Categories
NASIONAL

MTUC: Bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh tak masuk akal

SHAH ALAM, 27 JUN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini tidak masuk akal.

Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abd Hamid, berkata jumlah yang ingin dibawa masuk itu terlalu besar, bahkan pekerja asing berdaftar mencecah 2.1 juta, pada tahun lalu.

abdullah saniKatanya, jumlah yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta dan kenyataan Kementerian Sumber Manusia sebelum ini turut mendedahkan pekerja asing di Malaysia dianggarkan lebih 6.7 juta.

“Jika dasar ini dilaksanakan, maka jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, di sektor mana pekerja asing itu bakal ditempatkan dan menggesa menteri yang terlibat membawa perkara berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan selain menjelaskannya terlebih dahulu.

warga asing -sosial“Kerajaan perlu menggariskan dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan memberi insentif menaik taraf peralatan juga pendidikan semula pekerja. Bukan dengan penyelesaian jangka masa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing,” katanya.

Pada 25 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan membabitkan pelbagai sektor.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian itu tidak lama lagi.

Lima penerbangan sehari bawa masuk Bangla ke Malaysia sejak Mac

bangla sivarasaPETALING JAYA, 30 OGOS – Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa hari ini mendedahkan pembabitan beberapa pihak dalam membawa masuk warga Bangladesh ke Malaysia sejak Mac lalu.

Beliau mendakwa, Syarikat Union Tours & Travel Limited (UTT), ejen jualan lantikan MAS beroperasi di Bangladesh disyaki bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka Bangladesh dan Jabatan Imigresen Malaysia di KLIA.

Katanya, lima penerbangan terus dari Dhaka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dibuat menggunakan dua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan masing-masing satu dari Biman Bangladesh Airlines, Regent Airways dan United Airways.

“Pesawat itu membawa hampir 1,000 penumpang menggunakan dokumen visa pelancong palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

“Jika dibuat terus kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, bayarannya hanya 500 Taka (RM20) dan caj perkhidmatan dibenarkan sehingga 1000 Taka (RM40).

“Bayaran secara terus ini amalan rasuah untuk melicinkan proses daftar masuk di Dhaka. Majoriti mereka boleh disahkan sama ada pelancong tulen jika dibuat pemeriksaan berkesan oleh Imigresen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai isu jenayah pemerdagangan itu di ibu pejabat PKR, hari ini yang turut dihadiri bekas Pegawai Kanan MAS, Mohamad Tahir Fazal Mohd.

Sivarasa mendesak tindakan tegas bagi mengekang kemasukan secara haram ribuan rakyat asing itu, malah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut dilampir ialah beberapa nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang diberi visa pelancong melalui UTT secara haram.

– FZL