Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lokasi, talian dan waktu operasi beberapa pusat nilai Covid-19 berubah

SHAH ALAM, 9 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku perubahan lokasi, nombor telefon dan waktu operasi di beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan lokasi dan nombor telefon membabitkan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang manakala perubahan waktu operasi pula di CAC Hulu Kelang dan Bestari Jaya.

Lokasi, nombor telefon dan waktu operasi terkini CAC terbabit seperti berikut:

1. CAC Pelabuhan Klang (03-31658459, 011-13262341), CAC Pulau Indah (03-31012035), CAC Sungai Bertik (03-33811165), CAC Anika (0172970056), CAC Bukit Kuda (03-33488174, 010-9797732), CAC Meru (03-32920876)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

2. CAC Bandar Botanik (03-33239304, 018-2875395)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)
– Sabtu dan cuti umum (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

3. CAC Hulu Kelang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (2.45 petang hingga 4 petang)
– Sabtu dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

4. CAC Bestari Jaya
– Isnin hingga Jumaat (2 petang hingga 5 petang)
– Sabtu, Ahad dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon berserta hari dan waktu operasi CAC seluruh negeri menerusi Facebook JKNS melalui carian https://www.facebook.com/jknselangor

CAC dibentuk pada akhir Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Perubahan waktu operasi beberapa Pusat Penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 28 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan waktu operasi bebarapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan melibatkan CAC Stadium Melawati di Shah Alam; CAC Dewan Seroja Kampung Bendahara di Gombak serta CAC Dewan Komuniti Taman Kajang Utama dan Dewan MPAJ Kampung Ampang Indah di Hulu Langat.

Waktu operasi turut berubah di CAC Telok Panglima Garang, Telok Datok, Bukit Changgang dan Jenjarom di Kuala Langat serta CAC Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang.

CAC Stadium Melawati
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari)

CAC Dewan Seroja
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 4 petang)
– Sabtu (9 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Dewan Komuniti
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4 petang)

CAC Dewan MPAJ
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 1 tengah hari)
– Sabtu (9 pagi hingga 1 tengah hari)

CAC Telok Panglima Garang, CAC Telok Datok dan CAC Bukit Changgang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (3 petang hingga 4.30 petang)

CAC Jenjarom
– Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 1 tengah hari)
– Jumaat (10 pagi hingga 12.15 tengah hari)

CAC Stadium Mini
– Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang)
– Sabtu dan cuti umum (9 pagi hingga 12 tengah hari)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI SELANGOR

Lebih banyak pusat urus pesakit Covid-19 dibuka pada hujung minggu

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengemas kini waktu operasi beberapa pusat penilaian Covid-19 (CAC) untuk rujukan pesakit.

Perubahan pada hujung minggu dan cuti umum melibatkan hampir semua pejabat kesihatan daerah (PKD) kecuali Sabak Bernam, maklum agensi itu di Facebook hari ini.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” tulis jabatan itu.

Selangor memiliki 19 pusat penilaian yang akan menentukan tahap kesihatan pesakit seterusnya mengenal pasti mereka yang sesuai untuk kekal di rumah menggunakan Set Penilaian di Rumah (HAT).

Pesakit akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital jika dikategori tahap satu dan dua yang tidak sesuai lagi ditempatkan di rumah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Sabtu memaklumkan bersedia menambah CAC di tiga daerah berisiko tinggi bagi memantau pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Berikut senarai pusat penilaian yang dikemas kini:

Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Waktu operasi premis niaga di KL kekal hingga 12 tengah malam – DBKL

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Waktu operasi premis perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Pengurusan Krisis WPKL (CMCWPKL) yang bersidang pada 11 September.

Kenyataan itu berkata keseragaman waktu itu adalah bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan lain-lain agensi.

“Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama lain-lain agensi telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil pemantauan yang dilaksanakan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP ini masih perlu ditingkatkan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Pada 10 September lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau dilaporkan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini selepas menerima banyak aduan pemilik premis yang pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.

Sehubungan itu, DBKL memohon kerjasama pemilik, pengendali premis perniagaan dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan serta kekal mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal apabila berada di tempat awam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN buka kaunter duti setem dari 8 pagi hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.

Bagi perkhidmatan lain di pejabat setem cawangan LHDNM, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala di Pusat Khidmat Hasil dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari hingga 3 petang, menurut LHDNM dalam kenyataan hari ini.

Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kaunter akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.

Di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, kaunter akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis.

Bagi Kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, waktu urusan bagi bayaran melalui kaedah tunai, kad kredit dan kad debit akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 2 petang.

“Bagi bayaran melalui lain-lain kaedah, waktu beroperasinya adalah pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 3 petang,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan waktu operasi boleh dikemukakan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas, dan media sosial rasmi LDHNM iaitu di Facebook- http://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter- http://twitter.com/LHDNMofficial.

-BERNAMA