Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Cuaca Panas & Kering: Waspada tanda awal strok haba

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Berikutan cuaca panas dan kering yang tidak menentu di negara ini orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba,

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia termasuk suhu badan individu yang melebihi 40.5 darjah Celsius berbanding suhu biasa badan manusia kira-kira 37 darjah Celcius.

Katanya, suhu yang tinggi itu juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma seterusnya mengakibatkan kematian.

“Petanda lain membabitkan serangan itu ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Selain itu, individu terbabit akan merasai otot lemah serta kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Cuaca panas di Sabah berterusan seminggu lagi

KOTA KINABALU 4 APR: Cuaca panas di Sabah dijangka berterusan selama seminggu lagi, namun suhu masih dalam keadaan normal.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata suhu maksimum semasa di negeri ini ialah 33 darjah Celcius iaitu normal dan selamat.

“Cuaca panas yang dialami sekarang adalah disebabkan kurang hujan dan angin tenang sejak sebulan lalu.

“Bagaimanapun, ia masih dianggap selamat jika suhu di bawah 35 darjah Celcius,” katanya lapor BH ONLINE.

Azemi berkata, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba tahap satu sekiranya kawasan mencatatkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Berdasarkan ramalan cuaca minggu ini menerusi laman web MetMalaysia, negara berhadapan dengan suhu terendah dijangka 22 darjah Celcius dan paling tinggi 33 darjah Celcius dan hujan di satu atau dua tempat.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Cuaca panas: Pastikan ambil air mencukupi

SHAH ALAM 25 OKT: Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kadar pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan kejadian dehidrasi terutama ketika cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkataorang awam jelasnya, dinasihatkan berjaga-jaga dengan tanda-tanda strok haba seperti sakit kepala, lidah bengkak, tidak berpeluh, lesu, hilang fokus dan pengsan.

“Sekiranya keadaan ini berlaku, orang awam hendaklah segera mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena cuaca panas itu berlaku disebabkan oleh taufan Lan yang kini berada di selatan Jepun sedang bergerak ke utara dan mula menjauhi negara ini.

Keadaan itu menyebabkan wap air di ruang udara negara ini tertumpu ke kawasan taufan ber­kenaan lantas menyebabkan pertambahan suhu.

Kata Noor Hisham, berdasarkan definisi Jabatan Meteorologi, suhu normal maksimum harian adalah antara 28.6 ke 35 darjah Celsius dan ketika ini, suhu maksimum Semenanjung Malaysia tidak mencapai 35 darjah Celsius.

Namun begitu, katanya, orang ramai diingatkan supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghadapi situasi sekiranya cuaca semakin bertambah panas dan berterusan.

“Nasihat Kementerian Kesihatan bagi situasi ini boleh diperoleh daripada laman web kementerian.

“Kementerian juga sentiasa memantau situasi cuaca di Malaysia melalui laman web Jabatan Meteorologi di http://www.met.gov.my,” katanya.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

Cuaca panas: Jaga kesihatan banyakkan minum air

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 MAC: Orang ramai dinasihatkan meminum air kosong dalam kadar banyak tanpa menunggu rasa dahaga dan tahap aktiviti fizikal yang dilakukan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pengambilan minuman beralkohol dan kafein juga perlu dielakkan kerana ia menyebabkan badan lebih cepat terhidrasi.

Suhu-panas-eksterm-416x250Katanya, minuman isotonik pula digalakkan bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang akibat berpeluh.

“Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak, kurangkan melakukan aktiviti di luar dan dapatkan rehat yang secukupnya, sentiasa menggunakan kipas angin dan penghawa dingin serta mandi.

“Jika terpaksa melakukan aktiviti di luar, pastikan memakai pakaian bersesuaian, tidak ketat dan berwarna cerah selain menggunakan topi dan payung bagi mengurangkan risiko,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas ekstrem sehingga penghujung Mac ini ekoran fenomena El-Nino.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail dalam laporan media berkata suhu dijangka berkurangan dan cuaca kembali lembab menjelang peralihan monsun sekitar April nanti.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya fenomena berlaku disebabkan ekuinoks.

EZY

Categories
NASIONAL

MET: Cuaca panas diramal kembali normal pada Jun

KUALA LUMPUR 8 MAC: Cuaca panas dialami sekarang diramal kembali normal pada bulan Jun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata ini berikutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka berakhir mulai bulan itu.

Suhu-panas-eksterm-416x250El Nino dikesan pada bulan Disember tahun lalu hingga Januari lepas, didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya.

Che Gayah berkata peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka mengurangkan kesan cuaca panas kerana hujan dan ribut petir diramal kerap berlaku terutama pada waktu petang.

“Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun, tetapi negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari bulan Mei hingga September,” katanya dipetik BERNAMA.

El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.

Fenomena El Nino kuat yang pernah melanda negara ialah pada tahun 1997/1998 dengan suhu tertinggi dicatatkan pada 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis.

EZY

Categories
NASIONAL

Orang ramai disaran jaga kesihatan ekoran cuaca panas

SHAH ALAM 11 JAN : Cuaca panas dan kering yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menasihatkan orang ramai bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca itu.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Cuaca panas terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata musim kering berpanjangan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu dan berisiko menimbulkan beberapa penyakit berkaitan masalah tersebut.

Antara penyakit berkaitan ialah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (URTI), asma dan konjunktivitis.

“Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MET: Cuaca panas dijangka bermula minggu depan

SHAH ALAM 23 FEB: Fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku di negara ini mulai minggu depan tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan,” katanya dipetik Bernama.

Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.

“Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi,” katanya.

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Jangan panik, cuaca panas melanda negara bukan El-Nino

SHAH ALAM 14 JUN: Orang ramai diingatkan tidak panik dengan cuaca panas yang melanda negara kerana ia adalah fenomena biasa ketika peralihan monsun barat daya.

Pengarah Bahagian Korporat dan Komersil, Jabatan Meteorologi, Maznorizan Mohamad berkata, cuaca panas ini juga bukannya fenomena El Nino seperti yang diramal banyak pihak.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Cuaca panas bermula lebih kurang pada 15 Mei dan keadaan ini dijangka sehingga permulaan September. Monsun barat daya memang kering dan kita akan mengalami musim yang lebih kering daripada biasa.

“Kalau hujan pun, ia kurang daripada biasa. Jadi orang semua sibuk cakap ini El Nino padahal ini adalah musim perubahan monsun barat daya yang muncul mungkin sekali dengan trend untuk kewujudan El Nino,” katanya dipetik Sinar Harian.

Katanya, ia turut dirasai di negara lain, bahkan ada yang lebih teruk.

“El Nino boleh melanda dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun, ia bukan ribut, tapi ia fenomena jangka panjang dan berskala global berlaku kesan interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang setiap tiga ke tujuh tahun.

“Pada masa sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji sikap orang ramai yang prihatin dengan keadaan cuaca panas yang melanda negara.

“Saintis belum isytihar lagi dunia dilanda El Nino, sekarang ini kalau kita tengok memang suhu naik.

Ramai orang masih tidak faham, ramai jadi prihatin dengan isu ini, tapi bagus juga orang berjaga-jaga dan berhati-hati, ” katanya.