Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah jejaki prestasi serantau

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini diheret turun oleh aktiviti jualan dalam saham berwajaran tinggi di sebalik prestasi bercampur-campur pasaran serantau dan ketegangan yang sudah berkurangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada jam 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.27 mata kepada 1,560.47 daripada penutup 1,560.74 semalam.

Indeks utama dibuka lemah sebanyak 1.1 mata kepada 1,559.64.

Indeks komposit diseret turun oleh kerugian dalam saham Hartalega, Petronas Chemicals dan Top Glove, dengan gabungan 6.113 mata.

Bagi pergerakan harga keseluruhan pasaran, saham rugi mengatasi untung dengan 252 berbalas 217 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,261 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 807.62 juta saham bernilai RM327.83 juta.

Maybank Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata prestasi kukuh di pasaran semalaman AS bersedia untuk mencetuskan aktiviti belian semasa harga murah di pasaran domestik hari ini dengan minat belian mungkin tertumpu kepada sektor penjagaan kesihatan, tenaga dan teknologi.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan FBM KLCI akan terus berada pada julat antara 1,540 dan 1,600 hari ini. Sokongan ke bawah pula pada 1,540 dan 1,515,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.82, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM17.90, Tenaga meningkat enam sen kepada RM11.18 sementara IHH Healthcare kekal pada RM5.37.

Top Glove jatuh 32 sen kepada RM22.10, Hartalega kerugian 34 sen kepada RM15.22 dan Petronas Chemicals susut 13 sen kepada RM6.14.

Saham paling cergas, Borneo Oil kekal pada tujuh sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 12.5 sen, XOX turun 2.5 sen kepada 17.5 sen sementara Optimax mengukuh 36 sen kepada 66 sen.

Ajinomoto saham paling untung pagi ini, melonjak 66 sen kepada RM15.80 sementara saham paling rugi, Nestle menguncup RM1.80 kepada RM141.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 13.69 mata kepada 11,094.06, Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 42.66 mata kepada 12,798.92 dan Indeks FBMT 100 Index berkurangan 10.36 mata kepada 10,926.65.

Indeks FBM 70 lebih rendah 46.79 mata kepada 13,980.22 dan FBM ACE lemah 51.15 mata kepada 9,809.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 49.8 mata kepada 13,386.52, Indeks Perladangan untung 4.43 mata kepada 7,050.5 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.04 mata kepada 140.07.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu harga minyak mentah dunia

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Bursa Malaysia melantun daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini, dipacu terutamanya oleh harga minyak mentah yang lebih baik dan harapan baharu untuk perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.02 mata kepada 1,565.61 daripada 1,564.59 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.65 mata lebih rendah pada 1,561.94.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kembali positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 288 berbalas 162, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,283 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 437.64 juta saham bernilai RM196.18 juta.

Naib Menteri Luar China Zheng Zeguang dilaporkan berkata hubungan China-AS amat penting pada masa ini dan usaha perlu dibuat untuk mengekalkan dan menstabilkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Seorang peniaga berkata ini mencetuskan harapan terhadap perjanjian perdagangan dengan jangkaan kajian semula ke atas perjanjian perdagangan fasa 1 yang sebelum ini ditangguhkan akan disambung semula.

Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent naik 0.42 peratus kepada AS$44.99 setong.

Bergerak ke hadapan terutama dalam dua minggu terakhir bulan ini, Malacca Securities Sdn Bhd percaya pelabur akan memberi tumpuan kepada kumpulan data pendapatan korporat yang dijangka suram secara keseluruhan, seiring dengan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia minggu lepas.

“Walaupun kemeruapan pasaran masih lagi kekal, kami berpendapat sebarang penurunan sementara dalam sektor penjagaan kesihatan dan teknologi perlu dilihat kembali kerana permintaan yang kuat dan pengumuman pendapatan korporat daripada kedua-dua sektor berkenaan mungkin boleh mengatasi yang lain,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota di sini.

Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, kemerosotan dua digit tempoh sukuan paling buruk sejak 1998 berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan untuk mengekang penularan Covid-19 yang menyaksikan ekonomi hampir terhenti.

Pada suku keempat 1998, Malaysia merekodkan penguncupan dua digit 11.2 peratus. KDNK suku kedua negara tahun lepas ialah 4.9 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.81, Top Glove naik 24 sen kepada RM24.06, Tenaga meningkat dua sen kepada RM11.14, Hartalega lebih tinggi enam sen kepada RM16.08 tetapi Public Bank jatuh 14 sen kepada RM17.66.

Saham-saham paling cergas, Sapura Energy menambah satu sen kepada 12.5 sen, DGB meningkat setengah sen kepada enam sen, Iris menambah empat sen kepada 37 sen sementara Pegasus kekal pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 14.06 mata kepada 11,158.59, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 32.1 mata kepada 12,947.28 dan Indeks FBMT 100 menokok 11.69 mata kepada 10,987.95.

Indeks FBM 70 meningkat 32.85 mata kepada 14,158.7 dan FBM ACE mengembang 112.33 mata kepada 9,721.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan lega 9.39 mata kepada 13,295.11, Indeks Perladangan jatuh 1.16 mata kepada 6,999.62 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan menambah 0.09 mata kepada 139.23.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.2770/2830 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi ini apabila pelabur lebih berhati-hati dengan pegangan unit tempatan apabila kebimbangan gelombang kedua Covid-19 merangsang permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS.

Pada 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.2770/2830 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2750/2810 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata penurunan ringgit itu sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang Asia apabila para pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko dan mengurangkan pegangan kebanyakan mata wang Asia dan sebaliknya memilih dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0745/0800 daripada 3.0716/0763 dan susut berbanding yen kepada 3.9894/9961 daripada paras penutup 3.9875/9942 pada Khamis.

Ringgit tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3116/3195 daripada 5.3177/3268 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7971/8042 daripada 4.7991/8067 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar prestasi serantau

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada permintaan belian baharu dalam kaunter produk pengguna dan juga sejajar dengan prestasi kebanyakan bursa serantau lain, kata para peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.84 mata kepada 1,494.04 daripada paras penutup 1,489.20 pada Khamis.

Indeks itu dibuka tinggi naik 2.77 mata kepada 1,491.97.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 311 berbanding 135, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,265 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 532.90 juta saham bernilai RM164.91 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini menjangkakan aktiviti membeli saham murah terpilih dijangka berlaku hari ini selepas tiga hari berturut-turut pasaran mencatatkan penurunan, apabila pelabur mencari saham berharga rendah.

“Pemulihan juga dijangka seiring dengan perkembangan positif di Wall Street semalaman ditambah dengan harga minyak mentah tinggi, namun pergerakan mungkin terhad berikutan kekurangan petunjuk positif yang baharu memandangkan pelabur masih bimbang dengan peningkatan semula kes Covid-19 di seluruh dunia dan prospek ekonomi lemah,” kata firma pembrokeran itu.

Sementara itu, ia berkata pasaran saham Amerika Syarikat melantun semula daripada sesi lemah sebelum ini apabila Dow Jones meningkat 1.2 peratus di atas sokongan tuntutan pengangguran baharu yang lebih rendah daripada dijangkakan, manakala bacaan akhir suku pertama keluaran dalam negara kasar 2020 menguncup sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM7.63, TNB naik empat sen kepada RM11.62, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM16.50 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM6.33 dan RM5.38.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, AT Systematization meningkat dua sen kepada 17 sen, AT Syatematization naik satu sen kepada 10 sen, Technodex menokok setengah sen kepada 6.5 sen manakala Vivocom Intl tidak berubah pada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 37.50 mata kepada 10,512.26, Indeks FBMT 100 naik 35.41 mata kepada 10,364.50 dan FBM 70 menambah 51.46 mata kepada 12,877.71.

Indeks FBM Emas Shariah naik 34.14 mata kepada 11,920.96 manakala FBM ACE meningkat 32.89 mata kepada 6,176.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.44 mata kepada 134.05, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.60 mata kepada 12,825.20 tetapi Indeks Perladangan susut 0.35 mata kepada 6,684.10.

-BERNAMA

Categories
PENDAPAT RENCANA

Selamat kembali ke sekolah, patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam dimulakan semula hari ini.

Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai golongan pelajar, guru dan ibu bapa, namun dengan kes Covid-19 yang semakin terkawal, pembukaan ini diyakini berjalan lancar berpandukan tatacara operasi piawai (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan persiapan rapi yang dilaksanakan pihak sekolah serta pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, pembukaan sektor pendidikan dilihat penting terutama bagi pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Atas faktor ini juga, Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian tidak akan menangguhkan pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Pematuhan SOP, Periksa Suhu

Antara SOP pembukaan semula sekolah adalah pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah iaitu mereka dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Menerusi tinjauan yang dilakukan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam, beliau berpuas hati melihat semua pihak termasuk sekolah, pelajar dan ibu bapa sudah melakukan persiapan yang cukup untuk pembukaan semula sekolah.

Menurut beliau, KPM akan menganalisis situasi selepas Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima memulakan kelas dan berbincang semula dengan KKM serta Majlis Keselamatan Negara sebelum memutuskan bila pelajar lain boleh kembali ke sekolah.

Situasi Covid-19

Mengenai situasi Covid-19 pula, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan hanya tiga kes baharu direkodkan, angka antara paling rendah selepas hanya dua kes baharu pada 10 Jun lepas, selain tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Apapun yang diputuskan kerajaan, wajar untuk rakyat Malaysia optimis bahawa negara semakin menghampiri garis untuk bebas daripada pandemik Covid-19 dengan mematuhi SOP dan kawalan kendiri yang tinggi.

Namun perlu diingat, rakyat tidak boleh alpa dengan segala kelonggaran yang diberikan kerajaan kerana segalanya kini berada di tangan 32.7 juta rakyat Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah, naik semula

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi melantun semula selepasnya meneruskan aliran meningkat sesi sebelumnya menjelang pengumuman angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama negara esok.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.02 mata kepada 1,386.33 berbanding 1,382.31 pada paras penutup Jumaat minggu lepas, selepas dibuka 2.87 mata lebih rendah kepada 1,379.44.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum Nuzul Al-Quran yang jatuh pada Ahad.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 331 berbanding 143, manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,143 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 429.19 juta unit bernilai RM211.87 juta.

Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan KDNK suku pertama Malaysia pada 13 Mei dengan pertumbuhan dijangkakan berada antara 0.8 peratus dan lebih daripada 4.0 peratus.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata saham Asia dijangka bercampur-campur apabila para peniaga menilai cabaran ekonomi yang dihadapi dalam usaha menarik balik sekatan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

“Sektor tenaga agak lemah memandangkan penurunan harga minyak meskipun tambahan pengurangan pengeluaran oleh Arab Saudi tetapi ianya berkaitan dengan lantunan semula dan perspektif keseluruhannya bertambah baik perlahan-lahan memandangkan jangkaan pembukaan semula ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Di luar negara, para pelabur juga menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengenai isu semasa yang dihadapi ekonomi AS pada Rabu serta pengumuman beberapa data utama.

Data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian AS bagi April serta pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan data pengangguran China bagi April dijangka dikeluarkan pada Jumaat.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilanjutkan bagi tempoh sebulan lagi sehingga 9 Jun, ia merasakan FBM KLCI mungkin terus berada dalam situasi tidak berubah dengan paras ketahanan segera diunjurkan pada paras psikologi 1,400 dalam tempoh terdekat. Manakala paras sokongan diunjurkan pada paras 1,360.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Top Glove meningkat 92 sen kepada RM8.26, Hartalega naik 20 sen kepada RM7.57 dan Sime Darby Plantation menokok lima sen kepada RM4.82.

Maybank dan Axiata setiap satu naik dua sen masing-masing kepada RM7.43 dan RM3.91.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hubline tidak berubah pada lima sen, Careplus meningkat 5.5 sen kepada 64.5 sen, Ageson jatuh dua sen kepada 15.5 sen dan Key Alliance tidak berubah pada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.93 mata kepada 9,768.84, Indeks FBMT 100 naik 29.20 mata kepada 9,615.71, Indeks FBM Emas Shariah menokok 57.26 mata kepada 10,903.71, FBM ACE menambah 43.33 mata kepada 5,064.74 dan FBM 70 mengukuh 41.77 mata kepada 11,941.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.15 mata kepada 12,291.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.29 mata kepada 120.93 manakala Indeks Perladangan menokok 2.56 mata kepada 6,242.32.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah sedikit 4.3450/3550 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS apabila dolar yang lebih kukuh telah mengurangkan minat terhadap mata wang tempatan.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.3450/3550 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3310/3370 pada Jumaat minggu lepas.

Pasaran tempatan ditutup semalam sempena cuti umum gantian Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada hari Ahad.

Ketua Pakar Strategi Global AxiCorp Stephen Innes berkata pelabur kembali semula daripada percutian ke pasaran yang diselubungi dengan kebimbangan pembukaan semula ekonomi, pasaran minyak yang tidak menentu dan kemelut perang perdagangan yang masih lagi berlarutan.

“Tetapi dengan harga minyak bergerak pada hala tuju yang betul setiap minggu dan dengan bank pusat China memberi bayangan lebih banyak langkah-langkah dasar untuk menyokong ekonominya yang terjejas akibat pandemik, ia sepatutnya membantu risiko serantau,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Innes berkata harga minyak stabil semalaman selepas Arab Saudi mengumumkan mereka akan mengurangkan lagi satu juta tong sehari pada Jun, menjadikan pengeluaran harian mereka hanya di bawah 7.5 juta tong sehari.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0594/0675 daripada 3.0645/0696 pada Jumaat minggu lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 4.0422/0519 daripada 4.0716/0780.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3478/3610 daripada 5.3626/3718 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6896/7008 daripada 4.6948/6022 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.2330/2370 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Ringgit meneruskan penyusutan apabila dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan kebimbangan ketara membabitkan penularan Covid-19 dan kejatuhan harga minyak global, kata peniaga.

Pada jam 9.07 pagi, ringgit susut kepada 4.2330/2370 daripada paras 4.2130/2170 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata kejatuhan harga minyak itu memberi kesan meluas kepada pasaran kewangan berikutan kegagalan persetujuan bekalan minyak antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia pada Jumaat.

“Pasaran kini dalam proses menerima kesan perang harga minyak yang ketara dan menjangkakan kalangan pengeluar bahan api itu akan mengoptimumkan bahagian pasaran masing-masing di tengah-tengah peningkatan permintaan global yang dipacu oleh perkembangan Covid-19 berkenaan,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Pada masa ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat 5.7 peratus kepada AS$36.32 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5236/5297 daripada 5.5325/5395 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 4.0895/0945 daripada 4.1086/1137.

Ia bagaimana pun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0565/0612 daripada 3.0428/0467 dan rendah berbanding euro kepada 4.8176/8238 daripada 4.7982/8044, sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit terus dibuka rendah 4.1970/2020 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ringgit meneruskan penurunan minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para pelabur beralih kepada mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 dan kejatuhan harga minyak global, kata para peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, unit tempatan berada pada 4.1970/2020 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.

Seorang peniaga berkata lebih 107,000 dijangkit virus itu di seluruh dunia setakat ini ketika ia semakin menular ke lebih banyak negara dan mengakibatkan lebih banyak gangguan ekonomi.

Ekonomi utama Eropah, Itali mengenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar di bahagian utaranya termasuk Milan, ibu kota kewangannya.

Sementara itu, harga minyak mentah jatuh lebih daripada 20 peratus selepas Arab Saudi, pengeksport utama dunia, memutuskan untuk meningkatkan pengeluarannya selepas kegagalan perjanjian pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Russia.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan rendah.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0482/0522 daripada paras penutup 3.0222/0267 pada Jumaat dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0364/0423 daripada 3.9643/9701.

Unit tempatan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4922/5004 daripada 5.4156/4237 dan menguncup berbanding euro kepada 4.7732/7806 daripada 4.7088/7161 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa Malaysia susut 33.84 mata, minyak dunia jatuh mendadak

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan tekanan jualan selepas penanda aras global minyak mentah Brent jatuh menjunam sebanyak 20.63 peratus kepada US$35.93 setong susulan kegagalan perjanjian bekalan minyak antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia.

Saham berkaitan Petronas, PetChem dan PetGas jatuh 61 sen dan 44 sen setiap satu masing-masing kepada RM5.04 dan RM15.70.

Pada jam 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 33.84 mata atau 2.28 peratus kepada 1,449.26 daripada paras penutup 1,483.10 pada Jumaat minggu lepas.

Pada paras pembukaan, FBM KLCI dibuka rendah turun 23.29 mata kepada 1,459.81.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 427 berbanding 41, dengan 105 kaunter tidak berubah, 1,425 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 389.50 juta saham bernilai RM82.94 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata pasaran mendapati sukar untuk mengekalkan pemulihan kerana kenaikan sering terjejas oleh jualan berterusan di seluruh dunia, trend yang berlaku sejak penularan COVID-19.

“Memburukkan lagi keadaan kegagalan OPEC dan sekutunya untuk mencapai persetujuan mengehadkan pengeluaran, membayangkan satu gelombang baharu bekalan mungkin membanjiri pasaran pada April – membawa kepada penurunan harga minyak mentah,” kata firma penyelidikan itu.

Malacca Securities percaya kelemahan indeks utama akan berterusan dan pasaran akan kekal lemah dengan asas sekitar paras 1,495- 1,510 dalam persekitaran semasa.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 258.84 mata kepada 10,186.13, Indeks FBM Emas turun 321.48 mata kepada 10,798.87 dan FBM 70 berkurangan 408.30 mata kepada 12,309.28.

Indeks FBMT 100 turun 256.36 mata kepada 10,017.87 manakala FBM Ace susut 100.75 mata kepada 5,144.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 5.95 mata kepada 129.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 205.39 mata kepada 14,131.16 dan Indeks Perladangan berkurangan 109.99 mata kepada 6,623.05.

-BERNAMA