung akan merencatkan proses damai antara Israel dan Palestin selain meningkatkan ketegangan sedia ada.

“Polisi kami masih kekal iaitu menyokong penduduk Palestin dan pentadbiran AS telah sedia maklum mengenai perkara ini,” kata Duta Arab Saudi ke AS, Putera Khalid Salman dalam satu kenyataan.

Bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pula, pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel umpama ‘menempah maut’.

=EZY=

 

Categories
GLOBAL

Arab Saudi, Jordan, Maghribi bantah hasrat Trump jadikan Baitul Maqdis ibu negara Israel

RIYADH 6 DIS: Raja Salman dari Arab Saudi, semalam memberi amaran tindakan Presiden Donald Trump memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat di Israel ke Baitulmaqdis adalah ‘langkah bahaya’ yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (ke Baitulmaqdis) adalah langkah bahaya yang akan memprovokasi perasaan umat Islam seluruh dunia,” lapor Al-Ekhbariya TV memetik Raja Salman sebagai memberitahu Trump dalam panggilan telefon.

Trump memaklumkan Presiden Mahmud Abbas mengenai hasratnya memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengumuman itu mencetuskan kritikan daripada pemimpin Arab.

Sementara itu di Amman, nada sama dilontarkan Raja Abdullah dari Jordan yang menyifatkan langkah itu memberi kesan bahaya kepada kestabilan rantau itu.

Trump menyatakan hasrat meneruskan keputusan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis dalam panggilan telefon kepada Raja Abdullah, kata kenyataan istana.

Raja Abdullah dipetik sebagai membalas sebarang keputusan seumpama itu bahaya kepada kestabilan dan keselamatan rantau berkenaan serta menghalang usaha AS menyambung semula rundingan damai Arab – Israel.

Turut menyatakan bantahan terhadap tindakan Trump itu adalah Raja Mohammed VI dari Maghribi.

Dalam surat terbuka kepada Trump, Raja Mohammed meluahkan ‘kebimbangan mendalam’ dan ‘kebimbangan dirasakan negara Arab dan Islam dan penganutnya’ berhubung langkah mengiktiraf bandar raya itu sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke situ.

SUMBER: AFP/Reuters

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Turki beri amaran terhadap AS & Israel mahu jadi Baitul Maqdis ibu negara

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 6 DIS: Kerajaan Turki memberi amaran terhadap pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu sedia mengambil tindakan tegas serta menamatkan hubungan diplomatik Israel jika AS mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara rejim Zionis.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mahu mengadakan sidang tergempar negara Islam di Istanbul dalam masa terdekat jika Presiden AS Donald Trump mengubah dasar negara itu berhubung status Baitul Maqdis.

“… Trump, Baitul Maqdis adalah garis merah bagi umat Islam,” kata Recep Tayyip Erdogan semasa mesyuarat kumpulan Parlimen PartikKeadilan dan Pembangunan (AK), semalam.

Media AS sebelum ini melaporkan Trump sedia memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis dan mengiktirah kota suci itu sebagai ibu negara rejim Zionis Israel.

Sementara itu kumpulan pejuang pembebasan Palestin menyeru agar ‘Hari Kemarahan’ dilancarkan pada Rabu membantah tindakan itu.

Antara yang berkumpul mengadakan mesyuarat pada Selasa termasuk kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Mereka menyeru agar demonstrasi diadakan di negara Arab dan kota utama negara Islam sebagai tanda protes terhadap keputusan AS, termasuk hasrat Presiden Donald Trump memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Menurut Ketua Barisan Demokratik Pembebasan Palestin Talal Abu Zarefa, negara Islam sepatutnya memainkan peranan dalam isu ini.

=EZY=

 

 

Categories
GLOBAL

Dunia Islam perlu bersatu pertahankan Baitulmaqdis – Erdogan

ANKARA 22 OGOS: Semua negara Islam perlu memperlihatkan kebersamaan dan kesatuan yang erat untuk melindungi Baitulmaqdis, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sebelum berlepas untuk mengadakan lawatan rasmi ke Jordan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Erdogan yang selama ini berulang kali menyatakan sokongan terhadap kebebasan di Masjid Al-Aqsa, berpendapat adalah penting untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing sebagaimana Jordan yang menjadi penjaga masjid suci berkenaan.

“Pastinya kita tidak mahu mengalami lagi pelanggaran hak dan serangan di Baitulmaqdis jadi dunia Islam harus bersatu padu,” katanya.

Jordan adalah penjaga Masjid Al Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, tapak itu juga dianggap kota suci kepada penganut Kristian.

ErdoganBulan lepas, Israel mengenakan langkah keselamatan baharu di Al-Aqsa susulan pembunuhan dua pegawai polis Yahudi.

Langkah keselamatan termasuk alat pengesan logam dan kamera pengawasan yang menimbulkan kemarahan rakyat Palestin serta mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel.

Tindakan Israel itu juga menerima kecaman hebat masyarakat antarabangsa.

SUMBER: BERNAMA