Categories
SUKANKINI

Pusingan 5 Cub Prix bersambung di MAEPS Serdang

SHAH ALAM 11 JULAI: Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali bersambung setelah berehat panjang sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitiri yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 15 dan 16 Julai ini.

Perlumbaan pusingan kelima pada minggu ini menyaksikan MAEPS menjadi hos buat tahun ketiga berturut-turut dengan penyediaan litar yang mencabar termasuk laluan lurus berbukit yang memerlukan kelebihan dari segi kuasa jentera.

Saingan minggu ini juga menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang terlepas aksi pusingan keempat di Teluk Intan kerana menyertai Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV di Sepanyol, Mei lepas akan kembali ke litar dalam usaha untuk merampas kembali kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori CP150.

Selepas empat pusingan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ yang menjuarai perlumbaan di Teluk Intan kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 51 mata manakala Kasma di tangga kedua dengan 50 mata diikuti rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

SHZ_2990Saingan CP115 pula terarah kepada Md Akid Aziz yang memburu kemenangan keempat berturut-turut manakala saingan kelas Wira tertumpu kepada persaingan diantara dua pasukan, PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech dan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing.

Md Aiman Tahirudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech sedang mendahului kedudukan dengan 66 mata manakala Saiful Azhary Muhamad di kedudukan kedua dengan 49 mata.

Menurut Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan, persaingan diantara pelumba-pelumba pasti menarik terutama di dalam kelas CP150.

“Selain kehadiran semula Kasma, yang juga pemenang di litar ini pada musim 2016, mesyuarat bersama pengurus-pengurus Jun lepas juga telah bersetuju dengan beberapa perubahan teknikal jentera yang akan mula diguna-pakai pada pusingan ini.

“Selain itu, Kejuaraan Cub Prix juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik seperti penampilan istimewa artis jemputan, pengenalan model baharu motosikal, pertunjukan aksi motosikal, autoshow, penampilan pelumba GP negara dan banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung,” jelas Shafry.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix kaji pinda peraturan teknikal CP150

SHAH ALAM 7 JUN: Beberapa peraturan teknikal khususnya di dalam kategori CP150 akan dikaji dan dipinda sebelum bermulanya saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pindaan ke atas peraturan perlumbaan jarang dilakukan pada pertengahan musim namun terdahulu, kesemua pasukan sudah menyatakan persetujuan untuk melakukan pindaan terhadap peraturan teknikal jentera pada pertengahan musim sebaik kategori CP150 mula berlangsung pada tahun ini.

Pengumpulan data terhadap kategori baharu perlu dilakukan sebelum sebarang pindaan peraturan dilakukan terutama dengan teknologi terkini dalam kelas CP150 dalam usaha untuk memastikan persaingan yang lebih sengit dan seimbang diantara pasukan-pasukan bertanding.

“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan tahap persaingan dan perlumbaan lebih seimbang di dalam kelas CP150.

“Kami berharap kaedah-kaedah atau peraturan baharu yang diumumkan nanti akan diterima oleh semua pasukan,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, 15 – 16 Julai depan.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif raih kemenangan sulung CP150 dahului kedudukan keseluruhan

OLEH HAFIZAN TAIB

TELUK INTAN, 22 MEI: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran, meraih kemenangan sulung apabila muncul juara bagi kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan, di sini, semalam.

Anak muda 22 tahun dari Terengganu itu menggunakan kelebihan jentera untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 43.660 saat untuk menewaskan pesaingnya, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), di kedudukan kedua dengan 17’48.328s.

Turut merangkul podium, Azhar Abd Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang sekadar meraih kedudukan ketiga selepas mencatat 17’51.257s.

“Saya anggap kejayaan hari ini (semalam) sebagai rezeki kerana pelumba lain tidak kurang hebatnya, namun begitu saya mendapat catatan yang baik pada pelumbaan ini kerana menggunakan jentera (motosikal) yang baik dan bermula di barisan hadapan.

AFIF CUB PRIX“Pasukan menyediakan jentera terbaik, pada minggu ini. Kami akan berehat panjang selepas ini dan akan bersambung selepas raya, jadi saya berharap momentum ini dapat dikekalkan,” kata Ahmad Afif yang gembira dan bersyukur kerana dapat menaiki podium buat kali pertama musim ini walaupun persaingan begitu mencabar.

Selepas pusingan keempat, Ahmad Afif mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 51 mata, satu mata mengatasi pelumba sensasi, Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak beraksi kerana menyertai perlumbaan Kejuaraan Remaja Dunia Moto3 di Le Mans, Perancis diikuti Ahmad Fazli (ketiga) dengan 40 mata.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Akid Aziz memanfaatkan insiden membabitkan kelompok pelumba hadapan yang terjatuh pada awal perlumbaan untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini, sekali gus melebarkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 75 mata selepas tiga perlumbaan.

Akid yang bermula dari petak kedua, namun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan menamatkan 15 pusingan keseluruhan dengan 14’06.897s diikuti Md Hafiza Rofa (Fahmy Capirex Racing Team) dengan masa 14’12.148s dan Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga dengan masa 14’13.200s.

CUB PRIXBerada di kedudukan kedua dalam senarai keseluruhan ialah rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues dengan 49 mata diikuti Nazirul Izzat (ketiga) 36 mata.

Persaingan sengit sepanjang 12 pusingan kategori Wira menyaksikan gelaran juara menjadi milik Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Afb – Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’25.236s.

Tepat kedua dimenangi Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) dengan masa 11’26.128s, manakala tempat ketiga dimiliki Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dengan masa 11’26.863s.

Kemenangan itu melebarkan kedudukan Aiman selaku pendahulu keseluruhan dengan 66 mata, 17 mata mengatasi Saiful (kedua) dengan 49 mata sambil diekori rapat Syafieq (ketiga)46 mata.

Pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 akan berlangsung di Litar MAEPS, Serdang, pada 15 hingga 16 Julai ini.
KEPUTUSAN PUSINGAN 4 KEJUARAAN CUB PRIX AAM Malaysia PETRONAS – TELUK INTAN, PERAK.

CP150
Perlumbaan Akhir
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 17’43.660s
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17’48.328s
3. Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’51.257s
4. Md Izzat Zaidi Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’54.113s
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) 17’57.779s

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 51 mata
2. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 50 mata
3. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Givi Honda Yuzy Racing 33 mata
5. Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 29 mata
CP115
Perlumbaan Akhir
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’06.897s
2. Md Hafiza Rofa (TRG) Fahmy Capirex Racing Team) 14’12.148s
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 14’13.200s
4. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’16.394s
5. Md Aznil Md Ali (TRG) M-Seki Liberty Honda Racing) 14’16.991s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49 mata
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 34 mata
5. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) 26 mata

WIRA
Perlumbaan Akhir
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’25.236s
2. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 11’26.128s
3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’26.863s
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’28.455s
5. Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’28.563s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 66 mata
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
3. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 46 mata
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 44 mata
5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 35 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif raih kemenangan sulung CP150

TELUK INTAN 21 MEI: Ahmad Afif Amran meraih kemenangan sulung pada musim 2017 apabila muncul juara bagi kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan di sini, hari ini.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ berusia 22 tahun itu menggunakan kelebihan jentera pada minggu ini untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 43.660 saat untuk menewaskan pesaingnya Ahmad Fazli Sham, yang tamat di kedudukan kedua dengan 17’48.328s.

Turut merangkul podium, Azhar Abd Jalil dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing yang sekadar meraih kedudukan ketiga selepas mencatat masa 17’51.257s.

Pelumba kelahiran Terengganu itu berkata beliau gembira dan bersyukur kerana dapat menaiki podium buat kali pertama musim ini walaupun persaingan begitu mencabar.

“Saya anggap kejayaan hari ini sebagai rezeki kerana pelumba lain tidak kurang hebatnya, namun begitu saya mendapat catatan yang baik pada pelumbaan ini kerana menggunakan jentera (motosikal) yang baik dan bermula di barisan hadapan,” katanya.

CP150_03Selepas pusingan keempat, Afif Amran mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 51 mata, satu mata mengatasi pelumba sensasi Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak beraksi pada pusingan ini kerana menyertai perlumbaan Kejuaraan Remaja Dunia Moto3 di Le Mans, Perancis. Ahmad Fazli berada di tangga ketiga dengan 40 mata.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Akid Aziz memanfaatkan insiden melibatkan kelompok pelumba hadapan yang terjatuh pada awal perlumbaan untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini sekaligus melebarkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 75 mata selepas tiga perlumbaan.

Akid yang bermula dari petak kedua namun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan menamatkan 15 pusingan keseluruhan dengan 14’06.897s diikuti Md Hafiza Rofa (Fahmy Capirex Racing Team) dengan masa 14’12.148s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga dengan masa 14’13.200s.

Berada di kedudukan kedua dalam senarai keseluruhan ialah rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues dengan 49 mata diikuti Nazirul Izzat ketiga, 36 mata.

Persaingan sengit sepanjang 12 pusingan kategori Wira menyaksikan gelaran juara menjadi milik Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Afb – Tech yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’25.236s.

Tepat kedua dimenangi Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) dengan masa 11’26.128s manakala tempat ketiga dimiliki Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dengan masa 11’26.863s.

Kemenangan ini melebarkan kedudukan Aiman selaku pendahulu keseluruhan dengan 66 mata, 17 mata mengatasi Saiful di kedudukan kedua dengan 49 mata sambil diekori rapat Syafieq dengan 46 mata.

Pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 akan berlangsung di Litar MAEPS, Serdang, Selangor pada 15-16 Julai.
Keputusan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS – Teluk Intan, Perak

CP150

Perlumbaan Akhir
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 17’43.660s
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17’48.328s
3. Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’51.257s
4. Md Izzat Zaidi Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’54.113s
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) 17’57.779s

 

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 51 mata
2. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 50 mata
3. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Givi Honda Yuzy Racing 33 mata
5. Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 29 mata

 
CP115
Perlumbaan Akhir
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’06.897s
2. Md Hafiza Rofa (TRG) Fahmy Capirex Racing Team) 14’12.148s
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 14’13.200s
4. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’16.394s
5. Md Aznil Md Ali (TRG) M-Seki Liberty Honda Racing) 14’16.991s

 

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49 mata
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 34 mata
5. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) 26 mata

 

WIRA
Perlumbaan Akhir
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’25.236s
2. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 11’26.128s
3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’26.863s
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’28.455s
5. Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’28.563s

 

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 66 mata
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
3. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 46 mata
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 44 mata
5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 35 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Akid pertaruh pengalaman di Kem VR46 di Teluk Intan

SHAH ALAM 17 MEI: Md Akid Aziz yang baru kembali dari menyertai latihan di Kem Master VR46, akademi milik juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi di Tavullia, Itali pada 10 hingga 14 Mei lalu akui cukup teruja dengan pengalaman yang diperoleh setelah berjaya menamatkan kem latihan dengan jayanya.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu telah menunjukkan peningkatan prestasi sepanjang berada di Itali termasuk dengan memenangi perlumbaan ketika sesi latihan menggunakan jentera miniGP.

Pelumba berusia 18 tahun itu berharap dapat memanfaatkan pengalaman di Itali dalam usaha untuk mengembangkan kariernya ke peringkat lebih tinggi termasuk di peringkat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

“Sesi latihan di Itali telah berakhir dan saya gembira dapat menunjukkan perkembangan baik di sana. Saya berterima kasih kepada Yamaha dan VR46 diatas sokongan dan usaha mereka.

Akid - podium juara CP115 Kejuaraan Cub Prix di Tangkak“Saya berharap dapat meneruskan latihan seperti ini apabila berada di rumah. Meskipun terdapat perbezaan, tetapi saya akan cuba melakukan sesuatu yang hampir serupa untuk membantu perkembangan karier saya,” jelas juara CP115 musim 2016 itu.

Turut bersama Akid di Itali ialah pelumba Thailand, Peerapong Boonlert (18), Anggi Setiawan (18) dari Indonesia, Shota Ite (15), Jepun, Brandon Demmery (19), Australia dan Tomas Casas (17), Kanada.

Akid merupakan pelumba kedua negara yang terpilih menjalani latihan bersama juara dunia itu selepas juara kebangsaan kelas CP130, Kasma Daniel Kasmayudin pada tahun 2016.

Akid akan turun mempertahankan kedudukan pendahulu keseluruhan CP115 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak pada 20 dan 21 Mei ini.

Masuk adalah percuma kepada pengunjung-pengunjung.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Fazrul Sham semangat sedia gegar litar Teluk Intan

SHAH ALAM 16 MEI: Selepas tidak beraksi pada dua pusingan awal, Ahmad Fazrul Sham cukup bersemangat untuk memulakan perlumbaan kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba AHM Motorsports itu terlepas aksi pusingan pembukaan yang juga perlumbaan pertama kategori CP150 di Temerloh, Pahang dan pusingan kedua di Tangkak, Johor sebelum turun ke litar untuk pertama kali pada musim ini sewaktu pusingan ketiga di Kemaman, Terengganu.

“Saya terlepas aksi pusingan awal akibat beberapa masalah yan tidak dapat dielakkan namun sangat gembira kerana dapat kembali ke litar pada perlumbaan lepas.

“Cuma ketika di Kemaman perlumbaan kemudiannya dibatalkan akibat insiden menyedihkan yang melanda rakan kami, Norizman Ismail,” jelas juara CP130 tahun 2015 itu.

Meskipun begitu, pelumba kelahiran Taiping, Perak itu akui dia masih belum begitu serasi bersama jentera Yamaha Y15ZR yang digunakan.

“Saya hanya sempat keluar dua kali ke litar dengan jentera baharu ini sewaktu di Kemaman dan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya.

“Jentera baharu ini mempunyai teknologi yang sangat berbeza berbanding sewaktu kelas CP130. Tetapi rasanya ia bukan masalah besar.

“Saya yakin dapat tampil dengan aksi lebih baik minggu ini, ditambah dengan rekod baik saya di Teluk Intan,” jelas Fazrul yang meraih podium ketiga pada musim 2016 di Teluk Intan.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

AAM: Jawatankuasa ditubuh siasat punca kematian pelumba

SHAH ALAM 9 MEI: Satu jawatankuasa siasatan bakal ditubuhkan bagi menyiasat insiden menyebabkan kematian pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Norizman Ismail pada Jumaat lalu.

Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berkata, jawatankuasa berkenaan bakal ditubuhkan sebaik saja badan induk sukan permotoran itu menerima semua dokumen berkaitan.

Beliau dalam kenyataan media berkata, kemalangan itu adalah satu kesedihan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kematian pelumba kategori CP150 bernombor 19, Norizman Ismail ketika Ujian Masa Rasmi.

Berdasarkan laporan awal, Norizman dikatakan terbabas secara sendiri di Selekoh 1 dan terkena benteng udara disusuli motosikalnya.

Marshal dan paramedik bergegas ke arahnya dan bendera merah dikibarkan oleh COC pada jam 3.53 petang bagi menghentikan sesi ujian masa itu.

“Pada jam 3.55 petang, dia dibawa oleh ambulans sirkit ke pusat trauma dan cuba diselamatkan Ketua Pegawai Perubatan (CMO), doktor bertugas dan Ketua Pegawai Paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman menggunakan mesin sokongan hayat dan tiba di sana pada jam 4.12 petang.

“Petugas di hospital yang terletak kira-kira 10 minit dari trek meneruskan rawatan sebaik mungkin tetapi pelumba itu disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang pada Jumaat, 5 Mei 2017,” kata Tunku Mudzaffar.

Beliau menegaskan, sebelum perlumbaan bermula, sirkit itu sudah pun diperiksa oleh Inspektor Rasmi Sirkit AAM pada Khamis (3 Mei), bagi memastikan kesemua ciri-ciri keselamatan dan penghadang berada di kedudukan sepatutnya untuk perlumbaan berkenaan.

“AAM mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Norizman,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Fazli tumpu beri aksi terbaik pertahan gelaran

SHAH ALAM 23 MAC: Ahmad Fazli Sham tekad memberi aksi terbaik untuk memburu podium disamping membantu pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mempertahankan gelaran pasukan terbaik.

Ia bagi mencapai keputusan terbaik dalam kelas perdana CP150 menjelang saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar baharu, Litar Lumba Tangkak, Johor pada 24 dan 25 Mac ini.

Naib juara CP130 musim lepas memilih untuk hanya beraksi dalam saingan Kejuaraan Cub Prix bersama rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin dan Abd Muhaimin Roslan berbanding turut beraksi dalam saingan Underbone di Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada musim lepas.

Ini membolehkan pelumba berpengalaman yang juga juara dua kali Expert 2007 dan 2008 itu memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan tempatan manakala tugas di dalam saingan ARRC digalas dua pelumba muda, Haziq Fairuz dan Akid Aziz.

“Saya telah beraksi dalam era dua lejang dan kemudian beralih ke era empat lejang. Sepanjang belasan tahun beraksi dalam kejuaraan ini, saya telah memenangi perlumbaan dengan menggunakan jentera Yamaha SS, Yamaha 125Z, Yamaha Lagenda dan kini Yamaha Y15ZR.

Fazli Sham hanya tampil dalam saingan Cub Prix pada musim 2017“Banyak perbezaan dengan jentera 150cc ini jika dibandingkan dengan jentera terdahulu terutama dari segi teknologi dan pelarasan jentera, dan banyak perkara yang perlu saya pelajari,” jelas Fazli.

Tambah Fazli, namun bukan itu sebab kenapa dia hanya beraksi di dalam Cub Prix sahaja pada musim ini.

“Kasma menggalas tugas berat apabila beraksi dalam saingan Cub Prix dan juga di Kejuaraan CEV Sepanyol. Kemungkinan dia akan terlepas beberapa pusingan perlumbaan Cub Prix dalam usahanya untuk meraih kejuaran kelas perdana buat tahun kedua berturut-turut.

“Hanya saya dan Muhaimin akan bersaing untuk mengutip mata kejuaraan berpasukan ketika ketiadaan Kasma dan kami perlu mengutip seberapa banyak mata.

Strategi kami adalah memberi keutamaan untuk mengejar kedudukan berpasukan di dalam kelas CP150 ini,” jelas Fazli yang memulakan saingan musim ini dengan meraih tempat kedua di Temerloh, Pahang awal Mac lalu.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Hafieenaz buru aksi terbaik bersama pasukan baharu

SHAH ALAM 22 MAC: Mohd Hafieenaz Mohd Ali tekad untuk kembali ke prestasi terbaik untuk memberikan cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang memasuki pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada 24 dan 25 Mac ini.

Hafieenaz yang kini membawa cabaran WL Motorsports Racing mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan pusingan pertama di Temerloh di tangga keempat untuk mengumpul 13 mata kejuaraan setelah aksi kurang memberangsangkan sepanjang musim 2016.

Pelumba berusia 31 tahun itu merupakan antara pelumba yang dilihat berupaya memberikan cabaran sengit pada peringkat awal kemunculannya bersama pasukan Raceline meskipun dibayangi rakan sepasukan yang begitu menyerlah ketika itu, Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun pasukan Raceline membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada bintang mereka, Hafizh Syahrin, Hafieezan beralih ke pasukan AHM pada tahun 2011 dan menamatkan saingan diantara 10 pelumba terbaik ketika itu.

Hafieenaz menerima nasib serupa apabila pasukan AHM memutuskan hanya beraksi dalam kelas CP130 untuk memberi tumpuan penuh terhadap Mohd Ramdan Rosli yang beralih ke saingan di Sepanyol.

HAFIEENAZ MOHD ALI (1)Sepanjang tempoh enam tahun menyaksikan prestasi turun naik dalam karier Hafieenaz.

“Beraksi bersama pasukan besar sudah tentu banyak perbezaan dengan pasukan kecil ataupun persendirian. Segalanya lengkap dari segi persediaan, kemudahan dan alat ganti.

Bila bersama pasukan kecil, perbelanjaan dan kemudahan agak terbatas,” jelas Hafieenaz yang beraksi secara persendirian dalam kategori CP115 pada musim lepas.

Situasi berbeza buat Hafieenaz pada musim ini apabila menerima tawaran daripada pasukan baharu, WL Motorsports Racing dan dia percaya mampu untuk beraksi dengan lebih baik pada tahun ini.

“Pasukan ini masih baharu, kecil dan masih kurang pengalaman. Namun melakukan persediaan yang cukup, lebih sistematik untuk menghadapi perlumbaan.

“Saya gembira kerana menerima tawaran mereka dan berterima kasih kepada pengurus dan pemilik pasukan yang memberi kepercayaan kepada saya. Saya akan mencurahkan pengalaman saya uuntuk membantu mereka mencipta kejayaan,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix perkenal penalti salah laku di litar

SHAH ALAM 21 MAC: Melihat kepada persaingan semakin sengit di kalangan pelumba, satu bentuk hukuman penalti ke atas kesalahan salah laku pelumba ketika di litar mula diperkenalkan oleh promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Ia bagi meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dikalangan pelumba bermula saingan musim 2017 ini.

Hukuman ke atas pelumba ini ditentukan melibatkan tiga pihak berkaitan iaitu Clerk-of-the-Course (CoC), Pegawai Keselamatan dan wakil promoter.

Jumlah mata penalti ditentukan bergantung kepada tahap kesalahan dari jumlah minimum satu mata penalti sehingga jumlah maksimum 10 mata penalti.

Jenis hukuman pula ditentukan mengikut kiraan mata terkumpul yang sah selama 365 hari bermula dari tarikh pelumba dikenakan penalti serta digunapakai dalam kesemua kategori perlumbaan.

Pelumba yang mengumpul empat mata penalti secara automatik akan menerima hukuman bermula dari petak belakang pada perlumbaan berikutnya.

Manakala lima mata kejuaraan pula akan ditolak bagi pelumba yang telah mengumpul tujuh mata penalti.

Bagi pelumba yang telah mengumpul 10 mata maksimum akan menerima hukuman tidak dibenarkan beraksi pada pusingan berikutnya.

Pegawai Keselamatan Cub Prix, Abdul Halim Zahid berkata, pengenalan penalti atas kesalahan kelakuan pelumba ini sangat tepat pada masanya.

“Kejuaraan Cub Prix Malaysia berkembang sehingga ke hari ini sebagai pentas utama untuk membangunkan dan mengenalpasti bakat sukan permotoran di Malaysia.

“Kadangka tingkahlaku pelumba sedikit keterlaluan ketika sedang bersaing sengit untuk mengejar kemenangan.

“Melalui penalti ini, kami harap dapat memupuk sikap lebih berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pelumba,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma muncul pemenang pertama CP150

TEMERLOH 5 MAC: Juara CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayudin membuktikan statusnya sebagai pelumba pilihan apabila muncul pemenang pertama kategori yang baharu diperkenalkan, CP150 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak kedua berjaya mengetepikan seorang lagi pelumba pilihan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) sebaik perlumbaan bermula untuk mendahului kedudukan dari awal perlumbaan sebelum berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’38.563s.

“Saya memulakan perlumbaan dengan baik dan dapat mendahului pelumba-pelumba lain. Selepas itu saya cuba untuk lari dari kelompok kedua yang mempunyai ramai pelumba dan seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” kata Kasma.

Beliau berkata kemenangan itu amat penting baginya untuk mengutip mata maksimum pada dua pusingan terawal musim ini memandangkan beliau juga akan beraksi di Sepanyol.

Tempat kedua mejadi milik rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang bijak menggunakan peluang setelah berlaku insiden kemalangan diantara Zaqhwan dan Mohd Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketika bersaing untuk merebut kedudukan kedua dan ketiga.

Fazli menamatkan perlumbaan dengan masa 14’38.563s diikuti Zaqhwan ketiga, 14’42.864s.

CP150 podium2Saingan kelas CP115 menyaksikan persaingan sengit pada peringkat awal perlumbaan diantara duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Motul Zeneos Yamaha YY Pang sebelum kemenangan mutlak menjadi milik juara bertahan, Md Akid Aziz diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’22.325s diikuti Haziq, 11’23.145s. Tengku Amirul Haffirudin berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 11’32.175s.

Dalam perlumbaan kelas Wira, pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing meneruskan penguasaan mereka untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut apabila Saiful Azhary Muhamad muncul juara dengan masa keseluruhan 9’23.448s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Md Danial Syahmi dan Md Aiman Tahiruddin, masing-masing dengan masa 9’26.203s dan 9’26.615s.

Keputusan
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 14’38.563s 25 mata
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 14’42.819s 20 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 14’42.864s 16 mata
4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 14’49.183s 13 mata
5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 14’49.754s 11 mata

CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’22.325s 25 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 11’23.145s 20 mata
3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 11’32.175s 16 mata
4. Md Hafienaz Md Ali (PRK) Yamaha 11’35.956s 13 mata
5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’38.218s 11 mata

WIRA
1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 9’23.448s 25 mata
2. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 9’26.203s 20 mata
3. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 9’26.615s 16 mata
4. Md Syafiq Aiman (JHR) Yamaha 9’27.037s 13 mata
5. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 9’27.538s 11 mata

 

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kerjasama bantu pembangunan sukan permotoran

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Program pembangunan sukan permotoran negara terus dirancakkan dengan jalinan kerjasama antara penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malayaia PETRONAS 2017 serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu menyaksikan perubahan terhadap perlumbaan kategori Wira yang kini dikenali sebagai Wira KBS, pada pusingan pembukaan di Temerloh, Pahang, Sabtu dan Ahad ini.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dan pembabitan KBS bersama Kejuaraan Cub Prix, pada tahun ini serta berharap jalinan kerjasama ini akan dapat membantu kepada pembangunan pelumba motosikal di Malaysia secara berterusan.

“Kategori Wira selama ini menjadi pemangkin merubah seluruh industri perlumbaan motosikal sejak diperkenalkan, pada 2002.

“Bakat di usia belasan tahun dapat dicungkil dan purata umur pelumba Cub Prix dapat dikurangkan dengan penyertaan pelumba seawal usia 13 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Antara pelumba terkemuka yang pernah beraksi dalam kategori Wira termasuk pemenang dua perlumbaan Moto3, Khairul Idham Pawi dan juara SuperSports 600cc Asia yang juga mantan pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

cubprix 4Bagaimanapun, Ron berkata, tiada peraturan khusus ditetapkan dalam perjalanan dan pembangunan karier pelumba dengan kelas Wira selalunya adalah kategori pelumba belasan tahun yang belum bersedia atau menyerlah bakat mereka untuk ke peringkat lebih tinggi.

Namun, katanya ia dianggap sebagai langkah pertama untuk menceburkan diri dalam perlumbaan terbuka.

“Pelumba seperti Khairul Idham, selepas beraksi dalam kategori Wira, terus menyertai perlumbaan antarabangsa tanpa beraksi dalam kelas lebih tinggi di peringkat kebangsaan, manakala Hafizh Syahrin Abdullah pula terus melangkau ke kelas CP115.

“Namun, tidak diragui kelas Wira memainkan peranan penting sebagai medan mencungkil bakat sukan permotoran negara,” katanya.

Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Temerloh, Pahang, pada Sabtu dan Ahad ini.

-AA-