Categories
SUKANKINI

Griezmann bakal tinggalkan Atletico Madrid

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MEI: Penyerang Perancis, Antoine Griezmann dilaporkan bakal meninggalkan Atletico Madrid dan Barcelona dikhabarkan bakal menjadi destinasi terbaru pada musim hadapan.

Pemain berusia 28 tahun itu memaklumkan hasratnya kepada umum menerusi sebuah video yang dimuatnaik menerusi Twitter rasmi kelab @Atleti.

Barcelona dilihat bersedia membayar klausa penebusan kontrak berjumlah €125M untuk membawa penyerang itu ke Nou Camp.

Griezmann sebelum ini menyarung jersi Real Sociedad sebelum menyertai Atletico pada 2014. Beliau merupakan antara pemain membarisi skuad France ketika menjulang Piala Dunia 2018

Sepanjang bersama Atletico, beliau pernah menjulang kejuaraan La Liga, Piala Europa dan UEFA Super Cup.

Kredit Foto:talkSPORT

Categories
GLOBAL SUKANKINI

UCL: Messi tunjukkan United jalan keluar

OLEH AFIX REDZUAN

BARCELONA, 17 APR: Kebangkitan diharapkan Manchester United pada aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak kesampaian apabila mudah dibelasah Barcelona, 3-0 awal pagi tadi.

Lionel Messi menjadi watak penting buat pasukan tuan rumah apabila meledak dua gol dalam tempoh empat minit bagi memastikan pasukkannya mara dengan agreget 4-0 selepas menang 0-1 di Old Trafford minggu lalu.

Jaringan pertama Messi hadir pada minit ke-16 menerusi rembatan kaki kiri yang melepasi jangkauan penjaga gol, David De Gea di sebelah kanan.

Masuk minit ke-20, Messi menceriakan Stadium Nou Camp dengan gol kedua apabila De Gea gagal menangkap kemas rembatan kaki kanan pemain Argentina itu bagi kedudukan 2-0 pada babak pertama.

Selepas setengah jam permainan, Philippe Coutinho menjadikan kedudukan 3-0 buat Barcelona hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti ke sebelah kiri gawang United.

United cuba bangkit dengan beberapa cubaan serangan yang berjaya dipatahkan pertahanan lawan.

Barcelona dijangka bertemu pemenang antara FC Porto dan Liverpool di peringkat separuh akhir UCL.

KREDIT FOTO: UEFA CHAMPIONS LEAGUE (UCL)

Categories
SUKANKINI

UCL: Roma elak jadi ‘lauk’ Barcelona di Nou Camp

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 4 APR: Roma pastinya mahu mengelakkan nasib malang di tangan Barcelona berlarutan dalam pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok dalam kunjungan ke Nou Camp.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan Barcelona mudah membelasah Roma 6-1 di Nou Camp pada musim 2015/16 sementara Roma kali terakhir menang 3-0 terhadap lawan sama pada 2001/02.

Lionel Messi dan Luis Suarez mendatangkan masalah buat pertahanan Roma berdasarkan rekod jaringan gandingan dua pemain terkemuka ini.

Barcelona pula tidak pernah tewas dalam aksi eropah di gelanggang sendiri sejak 2013 dengan rekod 23 kemenangan dan dua seri serta menjaringkan 77 gol.

Keadaan itu membayangkan kekebalan skuad Ernesto Valverde selain kebangkitan mengagumkan dalam tempoh dua minit ketika bertemu Sevilla apabila pulang dengan satu mata selepas seri 2-2 pada aksi La Liga.

Bagi Jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco, beliau menghormati Barcelona yang mempunyai prestasi mantap tetapi akan cuba meminimakan peluang tuan rumah selain mengharapkan pemainnya tidak takut menguasai bola.

Ramalan: Barcelona 4-0 Roma

Categories
SUKANKINI

UCL: Chelsea, Barcelona terikat di Stamford Bridge

OLEH HAFIZAN TAIB

LONDON 21 FEB: Chelsea dan Barcelona terikat 1 – 1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge, di sini.

Dalam perlawanan berlangsung sengit itu menyaksikan kedua pasukan melancarkan gerakan mengasak ke kubu lama masing-masing bagi mencari gol.

Namun kecemerlangan penjaga gol tuan rumah, Thibaut Courtois dan pelawat, Marc-Andre ter Stegen, memastikan keputusan tidak berubah pada separuh masa pertama.

Pemain Brazil, Willian, mengubah suasana dengan jaringan gol pada minit ke-62 buat skuad Antonio Conte mendahului Barcelona, hasil percubaan dari luar kotak penalti.

Namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila barisan serangan skuad Ernesto Valverde menghukum kealpaan pertahahan Chelsea untuk gol penyamaan.

Penyerang Argentina, Lionel Messi (m75) menyempurnakannya selepas menerima hantaran Andres Iniesta selepas bola gagal dikawal kemas Andreas Christensen.

Jaringan Messi itu adalah yang pertama dalam sembilan penampilannya menentang Chelsea dan keempat dalam kejohanan itu.

Kedudukan 1-1 memberi kelebihan buat Barcelona dengan gol di tempat lawan, dengan kedua pasukan akan bertemu semula dalam perlawanan kedua di Nou Camp, 15 Mac ini.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Espanyol lebur rekod tanpa kalah Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANYOL, 18 JAN: Selepas Manchester City, giliran Barcelona pula terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan lebur selepas tewas, 1-0 kepada Espanyol dalam perlawanan pertama suku akhir Copa Del Rey, pagi tadi.

Lebih mengecewakan, Lionel Messi yang berpeluang memastikan Barcelona membawa bekalan selesa menjelang pertemuan kedua, di Nou Camp gagal menyempurnakan sepakan penalti, pada minit ke-62 yang berjaya diselamatkan Diego Lopez.

Sebaliknya pasukan tuan rumah, Espanyol meranapkan rekod cemerlang pendahulu La Liga itu menerusi jaringan Oscar Melendo berjaya menampan bola ke gawang lawan, pada penghujung permainan bagi memastikan Barcelona berputih mata tanpa sebarang jaringan di tempat lawan.

Awal minggu ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tewas 4-3 kepada Liverpool di Anfield, sekali gus mencalarkan rekod kemenangan mereka selepas 23 perlawanan dalam semua kejohanan.

PHOTO KREDIT: Daily Mirror

Categories
GLOBAL

Referendum Catalonia: Polis serbu pusat pengundian, lebih 330 cedera

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 1 OKT: Pengundian untuk referendum kemerdekaan Catalonia di Sepanyol menjadi huru-hara apabila polis menyerbu pusat pengundian serta bertempur dengan pengundi sehingga menyebabkan ratusan cedera.

Agensi Berita Antarabangsa CNN NEWS melaporkan kira-kira 337 orang cedera apabila pasukan polis yang dihantar Kerajaan Sepanyol bertindak menutup pusat pengundian.

Pihak Kerajaan Sepanyol mengambil tindakan demikian bagi menghalang referendum bagi menuntut kemerdekaan Catalonia daripada berlangsung.

Kerajaan Sepanyol dengan tegas menentang sebarang gerakan yang mahu menuntut dipisahkan wilayah timur laut dengan menghantar pasukan polis kebangsaan selepas polis tempatan gagal bergerak untuk menutup bilik undi, kata akhbar Sepanyol, El Pais.

CataloniaSeramai 5.3 juta pengundi pada senarai pemilih diminta untuk menjawab ya atau tidak kepada soalan: “Adakah anda mahu Catalonia menjadi negara merdeka, dalam bentuk Republik?”

Stesen pengundian ditutup pada jam 8 malam waktu tempatan pada hari Ahad. Hasil dijangka sekitar 10 malam waktu tempatan (4 pagi ET).

Catalonia, sebuah rantau kaya di timur laut Sepanyol, mempunyai kerajaan serantau sendiri – atau Generalitat – yang sudah mempunyai kuasa besar mengenai penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengumpulan cukai.

Tetapi nasionalis Katalan mahu lebih banyak, dengan alasan bahawa mereka adalah negara yang terpisah dengan sejarah, budaya dan bahasa mereka sendiri dan mereka seharusnya merdeka.

=EZY=