Categories
NASIONAL

‘Black out’ 1992: Sengaja atau tidak, wujudkan IPP khianati rakyat

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 23 MEI: Langkah Kerajaan Pusat menjadikan alasan kejadian ‘black out’ seluruh negara pada 1992 untuk mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) swasta merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mengkhianati rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ini berikutan Kerajaan Pusat ketika itu mempunyai kemampuan tanpa perlu bergantung kepada syarikat swasta untuk menambah kapasiti tenaga yang diperlukan negara.

blackout-Getty“Tidak kira sama ada blackout 1992 itu sengaja dirancang atau tidak, tetap bukan alasan untuk mewujudkan IPP kerana Kerajaan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) masa itu mempunyai kemampuan untuk menambah penjanaan kapasiti tenaga mereka sendiri seperti melalui pinjaman atau simpanan yang ada.

“Usaha untuk menswastakan penjanaan tenaga dan kemudiannya dijual pula dengan harga yang tinggi dengan mendapat subsidi pula lagi daripada kerajaan adalah satu tindakan khianat,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

aniKata Khalid lagi, ekoran tindakan Kerajaan Pusat pada masa itu, bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan.

“Maka sebab itulah (bekas) Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatannya kerana protes tetapi tindakan ini tidak dijelaskan kepada rakyat bagi kerajaan menghalang rakyat mengetahui keadaan sebenar.

“Tindakan ini juga menyebabkan ramai kroni Barisan Nasional (BN) mendapat manfaat dan menjadi jutawan yang boleh dikatakan jutawan segera melalui keuntungan IPP ini,” kata Khalid lagi.

Terdahulu dalam buku Memoir Tan Sri Ani Arope, bekas CEO TNB itu mendedahkan kejadian ‘black out’ pada 1992 sememangnya sudah dirancang bagi tujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Buku setebal 143 muka surat itu turut menceritakan permulaan IPP dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang ketika itu dikuasai (mantan) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

EZY

Categories
NASIONAL

Seleweng PRU13 : SPR Perlu Bersemuka Dengan Rakyat

rafizi 01

PETALING JAYA, 29 MEI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersemuka dengan rakyat bagi menjelaskan semua dakwaan dan laporan polis berkaitan penyelewengan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kesediaan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan OmarĀ  bertemu dengan mana-mana pihak termasuk jawatankuasa #siasatPRU13 adalah suatu yang lucu.

“Saya agak lucu apabila tiba-tiba Datuk Wan Ahmad beriya-iya nak jumpa dengan saya dan wakil-wakil dari Pakatan Rakyat (PR) untuk berbincang,” katanya.

Rafizi mendakwa, pimpinan PRĀ  mengadakan perbincangan bersama SPR berkali-kali tetapi tiada perubahan dilakukan sehingga PRU-13 berakhir.

“Dulu dia kata dakwat kekal boleh kekal, bila tak kekal sebab tak goncang, bila dah goncang tapi masih tak kekal dia cakap kalau kekal tak boleh solat.

“Dia ada lima versi yang berbeza untuk setiap satu penyelewengan yang kita sudah tunjukkan bukti.

“Dulu dia kata tak ada satu pun ‘blackout’ di Malaysia ini, bila tunjukkan laporan polis semalam, dia kata tak apalah nanti kita bincang,” sindirnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

“Saya sendiri hanya bersetuju berjumpa dengan beliau (Wan Ahmad) dalam satu forum rakyat yang mana beliau (Wan Ahmad) mengambil dan menerima soalan daripada rakyat.

“Terutama mereka yang melalui sendiri pelbagai penyelewengan ini dan kami akan kumpulkan dalam satu forum, biar dia (Wan Ahmad), saya, Datuk Johari Abdul, YB Fuziah duduk, biar rakyat tanya dan dia jawab, itu lebih baik,” ujarnya.