Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: KPDNHEP terima 250 aduan berkaitan penutup hidung, mulut

KUCHING, 14 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 250 aduan salah laku berkaitan penutup hidung dan mulut, susulan penularan jangkitan koronavirus 2019 (Covid-19).

Timbalan menterinya Chong Chieng Jen berkata sehingga semalam, aduan yang diterima merangkumi harga mahal sebanyak 181 aduan; kurang atau tiada bekalan (lapan); tidak menerima barang yang ditempah (tujuh); harga mengelirukan (empat); barang tiruan (dua); barang yang diterima tidak seperti yang ditawarkan (dua) dan kualiti produk (satu).

“Selain itu, barangan yang turut terkesan daripada penularan jangkitan itu adalah harga cecair pembasmi kuman pada tangan (hand sanitizer), di mana kementerian menerima sebanyak 20 aduan berkaitan barangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ekspo Konsumer-Kerajaan di sini hari ini.

Mengulas mengenai aduan-aduan lain yang diterima KPDNHEP, Chong berkata antara yang sering dilaporkan oleh rakyat adalah berkaitan harga barangan, penandaan tanda harga, transaksi atas talian serta aduan mengenai perkhidmatan mengelirukan.

“Bagi 2019, kementerian menerima 21,935 aduan, iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus berbanding 26,086 aduan pada 2018.

“Tiga kategori (aduan) tertinggi bagi 2019 ialah berkaitan harga iaitu sebanyak 6,076 aduan, diikuti aduan berkaitan transaksi atas talian (5,415) dan perkhidmatan mengelirukan sebanyak 3,566 aduan,” katanya.

Beliau berkata KPDNHEP telah menyediakan sembilan saluran, bagi memudahkan rakyat untuk mengemukakan aduan kepada kementerian.

“Bagi 2019, saluran paling popular dalam kalangan rakyat adalah penyaluran aduan melalui Portal e-Aduan iaitu 46.1 peratus diikuti aplikasi telefon pintar Ez ADU (25.9 peratus) dan yang ketiga adalah menerusi aplikasi WhatsApp (13 peratus),” tambahnya.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Latheefa – jangan guna Akta Hasutan

lateefa koya pc 01

SHAH ALAM 15 OGOS : Parti pemerintah Umno-BN digesa tidak menyalahgunakan Akta Hasutan terhadap parti-parti politik yang mengkritik kelemahan Kerajaan.

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PKR Latheefa Koya berkata setiap dakwaan terhadap Kerajaan sebaliknya perlu ditangani dengan sewajarnya dan bukan diketepikan sebagai hasutan.

“Keperluan dalam permohonan undang-undang hasutan di Malaysia adalah ia tidak boleh digunakan untuk kenyataan-kenyataan terhadap parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional samada ia berada dalam Kerajaan atau bukan,” jelas Latheefa.

PKR mengulangi pendirian agar Akta Hasutan dimansuhkan tanpa sebarang penggantian.

Latheefa berkata demikian selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memfailkan laporan polis terhadap Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen semalam.

Chong didakwa berniat jahat kerana mengesyaki Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional dan Polis sengaja membiarkan jenayah berleluasa bagi mendesak undang-undang pencegahan diperkenalkan semula.

Khairy mahu Chong didakwa dibawah Akta Hasutan kerana tindakannya itu menghasut rakyat membenci Barisan Nasional.

“Jika alasan Khairy itu diterima, maka semua pemimpin yang mengkritik BN bersalah kerana menghasut!,” tegas Latheefa.

Latheefa berkata dakwaan Chong itu sewajarnya diteliti ekoran seruan undang-undang pencegahan diperkenalkan semula bagi menangani lonjakan mendadak jenayah-jenayah berat mutakhir ini.

“BN adalah kerajaan (Persekutuan). Polis dibawah Kementerian Dalam Negeri dan mereka gagal menjalankan tugas dengan baik. Tidak ada alasan untuk gagal memelihara keamanan,” tegas Chong mempertahankan kenyataannya di dalam satu laporan media.

Categories
NASIONAL SELANGOR

27 NGO Desak Henti Penahanan Bermotifkan Politik – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 22052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan luar bandar Selangor seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam

2. Sebanyak 27 Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuntut penahanan berunsur politik dihentikan serta-merta.

3. Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata DAP Sarawak menyokong penyelarasan semula gaji wakil-wakil rakyat hanya jika ia disertai dengan larangan kepada ahli keluarga dan sanak-saudara pimpinan kerajaan negeri untuk meraih kontrak-kontrak kerajaan negeri.

4. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah di Bukit Aman serta ibu pejabat polis kontinjen negeri dan daerah sebagai usaha mencegah jenayah secara lebih berkesan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PM Janji Hapus Rasuah, Taib Masih Bebas – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 09042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya memerlukan kemenangan 33 kerusi Parlimen di 83 kerusi Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak.

2. Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen menasihatkan Perdana Menteri supaya menyelesaikan dahulu tuduhan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ‘berjanji’ membanteras rasuah secara menyeluruh.

Menurut Chieng Jen, ia juga adalah janji lama, yang dilaung kembali oleh BN tanpa ada tindakan serius dan bersungguh-sungguh.

3. Markas pilihanraya Parti Keadilan Rakyat dan Parti Islam Se-Malaysia di Seksyen 20, Shah Alam diserang oleh pihak yang tidak dikenali, menyebabkan kerosakan bahan-bahan kempen dan beberapa bendera parti dibakar.