MB : Belanjawan 2014 Selangor paling menyeluruh, mantap


Sinopsis

FOKUS Untuk 14112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Belanjawan 2014 Selangor yang akan dibentangkan pada 19 November ini merupakan belanjawan paling menyeluruh dan mantap pernah dibentangkan.

2. Ekoran kejadian banjir kilat yang sering melanda di beberapa tempat di Klang, Kerajaan Selangor mengumumkan langkah segera bagi melaksanakan kerja-

kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi masalah terbabit.

3. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasanya dengan senjata api

4. Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kenyataan rasmi berhubung tindakan bakal diambil badan itu ekoran dakwaan terdapat ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di pejabat Peguam Negara.

5. Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

6. Pelajar lulus dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor meningkat kepada 85.6 peratus daripada 36,077 calon pada 2013 berbanding tahun sebelumnya 81.7 peratus.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi hargai kesediaan Zahid tarik balik saman

rafizi PC

KUALA LUMPUR 21 OGOS: Pengarah Strategi PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap beliau berhubung urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Ikuti kenyataan media beliau.

PENYELESAIAN SAMAN DATO? SERI ZAHID HAMIDI BERHUBUNG URUSNIAGA BOUSTEAD, AWAN MEGAH & ASTACANGGIH

Saya mengalu-alukan kesediaan Dato? Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap saya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Keputusan itu dicapai setelah saya berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd. Oleh itu, saya bersedia menarik balik kenyataan saya sebelum ini mengenai beliau dan urusniaga tersebut.

Saya berharap bahawa kesediaan kami duduk berbincang dan saling menjelaskan kedudukan sesuatu perkara menjadi perkembangan sihat dalam arus politik negarnAJIBa. Sebagai seorang ahli politik, adalah menjadi tugas saya mempersoalkan keputusan menteri dan penjawat awam yang saya fikirkan bertentangan dengan kepentingan awam, berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu.

Sehingga saya mempersoalkan peranan menteri dan penjawat awam lain dalam urusniaga itu melalui kenyataan media bertarikh 29 Disember 2012, tidak ada sebarang penjelasan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana penjawat awam. Hanya setelah perkara itu dibangkitkan, barulah ada sedikit penerangan dan fakta-fakta lain mula didedahkan berdasarkan maklumat yang saya perolehi.

Setelah beberapa penjelasan diberikan oleh Dato? Seri Zahid Hamidi ekoran dari perkara yang saya timbulkan, saya pula berpuas hati bahawa beliau tidak terlibat di dalam keputusan itu.

Di dalam sebuah demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli politik atau wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkepentingan awam. Juga menjadi tanggungjawab menteri atau penjawat awam untuk memberi penjelasan sewajarnya. Setelah penjelasan diberikan, sekiranya ada kenyataan yang tidak tepat dibuat sebelum itu kerana kekurangan maklumat atau tiadanya penjelasan kerajaan, maka adalah satu amalan kenyataan yang tidak tepat itu diperbetulkan atau ditarik setelah penjelasan sewajarnya diberikan.

Itu semangat yang sama-sama dihayati oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi yang mendorong kepada keputusan bersama yang dibuat pada hari ini.

Walau bagaimana pun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini:

1.Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Dato? Seri Najib Tun Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini. Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya.

2.Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.

Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya.

Berikut adalah kenyataan yang ditandatangani bersama oleh saya dan Dato? Seri Zahid Hamidi pada hari ini?

IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR

That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato? Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd?s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012.

Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.?

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
(Ahli Parlimen Pandan) – mza

Categories
NASIONAL

Lambakan Kesalahan Pilihan Raya SPR Harus Jawab

Anwar PC

PETALING JAYA 6 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung lambakan isu kesalahan pilihan raya yang dikesan di kebanyakan tempat pengundian siang tadi.

Bercakap dalam satu sidang media awal pagi ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian-kejadian berkenaan, bukannya satu tuduhan liar dan kosong.

“Selagi SPR tidak menjelaskan perkara ini, kita tidak dapat menyatakan sebarang tindakan.

“Tidak adil untuk membuat sebarang keputusan dalam keadaan pilihan raya yang dijalankan secara tidak bersih,” jelasnya kecewa.

Antara yang paling mendapat perhatian ialah sepanjang perjalanan proses pengundian, terdapat banyak insiden tangkapan pengundi asing seperti warga Bangladesh berjaya dilakukan.

Antaranya, di Parlimen Pandan di mana calon PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung cubaan mengundi dibuat oleh pengundi ragu di kawasan yang berjaya dimenanginya itu setelah tamat pengiraan.

Selain itu, cubaan untuk memanipulasi jumlah undi juga berjaya dikesan diĀ  kawasan Parlimen Lembah Pantai di mana polis didapati cuba membawa kotak peti undi yang diragui ke tempat pengiraan undi.

Menyifatkan SPR sebagai sebuah badan yang gagal mengendalikan suatu proses pilihanraya yang telus, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga meluahkan keraguannya mengenai pengiraan undian awal dan undi pos yang dijalankan.

“Bukan sahaja kita tidak dibenarkan memantau, tetapi lebih meragukan, undian-undian ini secara majornya menyebelahi BN sedangkan trend undian pengundi adalah sebaliknya,” katanya lagi.

Selain itu, turut dipersoalkan ialah penggunaan dakwat kekal yang sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah, tidak sepertimana didakwa SPR sebelum ini bahawa kononnya tidak akan hilang sehingga lima hari.

Mengulas pembentukan Kerajaan BN yang baru, Anwar sekadar berkata beliau masih menanti keputusan penuh sebelum sebarang ulasan dapat diberikan.

Categories
NASIONAL

80% Tampil Mengundi, PRU13 Catat Sejarah – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kira-kira 12,992,661, atau 80% pengundi berdaftar telah membuang undi dalam PRU13, jumlah tertinggi dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

2. Sementara itu, seorang pengundi ragu di Parlimen Pandan berjaya melarikan diri sebaik penipuan dikesan petugas pilihan raya.

3. Dalam satu kejadian yang mengejutkan, Suruhanjaya Pilihan Raya cuba menghalau agen pengiraan PKR di Sekolah Menengah Seri Pantai, di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Palong Timur 1, di Felda Palong Timur, Negeri Sembilan.

4. Dalam satu perkembangan yang baik, kad pengenalan yang sesetengah pihak percaya milik lelaki warga Bangladesh tetapi bernama Cina terbukti kad pengenalan sahih milik seorang warganegara Malaysia.

5. PKR meragui jumlah undi dari pengundian awal tentera dan polis yang diterima Pakatan Rakyat.

undi kuala selangor 01