Categories
SELANGOR

MB: Sentimen fanatik, pelampau tak ada tempat di Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 3 NOV: Kerajaan Selangor akan melakukan yang terbaik bagi memastikan prinsip keadilan dan kesederhanaan digunakan setiap masa dalam urus tadbir negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan itu diambil bagi mendepani curahan sentimen fanatik dan pelampau yang sering dicetuskan segelintir kumpulan yang membanggakan diri mereka sebagai ‘Islam’.

“Kegagalan menghargai dan menerima Al-Quran oleh kumpulan ini adalah penyebab berlakunya curahan sentimen fanatik dan pelampau.

Forum bersama Anwar di One World (9)“Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa sentimen terbabit tidak akan memiliki tempat dalam pentadbiran Selangor kerana kami mengamalkan prinsip keadilan dan kesederhanaan setiap masa,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Dunia Demokrat Islam di Hotel One World, Bandar Utama, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar dan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu.

Persidangan Dunia Demokrat Islam yang berlangsung dua hari bermula 3 hingga 4 November itu akan menampilkan beberapa tokoh dan ilmuan Islam.

Forum anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF), Pusat Habibie Indonesia dan Yayasan Politik Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (SETA) Turki dijangka akan menjadi landasan bagi pemimpin, intelektual dan profesional Islam untuk menyuarakan pandangan progresif membabitkan perkara berkenaan kebebasan, demokrasi serta keadilan.

Forum bersama Anwar di One World (1)Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berharap pembabitan dan penyertaan demokrat Islam dan bukan Islam dalam forum berkenaan akan membina kefahaman, sekali gus melenyapkan prasangka terhadap Islam.

“Isu yang dibangkitkan bukan sahaja penting sebagai subjek wacana di persidangan peringkat tinggi seperti ini, tetapi membabitkan hal yang mempunyai kesan langsung kepada rakyat.

“Diharapkan wacana kali ini menjadi wahana kepada pelaksanaan ‘tahalluf siyasi’ di negara ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: “Kini waktu untuk bekerja dan bukan berpolitik”

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, misinya kini adalah untuk menjalankan tanggungjawab diamanahkan serta menerajui Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat.

“Tiadak ada, tidak ada. Sekarang waktu untuk bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (1)Mohamed Azmin mengulas dan menafikan dakwaan mengatakan terdapat usaha dari dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan dirinya diangkat ke jawatan Presiden daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau bersyukur kerana didukung pasukan baru daripada PAS, DAP dan PKR sendiri dengan penuh kerjasama.

“Kini, tanggungjawab saya untuk memenuhi aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Fokus kerja,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: MBSA bina kolam RM350,000 atasi masalah banjir Seksyen 13

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 OKT: Masalah banjir kilat di Seksyen 13, di sini, akan diatasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui pembinaan kolam takungan yang mampu menampung aliran air menjadi lancar dan sempurna.

Kolam takungan bernilai RM350,000 itu dibina MBSA di kawasan berhampiran Kolej Universiti Pengurusan Sains (MSU), manakala sebuah lagi akan dinaik taraf iaitu berhampiran Stadium Shah Alam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mampu mengatasi masalah yang membebani penduduk di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (5)“Saya percaya usaha yang sudah dan akan diambil MBSA ini mampu mengatasi masalah banjir kilat yang melanda sekitar Seksyen 13.

“Ini kerana air akan disalurkan dahulu ke kolam takungan ini sebelum disalur keluar,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke kawasan berkenaan, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, peruntukan bagi pembinaan itu adalah melalui peruntukan sedia ada MBSA.

Katanya, melalui tinjauan dibuat itu didapati antara punca adalah kerana longkang monsun sekitar kawasan stadium itu perlu dilihat kembali kedudukannya kerana tidak mampu menampung aliran air apabila terlalu banyak.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Beliau herkata, pembentungan di bawah jalan utama perlu diselenggarakan semula kerana didapati mengandungi bahan selut yang banyak dan menyekat aliran air.

“Bagaimanapun, kerja penyelenggaraan akan dilakukan secara biasa, yang mana bermula hari ini dan seterusnya supaya air dapat dialirkan sempurna. Maka, selepas itu penyaluran air akan dilihat lancar,” katanya.

Program turun padang hari ini dilakukan Mohamed Azmin berikutan aduan diterima daripada penduduk di kawasan berkenaan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweet berhubung masalah berkenaan.

Turut serta dalam tinjauan itu adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

-NFN-

Kunjungan hormat KPKT kepada Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali

Kunjungan hormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Abdul Rahman Dahlan ke Shah Alam menemui Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membincangkan perlantikan anggota tribunal pembangunan strata di Selangor.

Majlis makan tengahari bersama mangsa tanah runtuh Pangsapuri Teratai

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sekali lagi turun padang meninjau kerja-kerja menangani tanah runtuh di Pangsapuri Teratai di Bukit Beruntung berjalan lancar.

Beliau mengambil inisiatif untuk menemui dan memberi penerangan kepada mangsa yang terkesan.

MB: Bukit akan dipotong, cerucuk keping dan pengesan dipasang sebagai langkah berjaga

Sidang media Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali @ makan tengahari bersama mangsa tanah runtuh Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung.

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKNS tidak terima aduan salah laku Azmin Ali

Oleh: Bahagian Perhubungan Awam PKNS

SHAH ALAM, 21 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan sebuah organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik (good corporate governance) dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada 14 Nov 2012 seperti yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersenarai dan agensi kerajaan di Malaysia. 

 Merujuk kepada laporan media berhubung siasatan ke atas Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Mohamed Azmin bin Ali berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika menjawat jawatan sebagai Ahli Perbadanan PKNS, adalah ditegaskan bahawa PKNS tidak pernah menerima sebarang aduan terhadap beliau yang membabitkan salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhak membuat siasatan berkaitan PKNS berasaskan aduan oleh mana-mana pihak dan PKNS bersedia memberikan kerjasama untuk SPRM melaksanakan tugas mereka.

Ucapan Sambutan Deepavali 2014 Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali

http://tv.selangorku.com

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2015 Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali

Meskipun Kerajaan telah membentangkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) semenjak 2010 dengan tujuan untuk mencapai taraf Negara Berpendapatan Tinggi pada 2020, namun pelbagai petunjuk membayangkkan pelan tersebut berdepan dengan masa depan yang gelap.

Pelan Transformasi Ekonomi ini umpaya stesyen keretapi yang elok, keretapi yang bagus tetapi keretapi tersebut tidak pernah meninggalkan stesyen.

The train never leaves the station.