Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi hargai kesediaan Zahid tarik balik saman

rafizi PC

KUALA LUMPUR 21 OGOS: Pengarah Strategi PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap beliau berhubung urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Ikuti kenyataan media beliau.

PENYELESAIAN SAMAN DATO? SERI ZAHID HAMIDI BERHUBUNG URUSNIAGA BOUSTEAD, AWAN MEGAH & ASTACANGGIH

Saya mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap saya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Keputusan itu dicapai setelah saya berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd. Oleh itu, saya bersedia menarik balik kenyataan saya sebelum ini mengenai beliau dan urusniaga tersebut.

Saya berharap bahawa kesediaan kami duduk berbincang dan saling menjelaskan kedudukan sesuatu perkara menjadi perkembangan sihat dalam arus politik negarnAJIBa. Sebagai seorang ahli politik, adalah menjadi tugas saya mempersoalkan keputusan menteri dan penjawat awam yang saya fikirkan bertentangan dengan kepentingan awam, berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu.

Sehingga saya mempersoalkan peranan menteri dan penjawat awam lain dalam urusniaga itu melalui kenyataan media bertarikh 29 Disember 2012, tidak ada sebarang penjelasan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana penjawat awam. Hanya setelah perkara itu dibangkitkan, barulah ada sedikit penerangan dan fakta-fakta lain mula didedahkan berdasarkan maklumat yang saya perolehi.

Setelah beberapa penjelasan diberikan oleh Dato? Seri Zahid Hamidi ekoran dari perkara yang saya timbulkan, saya pula berpuas hati bahawa beliau tidak terlibat di dalam keputusan itu.

Di dalam sebuah demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli politik atau wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkepentingan awam. Juga menjadi tanggungjawab menteri atau penjawat awam untuk memberi penjelasan sewajarnya. Setelah penjelasan diberikan, sekiranya ada kenyataan yang tidak tepat dibuat sebelum itu kerana kekurangan maklumat atau tiadanya penjelasan kerajaan, maka adalah satu amalan kenyataan yang tidak tepat itu diperbetulkan atau ditarik setelah penjelasan sewajarnya diberikan.

Itu semangat yang sama-sama dihayati oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi yang mendorong kepada keputusan bersama yang dibuat pada hari ini.

Walau bagaimana pun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini:

1.Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Dato? Seri Najib Tun Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini. Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya.

2.Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.

Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya.

Berikut adalah kenyataan yang ditandatangani bersama oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi pada hari ini?

IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR

That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato? Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd?s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012.

Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.?

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
(Ahli Parlimen Pandan) – mza

Categories
NASIONAL

Perjanjian Boustead dan Syarikat Milik Wanita Umno Selangor Disemak

rafizi29

HULU KELANG 17 FEB: Perjanjian jual beli tanah yang melibatkan Boustead Holdings Berhad (Boustead), dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, akan disemak bagi meneliti jika wujud penyelewengan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau kini merupakan pemegang saham Boustead yang membolehkannya menyemak perjanjian itu jika terdapat bukti penyalahgunaan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sebelum ini, Boustead yang merupakan unit pelaburan LTAT, telah membeli syarikat kepunyaan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dan syarikat Deepak dengan wang berjumlah RM 160 juta.

“Bulan lepas saya dah beli saham Boustead dan sekarang saya dalah pemegang saham rasmi Boustead Holdings.

?Hari Rabu ini, Insyallah, kita akan pergi beramai-ramai ke Boustead, kita akan semak setiap helai daripada perjanjian.

“Kalau ada sikit penyelewengan pun dan kalau ada sikit kesilapan pun, kita akan bawa ke mahkamah supaya wang RM 160 juta ini kita dapat selamatkan daripada dicuri mana-mana pihak,” tegasnya dalam satu siri ceramah di Taman Rekreasi AU3, Keramat Wangsa semalam.

Baru-baru ini, Rafizi dan beberapa bekas anggota tentera dihalang oleh pengurusan Boustead daripada menyemak perjanjian itu.

Alasan Boustead adalah pencarum LTAT tidak dibenarkan menyemak dokumen jual beli tanah itu.

LTAT menyimpan caruman daripada potongan gaji anggota tentera.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Boustead membeli kedua-dua syarikat itu dengan alasan mahu memiliki tanah berkeluasan 200 ekar di Bukit Raja, Klang.