Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

SPR gagal beri kerjasama daftar pengundi baru

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 SEPT: DAP Selangor membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mereka mendaftar lebih banyak pengundi baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah membuat perancangan membuka kaunter pendaftaran pengundi baru di 10 lokasi sepanjang September dan Oktober ini, namun SPR membatalkan kehadiran mereka di empat lokasi.

Lebih mengecewakan, SPR hanya menyediakan kurang 1,000 keping borang permohonan pendaftaran dan pertukaran alamat mengundi hingga mengakibatkan kaunter terpaksa ditutup lebih awal.

img_20160929_110653_172“Kita berhadapan masalah mendaftar pengundi apabila SPR gagal membawa borang pendaftaran dalam kuantiti banyak di kaunter yang dibuka.

“Setakat hari ini, kita sudah mendaftarkan 1,484 pengundi baru, manakala 741 lagi menukar alamat mengundi di Selangor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Selangor, hari ini.

Menurutnya, tindakan SPR membatalkan kehadiran di empat lokasi bermula 3 Oktober ini atas alasan kekurangan kakitangan dan sibuk dengan perkara lain adalah mengecewakan.

Empat lokasi berkenaan adalah pusat membeli-belah Paragon Point, Klang Parade, Tesco Bukit Beruntung dan Plaza Metro Kajang.

img_20160929_110541_526“Kepada anak muda dan mereka yang mahu mendaftar, jangan mengalah. Teruskan usaha untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, SPR dilihat cuba mensabotaj proses pendaftaran pengundi.

Katanya, tindakan itu menunjukkan SPR tidak cekap dan melepaskan tanggungjawab bagi memastikan pengundi berkelayakan menjalankan tanggungjawab mereka.

“Tindakan itu disebabkan anak muda atau pengundi baru tidak lagi setia kepada Umno dan Barisan Nasional. Malah, kebanyakan mereka sudah membuktikannya pada pilihan raya lalu dengan mengundi pembangkang,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun

1. MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun

2.Anwar: Selangor asas Pakatan Rakyat tawan Putrajaya PRU-14

3.Selangor jadi ‘launchpad’ Pakatan Rakyat ke Putrajaya – Rafizi

4.PKR persiap jentera PRK DUN Kajang, pastikan majoriti lebih besar

5.Wanita PKR Pusat, Selangor sokong pencalonan Anwar di DUN Kajang

6.DAP Selangor zahir sokongan penuh terhadap PKR

7.PRK DUN Kajang: Mesyuarat khas SPR 5 Feb

8.Keputusan mahkamah, Anwar lawan Papa Gomo pada 28 Feb

9.Insentif baru SMUE hargai warga emas Selangor

10.Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

11.MBSA buka kaunter sepanjang cuti

12.400 warga emas DUN Bukit Malawati sertai Jom Shopping