Categories
SELANGOR

Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 16 NOV: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.

IMG-20141116-WA0001Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.

Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.

“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.

“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

IMG-20141116-WA0003Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.

“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.

“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Pemulangan Bible Bahasa Melayu satu keputusan sukar

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Pemulangan kitab Bible versi Bahasa Melayu dan Iban kepada masyarakat Kristian, semalam bukan satu tugasan mudah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengakui perkara itu adalah satu keputusan yang sukar dilakukan.

Namun begitu, katanya, perkara berkenaan akhirnya selesai secara baik dengan persefahaman berjaya dicapai pihak berkepentingan termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Persatuan Bible Malaysia dan masyarakat Kristian.

bible“Saya rasa, kita semua perlu hargai bahawa proses memulangkan Bible melalui siri perbincangan pelbagai pihak. Selepas mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor, kita putuskan untuk pulangkan balik Bible.

“Ia bukan satu tugas mudah, namun kita mesti berani buat keputusan sukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal tahun ini dikembalikan kepada masyarakat Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gerejadi Sarawak dalam satu majlis rasmi di Istana Selangor, pagi semalam.

Jelas MAIS, tindakan menyerahkan kitab Bible kepada Kristian Sarawak dan bukan persatuan di Semenanjung adalah selaras dengan syarat ketat di Selangor yang bahan bacaan itu tidak boleh diedarkan di negeri itu terutama di kalangan umat Islam.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Sejak menjawat jawatan Menteri Besar, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu itu.

Beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada JAIS dan MAIS supaya dapat ditangani secara harmoni dan baik.

Pemulangan kitab Bible itu mendapat perhatian sejak semalam dan ramai pemimpin memuji tindakan dan keputusan bijak Mohamed Azmin dalam menangani isu berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bina lebih banyak rumah mampu milik 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan terus memberikan komitmen untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, hasrat itu selaras dengan aspirasi Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjunjung tinggi dasar peduli rakyat.

Katanya, selain soal pendidikan, skim pembinaan rumah rakyat juga akan diberi perhatian khas dalam Belanjawan Selangor 2015 yang bakal dibentangkan, pada 24 November ini.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (7)“Kita juga bukan sekadar melancarkan projek perumahan tetapi siapkan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberikan subsidi sehingga RM12 juta kali ini.

“Ini beza dengan Kerajaan Pusat yang umumkan 80,000 rumah mampu milik tetapi sehingga kini tiada kerana kos tanah mereka tinggi.

“Kita punya kelebihan tanah, yang mana kita akan bangunkan balik untuk rakyat Selangor bukannya untuk diterokai dan dirosakkan” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini pagi tadi.

Hadir sama adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman.

Damai Residensi adalah projek pertama rumah mampu milik Selangorku PKNS dengan 124 unit ditawarkan termasuk empat unit khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

azminPada masa sama, Mohamed Azmin mengingatkan pembeli untuk menjaga dengan baik unit rumah yang ditawarkan.

“Kita harap dapat kerjasama untuk membayar yuran penyelanggaraan supaya dapat memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan tempat tinggal kita.

“Harap juga jangan dijual unit ditawarkan kerana bukan mudah untuk mendapat hartanah di kawasan strategik seperti ini dengan harga yang cukup istimewa,” katanya.

Pangsapuri Damai Residensi ditawarkan dengan harga serendah RM60,000 hingga RM90,000 sahaja berbanding nilai semasa sebanyak RM250,000 hingga RM300,000.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Skim Dana Sel beri peluang peneroka bandar miliki kediaman sendiri

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan melancarkan Skim Dana Sel khusus bagi memberi peluang kepada golongan peneroka bandar memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu akan diberikan dalam bentuk pinjaman kepada mereka yang gagal mendapat kelulusan bank bagi membeli rumah mampu milik yang ditawarkan.

Katanya, mekanisma skim Dana Sel akan diumumkan secara rasmi pada pembentangan Belanjawan Selangor 2015, pada 24 November ini.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (5)“Skim ini diwujudkan ekoran dari dasar pentadbiran lama sebelum 2008 yang kononnya mahu setinggan sifar dengan menawarkan unit kos rendah kepada peneroka bandar.

“Sebahagian besar mereka kemudian ditawar tinggal di rumah sementara dan transit dengan janji dua tahun rumah siap, tetapi malangnya bertahun terbengkalai.

“Apabila rumah siap pula, pembeli tak mampu dapatkan kelulusan pinjaman bank kerana usia lanjut dan sebagainya, maka sebab itu kita wujudkan dana ini,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin pada Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman.

Damai Residensi adalah projek pertama rumah mampu milik Selangorku PKNS dengan 124 unit ditawarkan termasuk empat unit khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (9)Sebelum ini, PKNS turut membangunkan rumah mampu milik di tempat lain termasuk projek terbesar di Bukit Botak dengan lebih 1,400 unit.

Bagaimanapun, kebanyakan pembeli yang ditawarkan gagal mendapatkan pinjaman bank atas beberapa faktor termasuk usia yang sudah lanjut.

Pembeli di Bukit Botak adalah peneroka bandar yang dijanjikan tanah di dalam skim penempatan semula oleh Kerajaan Selangor Umno-BN, pada 1985.

Malangnya, sehingga tahun 2008, pemaju swasta yang dilantik Umno-BN gagal berbuat demikian sehingga kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa mengambil alih projek itu dan diberi kepada PKNS.

-NFN-

Selangor masih bertahan, rayu rakyat jihad melawan denggi mutan

Meningkatnya jumlah jangkitan denggi sehingga empat kali ganda di hotspot seluruh negara mendorong pentadbiran Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengembleng usaha melipatganda kempen mengekang penularan virus itu.

Categories
SELANGOR

Tak sampai 24 jam, sampah depan rumah ibu MB bersih

SHAH ALAM 11 NOV: Kawasan depan rumah ibu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Klang Gate, Ampang kembali dibersihkan tidak sampai 24 jam selepas gambar sampah di lokasi berkenaan dimuat naik di Facebook.

Hari ini, kawasan itu bukan sahaja sudah dibersih, tetapi turut diletakkan pasu bunga besar supaya sampah tidak dibuang lagi.

10014587_4726326051727_5449921822404142350_nMemetik laman Facebook Hamsah Ampang, beliau memuat naik gambar keadaan di hadapan rumah ibu Mohamed Azmin itu.

“Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram,” tulisnya merujuk kepada situasi itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berikrar menjadikan negeri itu bebas sampah dalam masa tiga bulan.

Beliau turut memberikan nombor telefonnya supaya orang awam dapat membuat aduan langsung berkenaan isu terbabit.

-NFN-

 

Isu Bible: mencari penyelesaian harmoni

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata mencari penyelesaian yang harmoni dan tidak mencetuskan ketegangan agama di Selangor menjadi asas pertimbangan isu ini.

Ucapan Dato’ Menteri Besar merasmikan Hari Tadika Selangor 2014

Berbeza dengan generasi Y yang memilih media sosial sebagai medium komunikasi, generasi Z lebih terbuka kepada komunikasi langsung antara ibu-bapa, pendidik, anak-anak dan warga pendidikan.

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menegaskan pendidikan pra-sekolah yang baik perlu memberi penekanan kepada aspek latihan pendidik supaya dapat pendidik memahami aspirasi dan citarasa generasi Z.

“Hanya pendidikan berupaya menyelamatkan masyarakat dari kemungkinan untuk runtuh,” tegas Mohamed Azmin, memetik kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sambutan Deepavali bersama Dato’ Menteri Besar @ DUN Rawang

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bersama-sama Adun Rawang Gan Pei Nei dan Ahli Parlimen Selayang William Leong meraikan kemeriahan perayaan Deepavali bersama masyarakat beragama Hindu.

Ucapan Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di World Forum for Muslim Democrats

World Forum for Muslim Democrats menghimpunkan tokoh-tokoh demokrasi beragama Islam dari serata dunia membincangkan cabaran ummah masa depan.

Categories
SELANGOR

MB: “80% waktu saya turun ke bawah fahami masalah rakyat”

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, senang bekerja di lapangan mendampingi rakyat seluruh Selangor bagi mendapatkan maklum balas dan memahami segala masalah dihadapi mereka.

Sejak dilantik ke jawatan itu lebih sebulan lalu, sebahagian besar masa dihabiskan dengan lawatan kerja turun padang ke merata kawasan di Selangor.

_MG_4166Mohamed Azmin berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi memastikan kebajikan rakyat di Selangor terbela.

Secara berseloroh, katanya, beliau terasa lebih muda dan bertenaga untuk menabur bakti kepada rakyat.

“Saya umur 50 tetapi nampak 25 tahun sebab diberi amanah untuk bekerja. Bukan untuk duduk di tingkat 21 (pejabat Menteri Besar).

lensa jamuan makan“Ya, ada masa saya duduk di situ tetapi 80 peratus dari waktu saya turun ke bawah untuk fahami masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014, di sini, semalam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri hormati keputusan MAIS haramkan SIS

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 3 NOV: Kerajaan Negeri menghormati keputusan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) dan berharap kontroversi itu dirungkai sebaiknya melalui pertemuan dua pihak terbabit.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu akan membuka ruang yang lebih luas untuk pihak terbabit mendengar penjelasan masing-masing.

“Saya sudah menghubungi Datuk Mufti untuk dapatkan penjelasan dan mencadangkan supaya diadakan satu perbincangan dengan SIS.

Forum bersama Anwar di One World (9)“Perkara ini tidak akan selesai melalui media, saya sebagai Menteri Besar akan mengambil tanggungjawab ini supaya dua pihak duduk berbincang.

“Kita perlu wujudkan suasana ini untuk cari penyelesaian dan bukan dengan cara paksaan atau tekanan. Itu tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Persidangan Dunia Demokrat Islam di Hotel One World, Bandar Utama, di sini, semalam.

Pada 31 Oktober lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa MAIS yang mengharamkan kumpulan wanita Islam terbabit selepas menyedarinya melalui carian di laman e-fatwa MAIS, pada 20 Oktober lalu.

Fatwa itu digazetkan di Selangor pada 31 Julai lalu tanpa mendapat perhatian umum.

Semalam, SIS dalam satu sidang media menegaskan mereka berhak mencabar fatwa yang diputuskan MAIS terhadap mereka.

Pengurus Program SIS, Suri Kempe berkata, NGO itu boleh mengambil tindakan undang-undang kerana asas kebebasan mereka disekat.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, tindakan SIS mengemukakan semakan perundangan perlu dihormati dan terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Forum bersama Anwar di One World (7)Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya pada majlis sama turut mempertahankan pendirian Mohamed Azmin dan berkata Kerajaan Selangor terpaksa menghormati kerana keputusan berhubung fatwa itu sudah dibuat.

“Pandangan saya, Kerajaan Selangor sudah pasti terpaksa menghormati keputusan fatwa, tetapi itu tidak bermakna dia (Mohamed Azmin) tidak boleh memberi pandangan untuk diadakan perbincangan dengan SIS.

“Sebab itu, kita minta pertimbangan MAIS untuk memberi ruang mengadakan perbincangan dan forum berhubung perkara ini. Pada saya, wajar wacana berhubung perkara itu dikembangkan,” katanya.

-NFN-