Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Rakyat mula turun ke lokasi

SHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat berbilang kaum mula membanjiri ibu negara untuk menyertai himpunan aman BERSIH 4.0 bagi menuntut pilihan raya dan pentadbiran kerajaan yang telus.

IMG-20150829-WA0024Sokongan orang ramai terhadap himpunan itu dapat dilihat apabila perkhidmatan komuter penuh dengan peserta yang ingin ke ibu negara sebagai tanda protes terhadap kepimpinan negara.

Kerajaan Persekutuan dilihat semakin menekan rakyat terutama nilai ringgit yang teruk menjunam, selain kesan ekonomi ekoran pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST), sejak April lalu.

Beberapa lokasi lain sekitar pusat membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Dataran Merdeka juga dilihat mula dibanjiri, bahkan himpunan itu djangka disertai kira-kira 50,000 peserta dan akan berlangsung sehingga 30 Ogos ini.

Kuala Lumpur juga dilihat beransur kuning dengan ketibaan peserta dari seluruh negara dua jam sebelum himpunan itu, bermula jam 2 petang ini.

Selangor Kini akan melaporkan perkembangan terkini himpunan berkenaan dari semasa ke semasa sepanjang dua hari.

MB : Saya sertai BERSIH 4.0

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini mengesahkan kehadiran beliau pada Himpunan Aman Bersih 4.0 esok.Himpunan 34 jam ini dijangka menjadi himpunan terbesar dalam sejarah negara.

BERSIH 4.0 : Patuh arahan dan bersurai selepas laungan merdeka

Peserta BERSIH 4.0 dilarang bawa senjata dan tidak merosakkan harta awam.Bersurai selepas laungan kemerdekaan pada detik 12 malam.

UMNO-BN wajib sertai BERSIH 4.0 – Bekas Timb. Menteri Pengajian Tinggi

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata rakyat sudah letih dibangsatkan dan wajib sertai BERSIH 4.0 termasuk ahli UMNO/BN

Categories
NASIONAL

Boleh dapat RM2.6 bilion, bawa tin derma ketika Bersih 4.0

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 OGOS: Peserta himpunan Bersih 4.0 diingatkan membawa 10 item penting ketika menyertai himpunan itu di semua lokasi penganjurannya, pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perkara itu dicadangkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai langkah keselamatan dan menjamin keselesaan peserta sepanjang himpunan berlangsung.

Bersih_2_Rally_15Berikut adalah barangan keperluan yang dicadangkan :-

1) Cermin mata hitam / Goggles dan topeng
2) Paket kecil garam
3) Kad Pengenalan (IC) dan wang tunai
4) Tuala dan T-shirt tambahan
5) Air mineral atau minuman isotonik
6) Cermin mata bukannya kanta lekap (rabun)
7) Khemah, beg tidur
8) Ubat
9) Telefon dan Powerbank
10) Pakaian dan Kasut bersesuaian

“Tin derma juga boleh dibawa jika anda mahu kerana dianggarkan kira-kira 100,000 peserta dijangka menyertai BERSIH 4.0.

BERSIH 4“Membawa tin derma memungkinkan anda memperoleh RM2.6 bilion,” lapor laman Facebook rasmi Bersih.

Bersih adalah gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan mereformasi sistem pilihan raya semasa di Malaysia bagi memastikannya bebas, adil dan bersih.

Susulan daripada perhimpunan Bersih sebelum ini, Bersih 4.0 akan diadakan Semenanjung (Kuala Lumpur), Sarawak (Kuching) dan Sabah (Kota Kinabalu) pada dua tarikh berkenaan.

Kali ini, BERSIH 4.0 berkumpul menuntut enam perkara iaitu pilihan raya adil dan saksama, kebebasan bersuara, skandal kewangan Perdana Menteri, kejatuhan ringgit, beban rakyat serta membantah GST.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ahmad Maslan jangan pusing cerita

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 OGOS: Dakwaan berkenaan pelaburan asing di negara ini bakal terjejas ekoran perhimpunan aman disifatkan tidak berasas dan tanpa fakta yang kukuh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata pelabur asing sebenarnya khuatir melihat situasi ekonomi yang kian tergugat selain nilai ringgit yang terus mencatat kelemahan.

tian“Pelabur lari sebab kurang yakin dengan ekonomi, nilai ringgit dan krisis kepimpinan kerajaan. Bukan disebabkan rakyat bangkit mempersoalkan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dan tadbir urus yang baik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Bersih 4.0 merencatkan ekonomi peniaga serta pelaburan asing.

Ahmad turut mendakwa Bersih 4.0 akan merosakkan kegembiraan rakyat dalam bulan kemerdekaan selain membimbangkan pelancong asing ke Malaysia.

“Jangan pusing cerita sebaliknya raikan hak rakyat bersuara dan berkumpul kerana ia adalah sebahagian daripada perlembagaan.

“Rakyat bangkit untuk menegur kerajaan yang banyak merosakkan negara. Ini hakikat yang Pak Menteri perlu terima,” katanya.

-NFN-

AMK kerah 700 anggota SKUAD bantu BERSIH 4.0

Angkatan Muda Keadilan (AMK) kerah 700 anggota keselamatannya (SKUAD) bantu pastikan BERSIH 4.0 berjalan lancar.

Categories
NASIONAL

BERSIH jadi jutawan, berjaya kumpul dana RM1.2 juta

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OGOS: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berjaya mengumpul dana lebih RM1.2 juta setakat ini hasil derma dan jualan bagi tujuan perhimpunan Bersih 4.0, pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam status facebook rasmi gabungan itu.

“Jumlah terkini derma dan penjualan baju yang kami terima adalah RM1,221,419.02. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menderma.

“Kepada yang belum, teruskan menderma,” lapor status itu.

BERSIH 4Perhimpunan BERSIH 4 diadakan bagi menuntut penjelasan keterlibatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membiayai kempen pilihan raya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Berdasarkan pendedahan Wall Street Journal (WSJ), 1MDB dilaporkan membiayai kempen Najib secara tidak langsung melalui pembelian aset penjana tenaga Kumpulan Genting dengan harga lima kali nilainya, pada tahun 2012.

WSJ turut mendakwa Genting menderma sebahagian pendapatan hasil penjualan itu kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia yang dikuasai Najib.

Laporan itu menjelaskan yayasan berkenaan kemudiannya mengumumkan beberapa projek kebajikan yang Najib gunakan ketika kempen PRU-13.

Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ketua Polis Negara, kami faham perasaan anda

Oleh: Maria Chin Abdullah

Banyak persoalan telah dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi. Kami faham keresahan KPN dan juga mereka yang mempunyai banyak prejudis terhadap perhimpunan tersebut.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menulis surat kepada KPN, memaklumkan tentang perhimpunan Bersih 4 serta kesediaan pihak kami untuk bertemu dan berbincang dengan KPN. Namun KPN hanya mengutuskan Ketua Polis Daerah Dang Wangi untuk bertemu dan bermesra dengan kami.

Justeru, adalah tidak adil bagi KPN untuk membuat pelbagai andaian tanpa terlebih dahulu bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Niat dan tujuan perhimpunan Bersih 4 telah dilaporkan oleh media dan kenyataan-kenyataan kami boleh dibaca di internet.

BERSIH 4BERSIH 2.0 menyedari bahawa kami ini ibarat mentimun dengan durian. Menggolek pun luka, digolek pun kami luka. Bukan sekali dua peserta himpunan Bersih telah dileraikan dengan kekasaran pihak polis. Bahkan kali ini mungkin masuk kali keempat.

Namun suka kami ingatkan bahawa perhimpunan aman anjuran BERSIH 2.0 tidak mengundang huru-hara. Huru-hara hanya timbul apabila perhimpunan cuba dileraikan dengan kekasaran dan gas pemedih mata.

Kami turut ingin mengingatkan Tan Sri KPN supaya bertindak bijak dan membaca mood orang ramai dengan tepat.

Salah langkah pihak polis, sepertimana yang boleh dilihat dalam tiga perhimpunan lalu, hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini.

BERSIH 4Ugutan dan tindakan hanya akan menambah rasa menyampah orang ramai terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

BERSIH 2.0 menasihatkan KPN dan pihak polis untuk menyiasat hal-hal yang lebih penting, seperti pengakuan Pengarah Komunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Perdana Menteri telah bertindak mengelak pertuduhan jenayah terhadapnya, dalam satu wawancara bersama The Star semalam.

Ini satu pengakuan yang amat signifikan dalam siri siasatan terhadap skandal dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, selain dapat menjawab persoalan draf pertuduhan terhadap beliau yang kononnya dikatakan palsu sebelum ini.

Kami memahami dilemma yang sedang dihadapi ramai anggota polis, penjawat awam, pegawai SPRM malah-malah penyokong kerajaan sendiri apabila berhadapan situasi sekarang.

Kami dengan rendah hati memohon anda mempertimbangkan semua yang sedang berlaku secara bijak, dan membuat keputusan untuk menyertai rakan-rakan rakyat Malaysia yang sudah siap sedia untuk turun ke Bersih 4, bagi mendesak sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang adil, hak untuk membantah, sebuah sistem demokrasi berparlimen yang lebih kukuh dan demi menyelamatkan ekonomi negara; sepertimana yang telah termaktub sebagai hak rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

*MARIA CHIN ABDULLAH adalah Pengerusi BERSIH 2.0