Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Penjawat awam, pelajar perubatan bantu urus pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 17 MEI: Kerajaan Selangor menyediakan beberapa inisiatif bagi melancarkan operasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) terutama di Stadium Malawati.

Usaha meliputi penyediaan 150 sukarelawan dalam kalangan penjawat awam, penguat kuasa pihak berkuasa tempatan, petugas perubatan Selcare dan pelajar perubatan universiti swasta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata pertambahan sukarelawan akan membantu pengurusan trafik dan penilaian pesakit Covid-19.

“Kerajaan Negeri turut bersetuju mewujudkan pusat panggilan yang akan dilaksanakan sukarelawan perubatan bertujuan mengurangkan beban di CAC bagi penilaian pesakit di rumah,” katanya.

Amirudin berkata kaunter khas juga diwujudkan mulai minggu depan bagi memotong gelang atau penamatan kuarantin di rumah untuk mengatasi kesesakan di CAC Stadium Malawati.

Dato’ Menteri Besar turut mencadangkan CAC swasta melibatkan klinik dan fasiliti perubatan dibenar membuat Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO).

“Ini membolehkan mereka memberi kebenaran pemakaian gelang kuarantin kepada individu positif atau kontak rapat. Dengan pelaksanaan ini, maka pesakit tidak perlu hadir ke CAC daerah tetapi boleh ke CAC swasta.

“Di Selangor, terdapat 65 pengamal perubatan yang diberi kebenaran untuk melaksanakan HSO. Senarai CAC swasta tersebut akan dimaklumkan kemudian,” kata Amirudin lagi.

Semalam, Amirudin berkata Kerajaan Selangor sentiasa berusaha memenuhi keperluan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor meskipun CAC bukan bawah bidang kuasanya.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lokasi, talian dan waktu operasi beberapa pusat nilai Covid-19 berubah

SHAH ALAM, 9 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku perubahan lokasi, nombor telefon dan waktu operasi di beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan lokasi dan nombor telefon membabitkan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang manakala perubahan waktu operasi pula di CAC Hulu Kelang dan Bestari Jaya.

Lokasi, nombor telefon dan waktu operasi terkini CAC terbabit seperti berikut:

1. CAC Pelabuhan Klang (03-31658459, 011-13262341), CAC Pulau Indah (03-31012035), CAC Sungai Bertik (03-33811165), CAC Anika (0172970056), CAC Bukit Kuda (03-33488174, 010-9797732), CAC Meru (03-32920876)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

2. CAC Bandar Botanik (03-33239304, 018-2875395)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)
– Sabtu dan cuti umum (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

3. CAC Hulu Kelang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (2.45 petang hingga 4 petang)
– Sabtu dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

4. CAC Bestari Jaya
– Isnin hingga Jumaat (2 petang hingga 5 petang)
– Sabtu, Ahad dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon berserta hari dan waktu operasi CAC seluruh negeri menerusi Facebook JKNS melalui carian https://www.facebook.com/jknselangor

CAC dibentuk pada akhir Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Perubahan lokasi, waktu operasi Pusat Penilaian Covid-19 Klang

SHAH ALAM, 18 APRIL: Berlaku perubahan lokasi dan waktu operasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang mulai semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata pusat itu yang bertempat di Stadium Hoki Pandamaran bertukar ke di Dewan MPK di Meru yang boleh dihubungi melalui talian 010-9797732.

“Waktu operasi CAC terbabit ialah 11 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Khamis bagi penilaian di klinik, manakala pemantauan di rumah pada jam 2 hingga 5 petang.

“Bagi hari Jumaat, penilaian di klinik pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari dan pemantauan di rumah pada jam 2.45 hingga 5 petang,” katanya di Facebook.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke pusat terbabit. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI SELANGOR

Perubahan lokasi, waktu operasi beberapa Pusat Penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan lokasi dan waktu operasi bebarapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan lokasi dan waktu melibatkan CAC Gombak serta perubahan waktu operasi di CAC Hulu Langat.

Menerusi perkongsian di Facebook, JKNS turut memaklumkan penutupan dua CAC Kuala Selangor.

Berikut disertakan lokasi dan waktu operasi terkini semua CAC.

CAC Stadium Melawati
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari)

CAC Hoki Pandamaran
– Isnin hingga Khamis (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) – penilaian klinikal pesakit
(2 petang hingga 5 petang) – pemantauan penilaian di rumah
– Jumaat (8.30 pagi hingga 11.30 pagi) – penilaian klinikal pesakit
(3 petang hingga 5 petang) – pemantauan penilaian di rumah
– Sabtu (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) – penilaian klinikal pesakit dan pemantauan penilaian di rumah

CAC Hulu Langat, Dewan Komuniti Taman Kajang Utama
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Telok Panglima Garang, CAC Telok Datok dan CAC Bukit Changgang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (3 petang hingga 4.30 petang)

CAC Jenjarom
– Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 1 tengah hari)
– Jumaat (10 pagi hingga 12.15 tengah hari)

CAC Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi
– Isnin hingga Khamis (8 pagi hingga 1 tengah hari)
– Jumaat (8 pagi hingga 12.15 tengah hari)
– Sabtu dan cuti umum (9 pagi hingga 12 tengah hari)

CAC Bestari Jaya
– Isnin hingga Jumaat (2 petang hingga 5 petang)
– Sabtu hingga Ahad dan cuti umum (8 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Sungai Besar, CAC Sungai Lima, CAC Sekinchan, CAC Sabak, CAC Parit Baru, CAC Sungai Air Tawar, CAC Bagan Terap, CAC Merbau Berdarah
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang)
– Sabtu hingga Ahad (8 pagi hingga 12 tengah hari)
– Nombor telefon 03-32241358, 013-8443832

CAC Kuang
– Isnin hingga Jumaat (10 pagi hingga 12 tengah hari)

CAC Rawang, CAC Selayang Baru, CAC Taman Ehsan, CAC Sungai Buloh, CAC Batu Arang, CAC Gombak Setia, CAC AU2, CAC Batu 8, CAC Hulu Kelang
– Isnin higga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (2.45 petang hingga 4 petang)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Perubahan waktu operasi beberapa Pusat Penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 28 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan waktu operasi bebarapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan melibatkan CAC Stadium Melawati di Shah Alam; CAC Dewan Seroja Kampung Bendahara di Gombak serta CAC Dewan Komuniti Taman Kajang Utama dan Dewan MPAJ Kampung Ampang Indah di Hulu Langat.

Waktu operasi turut berubah di CAC Telok Panglima Garang, Telok Datok, Bukit Changgang dan Jenjarom di Kuala Langat serta CAC Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang.

CAC Stadium Melawati
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari)

CAC Dewan Seroja
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 4 petang)
– Sabtu (9 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Dewan Komuniti
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4 petang)

CAC Dewan MPAJ
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 1 tengah hari)
– Sabtu (9 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Telok Panglima Garang, CAC Telok Datok dan CAC Bukit Changgang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (3 petang hingga 4.30 petang)

CAC Jenjarom
– Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 1 tengah hari)
– Jumaat (10 pagi hingga 12.15 tengah hari)

CAC Stadium Mini
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang)
– Sabtu dan cuti umum (9 pagi hingga 12 tengah hari)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI SELANGOR

Waktu operasi Pusat Penilaian Covid-19 tiga daerah diubah, semak Facebook JKNS

SHAH ALAM, 21 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan perubahan waktu operasi bagi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) melibatkan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Klang dan Sepang.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, bagi CAC PKD Petaling di Stadium Melawati Seksyen 13 Shah Alam waktu operasi adalah Isnin sehingga Sabtu dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Bagi CAC PKD Klang di Stadium Hoki Pandamaran, waktu operasi untuk Isnin – Khamis adalah jam 8.30 pagi-12.30 tengah hari dan 2-5 petang, sementara pada Jumaat bermula 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi dan 3-5 petang manakala pada Sabtu bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sementara itu untuk CAC PKD Sepang di Stadium Mini Bandar Baharu Salak Tinggi waktu operasi pada Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang, manakala pada Sabtu dan cuti umum adalah 8 pagi sehingga 1 petang.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” tulis jabatan itu.

Selain stadium dan dewan orang ramai, 19 CAC di seluruh Selangor turut ditempatkan di klinik kesihatan (KK) dan klinik desa yang disenaraikan.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Senarai lengkap nombor telefon CAC beserta hari dan waktu operasi boleh dirujuk di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Perubahan nombor talian pusat nilai Covid-19 Petaling, Sepang

SHAH ALAM, 11 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan penggunaan aplikasi WhatsApp kepada Telegram bagi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Petaling.

Pusat terbabit boleh dihubungi menggunakan nombor 011-6405718 (Telegram) selain nombor telefon tambahan CAC Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling iaitu 011-5881 4350 dan 011-5881 4280.

Menurut JKNS, CAC Sepang turut menambah nombor WhatsApp 019-6656998 serta e-mel [email protected] selain talian penting 011-11862720.

“Selain itu, ada perubahan waktu operasi hujung minggu dan cuti umum CAC Kuala Langat kepada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi boleh dirujuk di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke pusat itu. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pusat nilai Covid-19 pantau 60,052 pesakit setakat 9 Februari

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Perkhidmatan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang mula beroperasi secara berperingkat mulai 25 Januari lepas telah memantau 60,052 pesakit setakat 9 Februari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 152 buah pusat CAC yang sedang beroperasi di seluruh negara, mengendalikan penilaian pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan pemantauan di rumah.

“Pada masa ini, CAC sedang memantau seramai 20,089 pesakit yang sedang menjalani pengasingan di rumah. Penilaian dan pemantauan pesakit ini dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga serta dibantu oleh anggota sokongan klinikal yang lain,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi melancarkan perkhidmatan, CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana fasiliti kerajaan, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat dari 8 pagi hingga 5 petang hari bekerja dan ada juga CAC yang beroperasi pada hari minggu.

Menurut data preliminari kumulatif pesakit positif Covid-19 yang hadir ke CAC mengikut negeri, Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 24,863 pesakit, diikuti Johor (16,561), Kuala Lumpur dan Putrajaya (8,022), Melaka (3,128) dan Pulau Pinang seramai 1,686 pesakit.

Dr Noor Hisham berkata pesakit Covid-19 yang menjalani pengasingan di rumah juga perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Set Penilaian di Rumah (HAT) yang dibekalkan oleh CAC.

“Pesakit tersebut juga perlu melaporkan status kesihatan setiap hari melalui aplikasi MySejahtera atau apabila dihubungi oleh anggota kesihatan dan perlu menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan kalau terdapat kemerosotan gejala,” katanya.

Maklumat lanjut berkenaan pemantauan kendiri di rumah boleh dirujuk di laman sesawang Portal Covid-19 Malaysia KKM (http://covid-19.moh.gov.my/ )

Butiran lanjut mengenai waktu operasi CAC ini turut dipaparkan di portal tersebut dan media sosial (Facebook) Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

-BERNAMA

 

Categories
AGENSI SELANGOR

Lebih banyak pusat urus pesakit Covid-19 dibuka pada hujung minggu

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengemas kini waktu operasi beberapa pusat penilaian Covid-19 (CAC) untuk rujukan pesakit.

Perubahan pada hujung minggu dan cuti umum melibatkan hampir semua pejabat kesihatan daerah (PKD) kecuali Sabak Bernam, maklum agensi itu di Facebook hari ini.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” tulis jabatan itu.

Selangor memiliki 19 pusat penilaian yang akan menentukan tahap kesihatan pesakit seterusnya mengenal pasti mereka yang sesuai untuk kekal di rumah menggunakan Set Penilaian di Rumah (HAT).

Pesakit akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital jika dikategori tahap satu dan dua yang tidak sesuai lagi ditempatkan di rumah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Sabtu memaklumkan bersedia menambah CAC di tiga daerah berisiko tinggi bagi memantau pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Berikut senarai pusat penilaian yang dikemas kini:

Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor