Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

DUN Bukit Melawati teliti permohonan komputer riba pelajar B40

SHAH ALAM, 25 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati sedang meneliti permohonan pelajar kurang berkemampuan mendapatkan komputer riba bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Wakil rakyat Juwairiya Zulkifli berkata setakat ini pihaknya menerima kira-kira 20 permohonan membabitkan pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kita sedang mengusahakan komputer riba baharu bagi kegunaan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan berdasarkan semakan kelayakan.

“Sumbangan ini nanti diharap dapat membantu proses pembelajaran yang lebih berkesan sekali gus memudahkan urusan mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata kekurangan alat peranti seperti gajet dan komputer menyukarkan pelajar khususnya di luar bandar belajar secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Antara norma baharu pendidikan adalah pembelajaran di rumah menggunakan aplikasi media, maka terdapat beberapa cabaran terutama bagi pelajar di kawasan luar bandar dan golongan B40.

“Ia termasuk ketiadaan atau tidak cukup kelengkapan gajet untuk belajar apatah lagi jika anak yang bersekolah lebih dua orang,” katanya.

JURNAL BERITA – MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun

1. MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun

2.Anwar: Selangor asas Pakatan Rakyat tawan Putrajaya PRU-14

3.Selangor jadi ‘launchpad’ Pakatan Rakyat ke Putrajaya – Rafizi

4.PKR persiap jentera PRK DUN Kajang, pastikan majoriti lebih besar

5.Wanita PKR Pusat, Selangor sokong pencalonan Anwar di DUN Kajang

6.DAP Selangor zahir sokongan penuh terhadap PKR

7.PRK DUN Kajang: Mesyuarat khas SPR 5 Feb

8.Keputusan mahkamah, Anwar lawan Papa Gomo pada 28 Feb

9.Insentif baru SMUE hargai warga emas Selangor

10.Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

11.MBSA buka kaunter sepanjang cuti

12.400 warga emas DUN Bukit Malawati sertai Jom Shopping