Categories
NASIONAL

SPR patut belajar cara guna dakwat kekal dari Indonesia

spr on black 01

SUBANG JAYA 20 SEPT: Seorang pakar kimia mendedahkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) hanya mengandungi satu peratus argentum nitrat (silver nitrate).

Steven Ng berkata, dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi antara 10 hingga 18 peratus argentum nitrat larut bagi meninggalkan tanda kehitaman dan bertahan beberapa hari.

“Pelbagai isu ditimbulkan orang ramai berhubung penggunaan dakwat kekal termasuk dakwaan mengatakan ia kekal dan ada tidak kekal.

“Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengesahkan dakwat itu bersifat tidak kekal,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi Tribunal Rakyat di Hotel Empire, hari ini.

Menolak dakwaan Kementerian Kesihatan kononnya argentum nitrat menyebabkan kanser sebagai tidak sahih, Stevan berkata, dakwat kekal yang dipalit di jari mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 saat untuk benar-benar kering.

“SPR dakwa ia kering di jari pengundi dalam kurang dua saat sedangkan dakwat kekal perlu sekurang-kurangnya lebih 30 saat untuk lekat pada jari,” katanya.

Sementara itu, panel Tribunal Rakyat PRU-13, Profesor Ramlan Surbakti mencadangkan SPR mempelajari pengalaman Indonesia dalam penggunaan dakwat kekal.

Ia ekoran penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 menimbulkan kontroversi kerana mudah tanggal.

“Saya sudah dua kali mengunjungi Malaysia untuk berkongsi pengalaman bersama SPR tentang kemahiran Indonesia menggunakan dakwat kekal.

“Saya tertanya-tanya mengapa SPR tidak mahu bertanya kepada negara lain cara penggunaan sebenar dakwat kekal,” katanya.

Categories
NASIONAL

Rekod Kewangan Syarikat Pembekal Topi SPR Meragukan

rafizi pc white stripes 03

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Nash Ventures Sdn Bhd (Nash Ventures), syarikat yang disahkan Kerajaan Persekutuan mendapat kontrak untuk membekal topi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk PRU13 secara rundingan terus didakwa memiliki rekod kewangan meragukan.

MP Pandan, Rafizi Ramli mendakwa berdasarkan penyata akaun 2009 yang difailkan syarikat itu, tiada aktiviti perniagaan dan perolehan yang diraihnya.

“Nash Ventures dianugerahkan kontrak oleh SPR pada tahun ini sedangkan tiada sebarang perolehan pada 2009. Ini menguatkan lagi dakwaan syarikat yang saya dedahkan ini mempunyai hubungan baik dengan SPR,” kata Pengarah Strategi PKR itu di dalam sidang media di Parlimen hari.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Nash Ventures adalah salah sebuah syarikat yang membekalkan topi kepada SPR semasa PRU 13.

Menurut Rafizi Nash Ventures juga dikuasai oleh niagawan Mohamad Salleh Mohamad Ali, yang turut memiliki sebuah lagi syarikat yang mendapat kontrak membekal dakwat kekal semasa PRU 13 secara rundingan terus.

Rafizi menjelaskan antara kriteria bagi mendapatkan kontrak rundingan terus, sesebuah syarikat perlu memiliki kewangan yang kukuh.

Tambahnya, pengesahan Shahidan mengiyakan pendedahan yang dibuatnya di Parlimen semalam. Iaitu syarikat kawalan Mohamad Salleh telah mendapat kontrak pembekalan topi, kemeja dan dakwat kekal secara rundingan terus dari SPR.

Ini termasuk syarikat utama, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd (Integrated Challenger), yang didakwa mendapat kontrak dakwa kekal.

Rafizi berkata walaupun tiada penafian daripada Shahidan mengenai Integrated Challenger ia menguatkan andaian bahawa syarikat itu diberi kontrak pembekalan dakwat kekal.

“Salah-seorang pengarah syarikat (Nash Ventures) iaitu Shamsia Mansoor. Beliau juga pengarah syarikat dan pemegang saham di Allisons Corp Sdn Bhd. Pemegang saham lain dan pengarah syarikat lain (Allisons Corp) ialah Mohamed Salleh Mohd Ali.”

“Kedua-dua Mohamad Salleh Mohd Ali dan Shamsia Mansoor beralamat yang sama di Seksyen 2 Shah Alam. Mengikut maklumat dan juga siasatan yang telah kita buat, mereka ini besar kemungkinan ada pertalian suami-isteri.”

“Jika ikut laporan standard perakaunan, oleh kerana kedua-dua syarikat mempunyai  pengarah yang sama, kedua-dua syarikat (nash ventures dan allisons corp) dianggap syarikat berkaitan kedua-dua pengarah dianggap individu berkaitan.”

Rafizi menambah, ketiga-tiga Integrated Challenger, Allisons Corp dan Nash Ventures juga didaftarkan di alamat sama iaitu No 44A & 48B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat Saman 7 Jawatankuasa SPR

sivarasa pc izzah 01

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memfailkan saman terhadap tujuh anggota jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  berhubung dakwaan penipuan dalam pelaksanaan penggunaan dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut akan turut memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan PRU13 sebagai tidah sah.

“Saman difailkan PR ini kepada tujuh anggota SPR termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi adalah secara individu kerana mereka kegagalan melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan adil dalam pilihan raya.

“Adalah jelas dakwat kekal digunakan tidak kekal tidak sepertimana diumumkan akan bertahan sehingga tujuh hari,” dakwanya ketika sidang media di parlimen hari ini.

Beliau berkata, sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada mereka maka mahkamah perlu mengarahkan pembentukan anggota jawatankuasa SPR yang baru.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, tindakan SPR keseluruhannya dilihat berat sebelah dan memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka sedaya upaya mungkin mempertahankan kenyataan Perdana Menteri termasuk dalam urusan mengenai rasuah membeli undi serta menyerang Ketua Pembangkang,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

Apa Sahaja Yang Dibeli Kerajaan Malaysia Akan Lebih Mahal

anthony-&-hatta

KUALA LUMPUR 27JUN: Peningkatan kos pembelian ‘dakwat kekal yang tidak kekal’ bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu didakwa meningkat tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan pada pilihan raya sebelumnya iaitu sebanyak RM7.1juta.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU-12) tahun 2008 lalu, jumlah kos yang digunakan untuk pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak RM2.4 juta walaupun dakwat kekal itu dimusnahkan selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, jumlah pengundi pada 2008 adalah sebanyak 10.9 juta orang manakala pengundi pada 2013 adalah sebanyak 13.2 juta orang dan ia melibatkan pertambahan hampir 20 peratus sahaja.

Menurutnya, pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal sebanyak tiga kali ganda adalah sangat mengejutkan.

“Saya amat terkilan dengan jawapan dari SPR melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mendedahkan jumlah kos untuk penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 adalah sebanyak RM7.1 juta,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mempersoalkan kos pembelian sangat tinggi oleh Kerajaan Pusat untuk membeli sesuatu barangan.

Sebagai contoh, Kerajaan India menyumbangkan 40,000 botol dakwat kekal kepada Cambodia bagi tujuan pilihan raya dengan kos RM2.8 juta (US$877,800) pada 19 Jun lalu.

“Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara dan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sentiasa lebih mahal?.

“Semuanya lebih mahal, kereta perisai lebih mahal, kapal selam pun lebih mahal,” soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menggesa Kerajaan Pusat mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal dakwat berkenaan yang gagal mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Bagaimanapun, pembekal dakwat berkenaan dilindungi oleh SPR yang merahsiakan maklumat syarikat tersebut atas sebab keselamatan.

Menurut Anthony, tiada sebab maklumat pembekal dakwat berkenaan dirahsiakan kerana PRU-13 sudah berakhir.

Categories
NASIONAL

Rafizi Dedahkan Pembelian Undi Pos di Terengganu

SPR pengundi hantu selangor 01

PETALING JAYA 4 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan satu lagi laporan polis yang mendakwa seorang individu bertindak merampas dan memangkah kertas undi pos dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Malah, individu tersebut turut membayar wang tunai RM 100 bagi satu kertas undi di dalam insiden yang didakwa berlaku di sebuah kerusi di Terengganu.

“Laporan polis itu dibuat oleh seorang petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Balai Polis Jerteh pada 4 Mei lalu.

” Dalam kandungan laporan itu petugas (namanya dirahsiakan) mengaku bahawa beliau bersama 24 petugas SPR diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN.

?(Mereka) dibayar RM 100 bagi setiap kertas undi pada 29 April,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Bagaimanapun, keesokkan harinya petugas itu kemudiannya bertemu semula dengan wakil BN terbabit untuk meminta kembali kertas undi itu.

Rafizi mendakwa kertas undi itu sudah dipangkah dan 24 kertas undi itu dimasukkan ke dalam peti undi.

Pengadu itu memaklumkan selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya, katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata laporan polis itu dijadikan bukti wujudnya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 sebelum difailkan petisyen di mahkamah.

Categories
NASIONAL

Seleweng PRU13 : SPR Perlu Bersemuka Dengan Rakyat

rafizi 01

PETALING JAYA, 29 MEI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersemuka dengan rakyat bagi menjelaskan semua dakwaan dan laporan polis berkaitan penyelewengan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kesediaan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  bertemu dengan mana-mana pihak termasuk jawatankuasa #siasatPRU13 adalah suatu yang lucu.

“Saya agak lucu apabila tiba-tiba Datuk Wan Ahmad beriya-iya nak jumpa dengan saya dan wakil-wakil dari Pakatan Rakyat (PR) untuk berbincang,” katanya.

Rafizi mendakwa, pimpinan PR  mengadakan perbincangan bersama SPR berkali-kali tetapi tiada perubahan dilakukan sehingga PRU-13 berakhir.

“Dulu dia kata dakwat kekal boleh kekal, bila tak kekal sebab tak goncang, bila dah goncang tapi masih tak kekal dia cakap kalau kekal tak boleh solat.

“Dia ada lima versi yang berbeza untuk setiap satu penyelewengan yang kita sudah tunjukkan bukti.

“Dulu dia kata tak ada satu pun ‘blackout’ di Malaysia ini, bila tunjukkan laporan polis semalam, dia kata tak apalah nanti kita bincang,” sindirnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

“Saya sendiri hanya bersetuju berjumpa dengan beliau (Wan Ahmad) dalam satu forum rakyat yang mana beliau (Wan Ahmad) mengambil dan menerima soalan daripada rakyat.

“Terutama mereka yang melalui sendiri pelbagai penyelewengan ini dan kami akan kumpulkan dalam satu forum, biar dia (Wan Ahmad), saya, Datuk Johari Abdul, YB Fuziah duduk, biar rakyat tanya dan dia jawab, itu lebih baik,” ujarnya.

Categories
NASIONAL

Anwar : Najib Tidak Tandatangani Perjanjian

anwar wan azizah laporan polis 01\

PETALING JAYA, 27 MEI: Perjanjian yang dibuat di antara Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak sah kerana Najib sendiri tidak tandatangani perjanjian itu.

Oleh itu dakwa Anwar, tiada timbul soal beliau memungkiri perjanjian tersebut yang diatur mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum Pru-13.

Anwar berkata terdapat tiga syarat di dalam perjanjian itu yang harus dipersetujui oleh beliau dan Najib sekiranya ia boleh ditepati.

“Pertama, kedua-dua pihak setuju perjalanan dan etika kempen dipatuhi. Ruang di media tidak ada serangan peribadi, tidak ada kecaman dan fitnah melalui media seperti yang dilakukan Utusan dan Tv3.

?Saya sebut secara khusus. Baca sahaja Utusan dan tonton Tv3. Ini harus dihentikan. Tidak ada pertikaian dalam perbincangan tersebut.

“Kedua pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Di Indonesia disebut Pemilu Jurdil.

“Yang ketiga, berdasarkan kedua-dua faktor diatas, transisi berlangsung aman dan kedua-dua menerima keputusan dengan baik.

?Ditambah tidak ada unsur dendam atau pendakwaan politik jahat, tidak ada rasa hukum orang berdasarkan permusuhan lama.

“Disebut juga harus ada sikap rekonsiliasi supaya mententeramkan ketegangan politik,” kata Anwar di dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beberapa minggu lalu, Jusuf mendesak Anwar supaya menepati janji tersebut dan menerima keputusan PRU-13.

Sehingga hari ini, Anwar berkata beliau menolak keputusan PRU-13 yang dakwanya tidak mengambarkan suara rakyat Malaysia, dan sarat dengan kepincangan dan penipuan.

Menurut Anwar, apa yang terkandung di dalam dokumen berkenaan tidak dipatuhi dan perkara berkenaan boleh dilihat sendiri di dalam paparan media selain kenyataan beliau yang mahukan akses media yang adil.

Sebelum itu, Anwar dan isteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana berhubung dakwat kekal yang digunakan pada PRU-13 yang lalu.

Anwar mendakwa dakwat tersebu tidak kekal seperti yang dijamin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.

“Saya sendiri pergi mengundi sekitar pukul 9.30 pagi di Kubang Semang dan pada kira-kira pukul 5 petang hari yang sama saya basuh jari saya dan mendapati semua dakwat yang dicalit habis tertanggal.

“Ini merupakan satu penipuan oleh SPR pada pilihan raya kali ini,” kata Anwar.

 

Categories
NASIONAL

Rafizi : PR Kumpul Laporan Dakwat Tak Kekal

rafizi ramli

PETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) menggerakkan kempen  mengumpulkan laporan polis dari seluruh negara mengenai dakwat tidak kekal yang didakwa berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu sebagai bahan bukti wujudnya penipuan dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjelaskan #siasatpru13 menggesa rakyat turut serta dalam kempen tersebut dengan membuat laporan polis.

Menurutnya, #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih.

“Satu salinan laporan polis itu boleh diemailkan ke [email protected] atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat PR atau di pejabat PKR, PAS serta DAP atau ibu pejabat PKR di A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya atau faks : 03 – 7885 0531.

“Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 dikendalikan SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hakikatnya SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya lima hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat terhadap SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil.

“Kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban,” ujarnya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pengundi Kuala Selangor “Dakwat Kekal Memang Tanggal”

dakwat kekal hilang kuala selangor 5 mei 01

KUALA SELANGOR 05 MEI : Seorang individu yang keluar membuang undi pada 9 pagi mendakwa dakwat kekal yang dicalit di jarinya tadi telah tanggal selepas beliau membasuh tangan.

Zazuli Mohd Zin yang mengundi Sekolah Rendah Agama Kampung Api-Api mendakwa beliau balik ke rumahnya selepas membuang undi dan menyedari dakwat itu luntur selepas beliau membasuh tangan.

Beliau mendakwa dakwat tersebut mula-mula kering apabila beliau meninggalkan pusat itu.

Akan tetapi apabila beliau membasuh tangan dengan air dan sabun di rumah, dakwat tersebut luntur.

Sebelum ini terdapat beberapa dakwaan dan laporan polis dibuat oleh pengundi awal yang mendapati perkara sama berlaku dengan dakwat yang dicalit di tangan mereka.

Manakala Suruhjaya Pilihanraya (SPR) pula berkata insiden tersebut berlaku kerana petugas SPR ?tidak goncang? botol undi kuala selangor 01dakwat yang diberikan.

Sementara itu, tinjauan di SRA Kampung Api-Api mendapati keadaan
terkawal dan tenang sejak pusat itu dibuka pada 8 pagi tadi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka turun mengundi di Sekolah Agama Rakyat pada jam kira-kira 11.30 pagi.

Orang ramai beratur panjang dalam cuaca yang baik dan cerah dan kelihatan kini lebih ramai warga emas di kalangan pengundi.

Sementara di HULU KELANG, Calon Pas Dun Hulu Kelang, Saari Sungib tiba di perkarangan pusat mengundi di AU2, Keramat kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.

Saari yang merupakan penyandang kerusi DUN itu sejak 2008 menyertai penduduk lain menunggu pusat mengundi dibuka sambil bersalaman dengan orang ramai.

Saari dari Pas bertembung dengan Ketua Bahagian Umno Gombak Rahim Kamaruddin dari BN untuk kerusi DUN itu.

rafizi undi chempaka 05 mei 01Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh negara, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain.

Pilihan raya kali ini dijangka antara paling sengit dalam sejarah politik Malaysia dengan peningkatan pengundi baru kira-kira 25 peratus.

Di PANDAN, calon PKR Pandan Rafizi Ramli tiba di SK Pandan Indah menemani isteri, Afizsa Ashah mebuang undi. Rafizi tidak membuang undi kerana berdaftar di Kemaman.

Di PELABUHAN KLANG pula, keadaan menjadi apabila ahli BN cuba berkempen dihadapan pintu pagar sekolah dengan pengundi jari dakwat port klang 01cuba memimpin warga emas ke tempat pendaftaran.

Namun ini dibantah oleh Ketua AMK Selangor, Azmizam Zamanhuri yang beratur bersama pengundi lain.

Situasi berjaya diselesaikan selepas campurtangan petugas SPR.

 

Categories
NASIONAL

Dakwat Kekal “Tak Kekal”

tian chua pc pkr 01

PETALING JAYA 02 MEI : PKR menolak alasan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendakwa masalah dakwat kekal yang tidak kekal pada jari pengundi berpunca dari kesilapan petugas yang tidak mengoncang botol dakwat terlebih dahulu.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata berkata PKR tidak dapat menerima alasan kakitangan SPR tidak mengikut peraturan pada botol dakwat, kerana masalah ini berlaku secara meluas di merata tempat pengundian pos.

Menurut Tian, SPR sebelum ini memberi jaminan bahan kimia dalam dakwat kekal itu meresapi kulit dan tidak mudah tanggal.

“Saya tidak terima langsung alasan yang dikatakan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin (Mohamad Baria).

?Kalau itu prosedurnya, berlaku disatu tempat kita boleh terima tapi ini berlaku di merata tempat.”

Menjawab kritikan keras dari pelbagai pihak semalam, Kamarudin berkata dakwat itu perlu digoncang selama 30 minit sebelum ia digunakan.

Tian melahirkan kebimbangan dakwat yang digunakan dalam pengundian pos ini bukan bahan kimia yang dijamin itu.

“Kami dari Pakatan dan ramai lagi calon-calon telah hilang keyakinan terhadap Pengerusi SPR. SPR tidak lagi layak untuk kendalikan pilihanraya yang boleh meyakinkan rakyat dengan perkara yang begitu serius ini”

Di sidang akhbar yang sama, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata seorang anggota polis menunjukkan kepada beliau bagaimana dakwat itu tidak seperti yang dihebahkan oleh SPR.

“Selepas dia mengundi, dia tunjuk jarinya pada saya jam 12.00 selepas ceramah, jari tersebut bersih, bila ditanya, dia hanya menggunakan sabun.”