Categories
EKONOMI

Rizab BNM 31 Mac RM422.2 bilion

KUALA LUMPUR 8 APRIL: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$95.4 bilion (bersamaan RM422.2 bilion), pada 31 Mac 2017.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” menurut BNM dalam kenyataan.

Rizab antarabangsa BNM pada 15 Mac lalu berjumlah AS$94.9 bilion (RM425.5 bilion).

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$88.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AUS$3.3 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM422.156 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM5.966 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.417 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.808 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM10.225 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM147.369 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.452 bilion), deposit oleh institusi persekutuan (RM176.109 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.318 bilion), deposit lain (RM520.784 juta), kertas Bank Negara (RM9.488 bilion), peruntukan SDR (RM8.077 bilion) dan liabiliti lain (RM4.25 bilion).
=EZY=

Categories
EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM RM425.5 bilion

KUALA LUMPUR 22 MAC: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 Mac lalu berjumlah AS$94.9 bilion (RM425.5 bilion).

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$88.3 bilion), paras rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.3 bilion).

Aset bank pusat termasuklah emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk Hak Pengeluaran Khas (RM425.537 bilion), kertas-kertas kerajaan Malaysia (RM5.041 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.154 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.810 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM8.727 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab-rizab (RM145.448 bilion), mata wang dalam edaran (RM98.558 bilion), deposit oleh institusi persekutuan (RM176.323 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM5.610 bilion), deposit lain-lain (RM492.822 juta), kertas Bank Negara (RM9.477 bilion), peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM8.118 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM6.255 bilion).

=EZY=

Categories
EKONOMI

BNM tambah baik peraturan tukaran hasil eksport

SHAH ALAM 9 FEB: Perubahan dalam peraturan tukaran asing yang berkuat kuasa mulai 6 Februari 2017, bukanlah satu sekatan, tetapi adalah penambahbaikan ke atas pengaturan operasi sedia ada antara bank domestik dan Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dalam satu kenyataan berkata bank domestik sentiasa bebas untuk berdagang dalam mana-mana jumlah di pasaran tukaran asing antara bank domestik.

“Pengaturan operasi yang diberi penambahbaikan itu berkait kepada peraturan tukaran hasil eksport,” katanya.

BNM memaklumkan perubahan itu tidak bermakna sekatan dilonggarkan seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, namun ia adalah penambahbaikan terhadap pengaturan kendalian sedia ada antara bank tempatan dengan BNM.

Akhbar itu melaporkan BNM melonggarkan beberapa sekatan dalam pasaran pertukaran asing untuk membenarkan beberapa dagangan transaksi dolar Amerika Syarikat/ringgit antara bank-bank domestik.

BNM berkata, bagi memudahkan keperluan perbankan perniagaan, bank domestik kini boleh menggunakan tukaran daripada wang hasil eksport bernilai kurang daripada AS$1 juta bagi setiap transaksi bagi memenuhi keperluan tukaran asing pelanggan mereka tanpa merujuk kepada BNM.

Ini membolehkan bank domestik dapat mengurus dengan lebih baik operasi tukaran pada hari itu tanpa berkompromi matlamat keseluruhan langkah diumumkan pada 2 Disember 2016.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Rizab BNM berjumlah USD95.0 bilion berakhir 31 Jan 2017

SHAH ALAM 7 FEB: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD95.0 bilion (RM426.0 bilion), setakat 31 Januari 2017.

Menurut BNM, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import dan 1.3 kali hutang luaran jangka pendek.

Rizab BNM pada 30 Disember 2016 adalah berjumlah USD94.6 bilion (bersamaan dengan RM424.2 bilion) berbanding dengan USD95.3 bilion (bersamaan dengan RM409.1 bilion) pada akhir tahun 2015.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

BNM: Rizab antarabangsa turun kepada AS$94.6 bilion

SHAH ALAM 7 JAN: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan rizab antarabangsa setakat 30 Disember 2016 pada paras AS$94.6 bilion (RM423.10 bilion), lebih rendah berbanding AS$96.4 bilion (RM431.15 bilion) pada 15 Disember.

Menurut BNM dalam satu kenyataan semalam, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, paras rizab itu mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing, dan terus disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing.

“Bagaimanapun, ini diimbangi oleh pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin,” kata BNM.

Rizab Malaysia turun ke paras rendah lapan bulan pada akhir bulan November, ketika BNM mengenakan langkah untuk meningkatkan kecairan dan menggalakkan dagangan ringgit dalam negeri.

Ia dalam usaha untuk mengekang kejatuhan matawang terhadap dolar AS yang semakin meningkat.

Pada 2016, ringgit merosot kira-kira 4.3 peratus berbanding dolar AS.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

BNM mulakan tindakan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan

OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Lanjutan kepada siaran akhbar Bank Negara Malaysia bertarikh 13 November 2016, Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan semua institusi kewangan untuk mematuhi obligasi pelaporan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, khususnya keperluan untuk segera memaklumkan apa-apa penemuan yang penting kepada Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia telah memulakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 terhadap sebuah institusi kewangan kerana gagal memaklumkan Bank Negara Malaysia dengan segera mengenai dapatan audit yang signifikan berhubung dengan salah laku peniaganya, yang melibatkan penetapan kadar pertukaran USD/MYR.

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat komunikasi dengan pedagang daripada institusi kewangan asing lain termasuk rujukan yang tidak sewajarnya terhadap proses penghantaran penetapan kadar.

Berhubung dengan hal ini, Bank Negara Malaysia telah memulakan proses wajar (due process) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bank Negara Malaysia mengambil serius akan pelanggaran pelaporan seperti ini, terutamanya penglibatan institusi kewangan dalam pasaran NDF ringgit luar pesisir atau apa-apa aktiviti yang berkaitan ke arah manipulasi pasaran.

Bank Negara Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap mana-mana institusi kewangan lain yang melanggar peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Tindakan penguatkuasaan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis, memberi amaran awam dan mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis untuk megurangkan atau menyelesaikan pelanggaran terhadap peruntukan tersebut.

Categories
EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM terkini RM399.7 bilion

SHAH ALAM 24 DIS: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM399.7 bilion (bersamaan dengan USD96.4 bilion) pada 15 Disember 2016.

BNM dalam kenyataan berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Pada 30 November rizab antarabangsa BNM berjumlah RM399.6 bilion (bersamaan dengan USD96.4 bilion).

Manakala rizab antarabangsa BNM pada 31 Oktober lalu berjumlah RM405.5 bilion (bersamaan dengan USD97.8 bilion).

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Gantikan kad ATM untuk transaksi pembayaran lebih selamat

KUALA LUMPUR 20 DIS: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan laporan pemegang kad ATM dikenakan bayaran dan tidak boleh menggunakan kad berkenaan untuk pengeluaran wang tunai jika ia tiak digantikan dengan kad baharu berasaskan PIN.

Berikut adalah kenyataan media dikeluarkan Bank Negara Malaysia:

Baru-baru ini terdapat laporan media dan paparan di media sosial bahawa pemegang kad akan dikenakan fi dan tidak boleh menggunakan kad ATM mereka untuk membuat pengeluaran wang tunai sekiranya mereka tidak menggantikan kad mereka dengan kad baharu yang berasaskan PIN.

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa ini adalah tidak benar.

Penggantian kad pembayaran berasaskan tandatangan sedia ada dengan kad baharu berasaskan PIN merupakan inisiatif industri yang bertujuan meningkatkan keselamatan penggunaan kad pembayaran di terminal semasa jualan (point-of-sale, POS) di cawangan perniagaan.

Bank Negara Malaysia juga ingin mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa inisiatif semasa perpindahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi di terminal POS adalah bagi meningkatkan keselamatan dan melindungi kepentingan pemegang kad.

Oleh itu, orang ramai tidak harus menangguhkan penggantian kad mereka.

Orang ramai boleh menggantikan kad ATM dan kad debit mereka di bank masing-masing secara percuma. Kad ATM di Malaysia yang juga dapat digunakan sebagai kad debit membenarkan pemegang kad membuat bayaran di terminal POS.

Orang ramai yang belum menggantikan kad ATM mereka boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada untuk membuat pengeluaran wang tunai di ATM.

Berhubung dengan penggunaan kad ATM sebagai kad debit untuk transaksi pembelian di terminal POS, bank-bank dikehendaki memberikan notis yang sewajarnya dan tempoh masa yang mencukupi kepada pemegang kad untuk menggantikan kad sebelum mengambil langkah tidak menerima kad sedia ada untuk transaksi seperti itu.

Bank-bank telah secara beransur-ansur menggantikan kad berasaskan tandatangan pelanggan mereka dengan kad berasaskan PIN dan menyasarkan pelaksanaannya selesai menjelang 1 Januari 2017.

Ini akan memberi pemegang kad tempoh selama enam bulan untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan kad berasaskan PIN di terminal POS peniaga.

Berkuat kuasa 1 Julai 2017, semua transaksi kad pembayaran yang dibuat menggunakan kad pembayaran yang dikeluarkan di dalam negeri di terminal POS di Malaysia hanya boleh diselesaikan secara memasukkan PIN. Pengesahan tandatangan tidak lagi akan digunakan.

Maklumat lanjut mengenai perpindahan kepada kad berasaskan PIN boleh didapati melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=472&lang=en . Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia melalui saluran berikut:

BNMLINK, Blok D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
BNMTELELINK
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: [email protected]
SMS: 15888

Categories
NASIONAL

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM391.9 bilion berakhir 30 Ogos

KUALA LUMPUR 6 SEPT: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion (AS$97.5 bilion) pada 30 Ogos 2016.

BNM dalam kenyataan media menyatakan paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan adalah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab antarabangsa BNM  pada 29 Januari 2016 berjumlah RM410.1 bilion (bersamaan dengan USD95.5 bilion).

Hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$89.7 bilion); kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$0.8 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion); emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.4 bilion).

Jumlah asetnya berada pada RM412.262 bilion.

Aset bank pusat itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain seperti SDR (RM391.922 bilion); kertas kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM2.685 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.558 bilion); tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM6.338 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM110.174 bilion); mata wang dalam edaran (RM91.058 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM157.265 bilion); deposit oleh kerajaan persekutuan (RM19.261 bilion); deposit lain (RM1.175 bilion); kertas Bank Negara (RM13.648 bilion); peruntukan SDR (RM7.521 bilion) serta liabiliti lain (RM12.055 bilion).

EZY

Categories
NASIONAL

Calon Gabenor BNM mesti bebas pengaruh politik

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 APR: Calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baru bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhar Aziz yang bakal menamatkan perkhimatan penghujung April ini mestilah bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob, berkata kriteria utama itu penting untuk diberikan penilaian supaya individu dilantik boleh memimpin Bank Negara secara bebas demi kesejahteraan ekonomi negara.

Dr Rosli Yaakop“Kalau kita lihat, Gabenor Bank Negara sebelum ini tidak terikat dengan parti politik. Bermakna dia bukan orang politik, orang yang tiada jawatan politik dan dia adalah individu bebas.

“Jadi itu adalah ciri utama yang perlu dijadikan panduan untuk memilih Gabenor Bank Negara. Di samping berkelayakan, beliau boleh bertindak secara bebas daripada pengaruh politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika diminta mengulas berkenaan kriteria calon Gabenor Bank Negara baru.

Selain itu, calon Gabenor juga perlu mempunyai kaliber dan reputasi baik terutama di peringkat antarabangsa kerana beliau akan berurusan dengan pelbagai agensi kewangan dalam sektor ekonomi dunia.

Ketika ditanya berkenaan calon terkini yang sesuai bagi menggantikan Dr Zeti, beliau secara peribadi berpandangan posisi itu wajar diberikan kepada ‘orang dalam’ kerana mereka lebih mahir selok-belok perjalanan BNM masa kini.

Tan Sri Dr Zeti Akhar Aziz adalah Gabenor BNM ketujuh dan wanita pertama dipilih menduduki jawatan itu sejak 1 Mei 2000.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pilihan Bank Negara wajib dihormati

OLEH : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Kerajaan diingatkan melantik Gabenor Bank Negara yang baru mengikut apa yang disaran oleh BNM.

Semestinya BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tahu siapa yang lebih layak menggantikannya dari segi kelayakan, kepintaran, kebolehan dan terutamanya mereka yang bebas politik dan berani menentang gangguan politik ke atas BNM.

Lebih-lebih lagi, kejayaan yang dicapai BNM oleh Tan Sri Zeti dengan pengiktirafan pelbagai pihak sangat perlu dikekalkan, apa lagi dalam suasana negara berhadapan dengan pelbagai kemelut ekonomi serantau.

Bank-Negara-MalaysiaKepakaran dalam menerajui kegawatan ekonomi semasa dan masa depan negara khasnya memerlukan kepakaran mengatasi tuntutan politik kepartian.

Demi kebaikan negara dan BNM, PAS memohon BNM dan kerajaan mendedahkan kepada umum nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal ini.

PAS tidak mahu insiden berulang di mana Peguam Negara mengumumkan tiada pendakwaan terhadap PM, manakala SPRM membayangkan adanya cukup bukti.

Jika ini berlaku, ia bermaksud urusan BNM telah dicampuri politik dalam perlantikan gabenor yang baru, dan ini bakal menjejaskan lagi keyakinan rakyat dan luar negara terhadap Malaysia.

PAS menegaskan bahawa mereka yang terlibat dengan politik dan pernah berkhidmat dengan kabinet di bawah Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dilantik menjadi Gabenor BNM yang baru kerana ia akan menjejaskan integriti dan nama baik BNM.

Jaminan PM bahawa BNM akan bebas dari campurtangan ahli politik masih dinanti-nanti oleh rakyat. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan.

* Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

Categories
NASIONAL

Demi integriti lantik Gabenor BNM baru bebas politik

SHAH ALAM 29 FEB: Calon menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara (BNM) perlu bebas politik dan tidak pernah melibatkan diri dalam kabinet dan parti politik untuk menjaga imej dan integriti BNM.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata BNM adalah institusi yang masih dipercayai rakyat, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Bank-Negara-MalaysiaKatanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke Amerika, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang diura-urakan menjadi calon potensi menggantikan Zeti adalah tidak sesuai.

“Gabenor BNM baru mestilah berani dan tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Zeti untuk melakukan perkara betul apabila berdepan isu seperti 1MDB dan ekonomi mencabar,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, PAS bersetuju kenyataan Zeti bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas  pengaruh politik bukan sekadar peringatan – malah ia amaran kepada kerajaan untuk melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM.

“Sehingga kini, PM masih tidak memberikan sebarang petanda beliau bersetuju dengan Zeti dalam perkara ini.

“Rakyat menanti jaminan PM bahawa BNM bebas daripada campur tangan ahli politik. Jaminan ini penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dipertahankan,” katanya.

EZY