Categories
NASIONAL

Gabenor BNM serah surat peletakan jawatan hari ini

PUTRAJAYA 6 JUN: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau hari ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan belum memutuskan pengganti beliau kerana penggantian perlu mendapatkan kelulusan daripada Yang Di-pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Kita tidak akan umumkannya hari ini,” kata Dr. Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor kelapan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Jakarta tentukan Gabenor 19 April

SHAH ALAM, 17 APR: Pusingan kedua pilihan raya Ketua Daerah bagi memilih Gabenor Jakarta dilihat bakal mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama, pada 19 April ini.

Reuters melaporkan, Perlumbaan kian sengit antara penyandang Gabenor Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama iaitu penganut Kristian keturunan Cina menghampiri jumlah undian yang diperoleh bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.

Ketika ini, Ahok sedang dibicara atas tuduhan menghina agama berpunca daripada kempen besar-besaran yang diketuai penyokong tegar Islam dan dakwaan komplot menggulingkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

AHOKPilihan raya Jakarta itu dianggap pilihan utama menjelang pilihan raya presiden 2019 antara kumpulan yang mengamalkan dasar sekular pasca Perang Dunia Kedua dan kumpulan fanatik Islam yang semakin kuat, kebelakangan ini.

Penganalisis politik dan penasihat bekas Presiden Abdurrahman Wahid, Wimar Witoelar berkata, undian itu adalah ujian kes buat masyarakat majmuk Indonesia jika dapat bertahan daripada tekanan kumpulan agama dan penyokong populis.

“Indonesia berada di persimpangan, saya maksudkan Indonesia bukan hanya Jakarta,” katanya lapor MalaysiaKini.

Tinjauan firma Indikator menunjukkan, Anies mendahului sokongan undian dengan 48.2 peratus diikuti Ahok 47.4 peratus, manakala 4.4 peratus berkecuali.

Ahli perniagaan bimbang tentangan ganas daripada pihak yang kalah dalam pilihan raya, sekali gus menjejaskan persekitaran pelaburan selain membahayakan pembaharuan ekonomi mantap yang diperkenalkan Jokowi.

Ahok yang menggantikan Jokowi pada 2014 sebagai gabenor ibu kota itu selepas berkhidmat sebagai timbalannya yang menyaksikan popularitinya meningkat ketika menangani pembangunan uzur, masalah banjir kronik dan rasuah endemik di bandar penuh sesak dihuni lebih 10 juta penduduk.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Skandal 1MDB cabaran besar Gabenor Bank Negara baru

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 APR: Penyelesaian mutlak skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan imej negara bakal menjadi cabaran utama buat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob, berpandangan pihak yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa unsur pilih kasih dan berlandaskan undang-undang.

rosli“Dalam menangani isu 1MDB, beliau akan mengahadapi cabaran besar terutama melibatkan nama baik negara dan Perdana Menteri.

“Hasilnya perlu positif demi nama negara, kedudukan ekonomi dan kepimpinan Malaysia, bahkan beliau perlu menanganinya secara berhikmah serta kebijaksanaan.

“Maknanya, yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika ada penyelewengan, kita bawa pihak yang terlibat. Dalam menyelesaikan masalah 1MDB, ia perlu diselesaikan dalam konteks undang-undang negara dan sebarang penyelesaian diambil perlu membawa kebaikan kepada negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menyampaikan sekalung tahniah kepada Muhammad yang bakal menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang akan mengakhiri perkhidmatannya penghujung April ini, selepas berkhidmat hampir 16 tahun.

Katanya, Muhammad turut bakal berdepan cabaran lain terutama bagi memastikan sistem kewangan negara terus stabil dan menyokong dasar pertumbuhan ekonomi.

13094360_1094385287249937_678509992806489506_n“Dalam suasana ekonomi kurang baik, kedudukan ringgit kurang stabil, isu hutang negara yang semakin meningkat dan paling penting skandal 1MDB adalah antara cabaran harus ditangani dengan cermat supaya hasilnya menjadi positif.

“Kita mengharapkan sebagai gabenor baru, beliau ada ketegasan mempertahankan kebebasan Bank Negara supaya tindakan yang diambil demi kepentingan negara bukan untuk kepentingan politikpihak tertentu,” katanya.

Pelantikan Muhammad yang juga Timbalan Gabenor diumumkan semalam dan mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong.

Muhammad bakal menjadi Gabenor ke-8 berkuatkuasa 1 Mei ini bagi tempoh lima tahun berkelulusan Sarjana dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Calon Gabenor BNM mesti bebas pengaruh politik

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 APR: Calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baru bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhar Aziz yang bakal menamatkan perkhimatan penghujung April ini mestilah bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob, berkata kriteria utama itu penting untuk diberikan penilaian supaya individu dilantik boleh memimpin Bank Negara secara bebas demi kesejahteraan ekonomi negara.

Dr Rosli Yaakop“Kalau kita lihat, Gabenor Bank Negara sebelum ini tidak terikat dengan parti politik. Bermakna dia bukan orang politik, orang yang tiada jawatan politik dan dia adalah individu bebas.

“Jadi itu adalah ciri utama yang perlu dijadikan panduan untuk memilih Gabenor Bank Negara. Di samping berkelayakan, beliau boleh bertindak secara bebas daripada pengaruh politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika diminta mengulas berkenaan kriteria calon Gabenor Bank Negara baru.

Selain itu, calon Gabenor juga perlu mempunyai kaliber dan reputasi baik terutama di peringkat antarabangsa kerana beliau akan berurusan dengan pelbagai agensi kewangan dalam sektor ekonomi dunia.

Ketika ditanya berkenaan calon terkini yang sesuai bagi menggantikan Dr Zeti, beliau secara peribadi berpandangan posisi itu wajar diberikan kepada ‘orang dalam’ kerana mereka lebih mahir selok-belok perjalanan BNM masa kini.

Tan Sri Dr Zeti Akhar Aziz adalah Gabenor BNM ketujuh dan wanita pertama dipilih menduduki jawatan itu sejak 1 Mei 2000.

-AA-