Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi hargai kesediaan Zahid tarik balik saman

rafizi PC

KUALA LUMPUR 21 OGOS: Pengarah Strategi PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap beliau berhubung urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Ikuti kenyataan media beliau.

PENYELESAIAN SAMAN DATO? SERI ZAHID HAMIDI BERHUBUNG URUSNIAGA BOUSTEAD, AWAN MEGAH & ASTACANGGIH

Saya mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap saya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Keputusan itu dicapai setelah saya berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd. Oleh itu, saya bersedia menarik balik kenyataan saya sebelum ini mengenai beliau dan urusniaga tersebut.

Saya berharap bahawa kesediaan kami duduk berbincang dan saling menjelaskan kedudukan sesuatu perkara menjadi perkembangan sihat dalam arus politik negarnAJIBa. Sebagai seorang ahli politik, adalah menjadi tugas saya mempersoalkan keputusan menteri dan penjawat awam yang saya fikirkan bertentangan dengan kepentingan awam, berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu.

Sehingga saya mempersoalkan peranan menteri dan penjawat awam lain dalam urusniaga itu melalui kenyataan media bertarikh 29 Disember 2012, tidak ada sebarang penjelasan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana penjawat awam. Hanya setelah perkara itu dibangkitkan, barulah ada sedikit penerangan dan fakta-fakta lain mula didedahkan berdasarkan maklumat yang saya perolehi.

Setelah beberapa penjelasan diberikan oleh Dato? Seri Zahid Hamidi ekoran dari perkara yang saya timbulkan, saya pula berpuas hati bahawa beliau tidak terlibat di dalam keputusan itu.

Di dalam sebuah demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli politik atau wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkepentingan awam. Juga menjadi tanggungjawab menteri atau penjawat awam untuk memberi penjelasan sewajarnya. Setelah penjelasan diberikan, sekiranya ada kenyataan yang tidak tepat dibuat sebelum itu kerana kekurangan maklumat atau tiadanya penjelasan kerajaan, maka adalah satu amalan kenyataan yang tidak tepat itu diperbetulkan atau ditarik setelah penjelasan sewajarnya diberikan.

Itu semangat yang sama-sama dihayati oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi yang mendorong kepada keputusan bersama yang dibuat pada hari ini.

Walau bagaimana pun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini:

1.Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Dato? Seri Najib Tun Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini. Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya.

2.Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.

Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya.

Berikut adalah kenyataan yang ditandatangani bersama oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi pada hari ini?

IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR

That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato? Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd?s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012.

Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.?

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
(Ahli Parlimen Pandan) – mza

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Rakyat Bersedia Menjadi Sebuah Kerajaan Baik Menggantikan BN selepas PRU Ke-13 – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 03102013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 3 JANUARI 2013 :

1. Pakatan Rakyat kini sudah bersedia menjadi sebuah kerajaan yang baik bagi mengantikan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan kemampuan gagasan itu mentadbir empat negeri pasca PRU-12 dengan lebih baik berbanding di era pentadbiran BN.

2. Disebalik Edaran Risalah Fitnah, Suee Lim Terus Pertahan DUN Sekinchan dan beliau beliau yakin perkara itu adalah strategi terdesak pihak Umno-BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

3. Pangarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan invois pembelian barang kemas bernilai RM13 juta untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh peniaga karpet Deepak Jaikishan.

4. Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru, Datin Paduka Alinah Ahmad berhasrat untuk memastikan agar warga Petaling Jaya mendapat manfaat melalui dasar ‘value for money’ di bawah pentadbiran beliau di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Categories
NASIONAL

Rafizi : Zahid Hamidi Didakwa Guna Duit LembagaTabung Angkatan Tentera Cuba tutup Mulut Deepak

Rafizi Deepak 01

PETALING JAYA, 29 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa penggunaan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bernilai RM160 juta dibuat semata-mata ingin menutup mulut ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishen berhubung pendedahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramanian.

Beliau menyatakan, urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Najib Razak.

“Urusniaga ini dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bousted Holdings Berhad, milik LTAT,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Keraguan timbul memandangkan urusniaga ini tida menepati garis panduan pelaburan baik kerana berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak pernah memfailkan penyata kewangan dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM20 juta.

Mengikut rekod SSM juga, syarikat ini juga dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House.

Jelasnya, Zahid Hamidi perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan baik dibuat oleh Wira Bakti Development Sdn Bhd kerana melibatkan kepentingan anggota tentera, memandangkan modal dan aktiviti Boustead Holdings berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji mereka yang disalurkan melalui LTAT.

“Nilaian RM30 juta bagi 80 peratus saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Bousted Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukannya pelaburan komersil.

“Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset kerana masih belum dipindahmilik selain tidak menggunakan penilaian bebas,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi Bousted Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberikan alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead iaitu Jendela Nikmat Sdn Bhd di kawasan Bukit Raja, Klang.

“Semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilik kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005.

“Ini bermakna, tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings dinilai sekitar RM390,000 seekar berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayuar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Rafizi akan meneliti semula semua pembayaran dibuat Deepak kepada pihak tertentu yang mempunyai kaitan kepada Najib Razak memandangkan dakwaan sebelum itu ada kreadibiliti dan kebenarannya.

Datuk Seri Zahid Hamidi pada 30 November 2012 mengumumkan kepada media untuk menjawab dakwaan Deepak terhadap Najib Razak semasa Perhimpunan Agung Umno namun beliau gagal berbuat demikian keesokkan harinya.